Apakah maksud masalah pembesaran?
- Masalah pembesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi pembesaran mereka yang sebenar.
- Ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil dari rakan-rakan sebaya
Bantut disebabkan oleh achondroplasia
- Pembesaran kanak-kanak merupakan indikator utama menunjukkan kesihatan dan kahidupan mereka
- Pembesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard . Apabila pembesaran kanak-kanak menunjukkan pembesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab pembesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.
Apakah sebab-sebab masalah pembesaran?
Sebab-sebab masalah pembesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori
Terdapat kanak-kanak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibubapa yang bersaiz kecil akan melahirkan anak-anak yang kecil juga.
- Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih rendah dari rakan sebaya pada permulaannya tetapi seterusnya akan mencapai tinggi maksima yang normal (seperti rakan sebaya yang lain).
- Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses pembesaran tubuh. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
- Malnutrisi
- Penyakit usus
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit darah (hematology), contohnya talassaemia
- Penyakit diabetis mellitus
- Penyakit sistem saraf
- Diabetes
- Trauma atau tekanan mental yang serius
- Penyakit yang berkaitan dengan hormon :
- Kekurangan hormon tiroid
- Sindrom Cushing (hormone yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal berlebihan)
- Kekurangan hormon pembesaran (Growth Hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.
- Penyakit congenital (dari lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang berkembang :
- Pembesaran yang terbantut semasa janin masih di dalam kandungan ibu
- Masalah kromosom - contohnya sindrom Turner
- Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal)
- Terlalu tinggi :
- Cepat akil baligh (precocious puberty) - kanak-kanak mencapai akil baligh awal sebelum umur yang sepatutnya
- Penyakit genetik - contohnya sindrom Marfan
- Idiopatik (idiopathic) :
- sebab-sebab yang tidak dapat dikesan
Tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
Masalah pembesaran dapat dilihat selepas lahir atau dikesan kemudian, contohnya :
- Berat badan lahir bayi adalah kurang dari sepatutnya (small for age)
- Pembesaran yang minima, contohnya tinggi yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun)
- Terdapat tanda-tanda dan gejala lain tetapi ini bergantung kepada penyakit-penyakit yang tertentu. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.
Apakah masalah yang boleh timbul daripada masalah pembesaran?
- Kanak-kanak tersebut akan merasa rendah diri dan sering ditertawakan atau dipermainkan oleh kanak-kanak normal yang lain
- Perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi sosial, akademik dan ekonomik akan terjejas.
- Ujian psikologi disarankan untuk menilai samada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah IQ atau masalah tingkahlaku.
Apakah rawatan yang ada?
- Rawatan bergantung kepada jenis masalah pembesaran tersebut:
- Jika ia disebabkan penyakit sistemik, maka rawatan penyakit tersebut boleh menyelesaikannya. Contohnya kekurangan hormon tiroid boleh dirawat dengan terapi hormon tiroid (berbentuk pil)
- Kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit seperti kekurangan hormon pembesaran (Growth Hormone), sindrom Turner, penyakit buah pinggang dan berat badan kecil daripada usia kandungan (SGA - small for gestation age) boleh dirawat dengan suntikan hormon pembesaran (Growth Hormone injections). Hormon ini boleh membantu mereka mencapai tinggi maksimum yang normal. Namun begitu, rawatan ini adalah panjang (bertahun-tahun) dan memakan belanja yang amat mahal.
- Ibubapa turut memainkan peranan penting dalam memupuk dan menanamkan imej diri yang positif di dalam diri kanak-kanak tersebut. Mereka seharusnya mencari kekuatan diri dan belajar untuk memupuk kekuatan ini.
- Sokongan, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai boleh memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak tersebut dan menghasilkan individu yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment