Friday 24 February 2012

Braces jadi trend anak muda


Pendakap gigi berwarna-warni menjadi trend anak muda hari ini.


DI awal kemunculan pendakap gigi (braces), individu yang memakainya cenderung berasa rendah diri dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti 'bergigi besi', 'gigi buruk' dan sebagainya.

Namun keadaan sudah berubah apabila pemakaian pendakap gigi kini menjadi trend anak muda kerana pilihan getahnya yang berwarna-warni.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang ortodontik juga, pendakap kini tidak lagi tertumpu kepada jenis besi (metal braces) sahaja. Sebaliknya terdapat yang diperbuat daripada seramik yang hampir tidak kelihatan jika dipakai kerana warna yang hampir sama dengan gigi.

Lebih hebat lagi dengan penciptaan invisalign braces yang langsung tidak kelihatan ketika memakainya kerana diperbuat daripada bahan lutsinar.

Kerana inovasi terkini jugalah, persepsi terhadap pemakaian pendakap gigi berubah 360 darjah kerana ada yang beranggapan ia bukan sahaja atas faktor kesihatan iaitu membetulkan semula kedudukan gigi yang tidak tersusun, bahkan dapat menambah kemanisan senyuman.

Pentadbir Komuniti Braces Malaysia (KBM), Adilah Hamzah berkata, persepsi terhadap pemakaian pendakap gigi adalah mengikut individu.

"Saya sendiri memakai pendakap gigi untuk meningkatkan keyakinan pada diri kerana pekerjaan dalam bidang yang bakal saya ceburi nanti memerlukan saya berhadapan dengan ramai orang.

"Saya juga bersetuju jika dikatakan pemakaian pendakap gigi pada hari ini lebih kepada trend kerana saya dapati sebilangan yang memakainya sudahpun memiliki sebaris gigi yang cantik. Mereka masih mahu memakai pendakap gigi untuk tampil lebih menarik.

"Sebaliknya bagi yang tidak memiliki sebaris gigi yang cantik pastinya mereka merasakan bahawa memakai pendakap adalah satu keperluan untuk memberikan keyakinan," jelas Adilah yang merupakan pelajar tahun empat Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.

Menceritakan tentang penubuhan KBM, Adilah berkata pada asalnya, dia menulis pengalaman menerusi blog peribadinya iaitu http://komunitibraces.blosgpot.com.

Dalam blog tersebut, Adilah berkongsi pengalaman dia memakai pendakap gigi dari awal hingga akhir.

Pada masa sama dia menghimpunkan pemilik-pemilik blog yang memakai pendakap gigi untuk berkongsi pengalaman mereka.

Namun disebabkan kekangan masa untuk mengemas kini cerita terbaru, Adilah akhirnya menubuhkan fanpage KBM untuk memudahkan mereka yang memakai pendakap gigi berkongsi pengalaman mereka.

"Setakat ini komuniti ini telah mencecah 780 ahli. Kami biasanya membincangkan tentang pengalaman masing-masing selain memberi pendapat klinik-klinik terbaik yang menyediakan rawatan ortodontik.

"Selain itu, mereka turut membuat tinjauan harga di setiap klinik berdekatan untuk rawatan tersebut. Maklumat-maklumat ini amat berguna pada ahli-ahli yang baru bercadang memakai pendakap gigi.

"Bagi yang sedang memakainya, mereka berkongsikan perkembangan mengenai kedudukan gigi yang semakin hari semakin tersusun mengikut acuan yang sepatutnya," jelas wanita berusia 23 tahun ini lagi.

Menurut Adilah, walaupun pemakaian pendakap gigi kini bukan lagi sesuatu yang janggal, masih ada individu yang masih ragu-ragu mencubanya.

Justeru KBM juga diwujudkan agar dapat memberikan panduan dan semangat bagi mereka yang ingin dan baru memakainya.

Di samping itu mereka juga dapat berkongsi tip dan dan panduan penjagaan pendakap gigi.

"Berkenaan klinik gigi pula, pada hemat saya setiap klinik pasti ada kelebihan mereka sendiri.

"Tiada kriteria tertentu kerana setiap klinik yang menyediakan pemakaian pendakap gigi pastinya memiliki doktor pakarnya sendiri.

"Mereka merupakan individu yang terlatih untuk memberikan rawatan ortodontik ini.

"Pada pendapat peribadi saya, sama ada klinik gigi kerajaan mahu pun swasta masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

"Jika di klinik kerajaan, pemakaian pendakap gigi adalah percuma untuk pelajar sekolah sehingga umur 17 tahun.

"Ada juga klinik kerajaan yang menyediakan rawatan ini jika melebihi usia 17 tahun tetapi bayaran dikenakan dan harganya lebih rendah berbanding swasta.

"Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya, giliran menunggu untuk pemakaian pendakap gigi di klinik kerajaan memakan masa sehingga dua tahun.

"Jika dibandingkan dengan klinik swasta, pemakaian pendakap gigi memerlukan masa sesingkat dua minggu sahaja.

"Disebabkan itulah harga yang ditawarkan untuk pemakaian pendakap gigi di klinik swasta adalah lebih tinggi bermula daripada RM3,000 - RM6,000 mengikut ketetapan klinik itu sendiri," jelas wanita ceria ini," katanya.

Tempoh Adilah memakai memakai pendakap gigi berakhir pada 13 Februari lalu, seterusnya memakai retainer untuk tempoh enam bulan.

Menurut Adilah, sebelum memakai pendakap gigi kedudukan giginya agak tidak tersusun kerana ruang gusi tidak cukup untuk menampung gigi yang semakin banyak.

"Doktor mencabut empat batang gigi (dua atas dan dua bawah) untuk memberikan ruang agar gigi boleh bergerak dengan baik.

"Pada minggu yang pertama, rasa sengal-sengal pada gigi memang tidak boleh dielakkan kerana gigi dipaksa untuk bergerak membentuk kedudukan yang baru dari akarnya.

"Tetapi selepas beberapa minggu, sengal pada gigi semakin berkurangan kerana gigi sudah semakin biasa dengan kedudukan baru. Setiap bulan akan diadakan temujanji untuk mengetatkan wire," ujarnya berkongsi pengalaman.

Elak kaki berbau


SEBAGAI seorang wanita yang selalu ingin tampil cantik, pemilihan kasut yang sesuai harus diambil kira.

Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.

Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis.

Keadaan lebih tidak selesa apabila ia membabitkan bahagian kaki atau plantar hyperhidrosis kerana jika dibiarkan boleh menjadi penyakit kulit.

Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak.

Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki.

Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.

Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.

Kulat dan bakteria yang muncul akibat peluh bukan saja menjadi penyebab kaki berbau, bahkan jika dibiarkan keadaan mungkin menjadi lebih teruk termasuk penyakit kulit akibat kulat dan memerlukan rawatan perubatan selanjutnya.

Kemunculan kulat kaki dan bakteria juga boleh menular kepada orang lain.

Kebiasaannya ia berlaku akibat tabiat pinjam meminjam kasut atau sandal.

Hilangkan jangkitan ruam lampin


RUAM lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi.

Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.

Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan.

Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi.

Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama.

Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing , najis bayi terutama yang cair juga penyebab kepada keadaan menjadi ruam.

Najis sebenarnya amat merbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Bagaimanapun terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.

Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

Membentuk otot (Wanita)


Letakkan kaki di tempat kaki dan sambil menghembus nafas tolak kaki ke hadapan perlahan-lahan.


JIKA minggu lalu kita melakukan dua senaman ringkas yang boleh dilakukan di rumah, minggu ini kita beralih ke gimnasium.

Dua senaman ringkas ini jika dilakukan berterusan dapat membentuk otot dan mencantikkan bahagian badan tertentu.

Senaman yang dinamakan wall squat mampu menguatkan sendi, ligamen dan tendon serta membentuk otot-otot di bahagian paha dan pinggul.

Jika dilakukan berterusan, ia akan dapat menghindari sakit lulut.

Satu lagi senaman menggunakan mesin leg press bagi menguatkan sendi dan ligamen serta mencantikkan pinggul dan paha.

Sebelum memulakan senaman ini, pastikan beban yang diletakkan. Bagi peringkat permulaan gunakan beban yang paling ringan.

Selain itu laraskan kedudukan kerusi dan kaki mengikut keselesaan anda.

Mi-CARE bantu ibu dan bayi


KURSUS Mi-CARE ini turut mengajar peserta cara penjagaan bayi secara lebih jelas.


SAAT melahirkan bayi adalah antara momen terindah buat seorang wanita. Tambah bahagia apabila bayi comel itu cahayamata pertama yang sudah tentu melengkapkan warna ceria keluarga seorang wanita.

Namun, baik mereka yang pertama kali bergelar ibu mahupun sudah pernah melaluinya, adakah benar-benar arif tentang penjagaan diri serta bayi saat mengandung dan selepas bersalin?

Tahukah apa yang pantang untuk diambil ketika mengandung dan selepas bersalin? Nutrien apa yang diperlukan dalam menyusukan anak atau apa yang perlu diamalkan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal ibu sama terjamin?

Kebiasaannya, tips ibu-ibu ini diperturunkan daripada orang tua dan ada yang melakukan inisiatif sendiri dengan mendapatkan maklumat menerusi buku dan Internet.

Melalui sebuah program baru yang dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia, para jururawat bukan sahaja bertugas membantu doktor atau pesakit bahkan turut menjadi sumber maklumat dalam penjagaan ibu dan bayi.

Program Penjagaan Ibu dan Bayi (Mi-CARE), hasil kerjasama antara Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Persatuan Perbidanan Kebangsaan Malaysia (NMSM), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) diperkenalkan bagi membantu menggalakkan pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap kehamilan dan kelahiran melalui jururawat.

Program selama dua hari itu meliputi bengkel latihan untuk bidan, jururawat dan pembantu jururawat yang bertugas di pusat-pusat ibu mengandung dan bersalin serta klinik pediatrik seluruh negara.

Setiap bengkel ditumpukan kepada 11 bidang penting antaranya penjagaan wanita mengandung, pemakanan semasa mengandung, kelahiran bayi dan penjagaan postpartum (selepas bersalin).

Turut dibincangkan soal pemakanan semasa menyusui bayi, perancangan keluarga, menyusukan bayi, penjagaan bayi baru lahir, pemberian makanan lengkap, penjagaan bayi dan kesihatan mental ibu.

Menurut Dr. H. Krishna Kumar, Presiden OGSM dan Pengerusi Panel Pakar Mi-CARE, proses kehamilan dan melahirkan anak sesuatu yang amat luar biasa bagi wanita kerana pada masa inilah mereka paling terdedah kepada pelbagai jenis masalah.

“Para ibu memerlukan penjagaan kehamilan baik yang diperoleh daripada interaksi membina dengan penyedia perkhidmatan kesihatan di samping gaya hidup positif yang diamalkannya.

“Menerusi program Mi-CARE, kami berharap untuk memperkukuh hubungan antara kakitangan penjagaan kesihatan khususnya jururawat, dengan golongan ibu.

“Kami juga berharap jururawat dapat memberikan maklumat dan nasihat yang berkaitan secara lebih berkesan untuk membantu membawa perubahan positif kepada setiap kehamilan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Mi-CARE, baru-baru ini.

Melalui bengkel Mi-CARE, jururawat dan pembantu jururawat dapat mengikuti perkembangan terkini dalam hal yang berkaitan dengan kehamilan, kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Ini akan membolehkan mereka memberikan penjagaan yang lebih berkesan kepada ibu-ibu, menyedari masalah yang boleh berlaku, mengikuti perkembangan dan memberi lebih perhatian kepada kehamilan ibu.

Setiap jururawat yang menjalani latihan akan mendapat manual rujukan terperinci yang memberikan maklumat lebih mendalam tentang pelbagai isu dan masalah yang berkaitan.

Mi-CARE juga memberi bantuan kepada ibu-ibu menerusi talian percuma Pusat Nasihat Telefon Mi-CARE iaitu 1-800-88-9033.

Pusat Nasihat Telefon Mi-CARE ini dikendalikan oleh seorang pakar pemakanan atau seorang jururawat terlatih.

Kepada jururawat yang berminat untuk mendaftarkan diri dalam program Mi-CARE, boleh menghubungi sekretariat Mi-CARE di talian 03-56211408 atau 1800-88-9033.

Diet tanpa senam?


Makanan seperti ulam amat baik untuk kesihatan.


HATI-HATI dengan diet yang dilakukan kerana jika tidak berhati-hati, memang berat badan akan turun mendadak tetapi masalah lain pula mungkin timbul.

Jangan tiru pelakon 'Ally Mc Beal', Callista Flockshart, yang melakukan diet melampau sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia.

Bagaimanapun beberapa artis tempatan dilihat dapat mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengambil diet sihat selain melakukan aktiviti fizikal.

Antaranya Bob AF, Aizat AF, Imran Ajmain dan penyanyi baru Syah.

Tapi mungkinkah anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan hanya mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal?

Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya 'berlapar' tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan.

Risikonya pula, berat badan anda akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.

Jangan terperanjat jika anda mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan organ badan dalam tempoh masa beberapa tahun.

Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norsyamimi Ahmad berkata, program mengurangkan berat badan tanpa senaman amat tidak logik.

"Senaman amat perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan jika tidak, ia akan ditukar menjadi lemak," katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun senaman perlu dilengkapi dengan penjagaan makanan bagi memberikan berat badan yang ideal.

Sebenarnya bukan semua orang boleh melakukan senaman terutama bagi mereka yang dikategorikan sebagai morbit obes - jika bacaan Indeks Jisim Berat Badan (BMI) melebihi bacaan 40 (berbanding 19 hingga 25 yang biasa) serta mempunyai masalah kesihatan.

"Kaki pesakit morbit obes tidak mampu menampung berat badan.

"Jadi mereka boleh memulakan dengan diet kalori sangat rendah iaitu hanya mengambil 800 kalori sehari," katanya.

Mereka yang menjalankan diet berkenaan perlu mendapatkan pemantauan berterusan daripada doktor atau pakar pemakanan di wad.

Cara mengurangkan berat badan paling baik adalah dengan menjaga makanan dan melakukan senaman.

"Kita perlu seimbangkan makanan yang kita makan dengan senaman yang dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal," katanya.

Nursyamimi berkata, senaman yang biasa dilakukan seperti berjoging, berjalan kaki semasa membeli-belah yang menyebabkan kadar degupan jantung tinggi selain pengeluaran peluh meningkat.

Selain berjalan, berkebun selama setengah jam boleh membakar sebanyak 100 kalori.

"Bagaimanapun semua aktiviti senaman dan makanan bergantung kepada usia dan berat badan seseorang," katanya.

Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan apa yang kita makan.

Bagi diet yang betul, pesakit perlu makan ikut waktu, memilih makanan yang betul dan pastikan kalori yang perlu diambil setiap hari.

Nursyamimi berkata, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan dan pesakit perlu mengambil lebih protein dan fiber seperti telur, ikan dan ayam.

Menu sarapan bagi wanita adalah sebiji telur separuh masak, dua keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat. Manakala bagi lelaki pula adalah sebiji telur separuh masak, tiga hingga empat keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat.

Bagi makan tengahari pula, ambil 1/3 nasi, 1/3 ikan, ayam atau daging dan 1/3 sayur-sayuran serta sebiji atau sehiris buah-buahan.

Sementara makan malam lebih kurang sama dengan makan tengahari.

Bagaimanapun diet ini perlu diubah mengikut tahap kesihatan seseorang seperti diabetes, pesakit jantung dan penyakit kronik lain.

"Perlu diingat, pastikan waktu makan setiap hari adalah lebih kurang sama. Bermula dengan sarapan pukul 7 hingga 9 pagi, makan tengahari pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang dan makan malam seelok-eloknya empat jam sebelum tidur atau sebelum pukul 8 malam," katanya.

Dr. Nursyamimi berkata, diet tanpa senaman atau dikatakan sebagai 'yo-yo diet' biasanya akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana kehilangan otot.

Diet ini menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak.

"Diet sebegini amat tidak digalakkan," katanya.

Mereka yang mengamalkan diet berkenaan mempunyai risiko bertambah berat badan dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula dalam darah menurun sehingga kadang-kala boleh pengsan.

Biasanya penurunan berat badan yang ideal adalah 10 peratus dalam tempoh enam bulan.

Diet paling popular sekarang adalah pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat tetapi diet ini tidak boleh diambil berterusan kerana akan memberikan kesan kepada buah pinggang.

"Biasanya ia hanya dilakukan selama 60 hari dan diikuti dengan senaman seperti berenang, berbasikal atau joging mengikut kesesuaian," katanya.

Dalam tujuh seminggu, pastikan lima hari dengan masakan bakar, kukus atau sup sementara hari lain dengan goreng atau bersantan.

Mengenai pusat pelangsingan badan, pil penyerap dan membakar lemak serta teh herba, Nursyamimi berkata, ia hanya akan berkesan jika menjaga pemakanan selain senaman.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah pembuangan air atau menyerap semua lemak yang ada dalam badan.

"Kadang-kala kita rasa lapar tetapi sebenarnya kita hanya dahaga. Jadi pastikan sama ada kita benar-benar lapar dengan meminum air," katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang ingin mengawal berat badan agar menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bertemu dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan diet yang betul.

"Ini kerana diet berlainan bagi individu mengikut tahap kesihatan masing-masing," katanya.

Ancaman Virus Rotavirus

ROTAVIRUS telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah cirit birit. Sebanyak 600,000 kematian akibat Rotavirus dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.

Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat Rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.

Dalam pada itu , sebanyak 3,444 kes direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Perak setakat 16 Februari lalu melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE) berpunca daripada Rotavirus.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Ketua Unit Gastroenterologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Datuk Dr, Ahmad Shukri Md Salleh, Rotavirus adalah virus yang berjangkit melalui makanan, minuman dan hasil kumuh.

"Apabila kanak-kanak mendekati barang-barang yang telah dicemari dengan kotoran yang mengandungi Rotavirus , kanak-kanak tersebut berpotensi untuk dijangkiti.

Keadaan menjadi lebih berbahaya kerana Rotavirus mampu bertahan sehingga beberapa hari di satu tempat sebelum menjangkiti mangsanya.

Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur enam bulan hingga 24 bulan dilihat sebagai golongan yang paling mudah terdedah kepada jangkitan Rotavirus," ujarnya.

Tambah Dr. Ahmad Shukri, ciri-ciri pesakit yang dijangkiti oleh Rotavirus adalah cirit-birit, muntah dan demam.

Dalam konteks ini, orang ramai sering terkeliru antara Rotavirus dengan demam atau cirit biasa.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, sindrom jangkitan Rotavirus boleh bertahan lebih lama.

Sindrom ini boleh berkekalan sehingga sembilan hari, malahan sindrom cirit-birit yang dialami boleh berterusan sehingga tiga minggu lamanya.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kanak-kanak mungkin mengalami cirit-birit sehingga 20 kali sehari.

" Rotavirus justeru boleh membawa kepada masalah kekurangan air dalam badan yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak terbabit. Mereka yang dijangkiti akan menjadi lesu, kulit sejuk dan kering, tiada air mata ketika menangis, mulut yang kering, mata menjadi cengkung dan rasa haus yang melampau," katanya.

Pencegahan

Dr. Ahmad Shukri memberitahu, sehingga kini belum ada ubat dan rawatan spesifik untuk mencegah penyakit ini.

"Pada tahun 2006, vaksin untuk Rotavirus telah dihasilkan. Vaksin ini berupaya merangsang badan kanak-kanak untuk meniru tindak balas imunisasi kepada jangkitan Rotavirus . Keadaan ini membolehkan badan kanak-kanak menghasilkan imunisasi terhadap jangkitan Rotavirus yang sebenar pada masa depan.

Proses ini akan meringankan sindrom-sindrom yang akan menimpa kanak-kanak hasil jangkitan Rotavirus berkenaan mengurangkan kadar masuk ke wad di kalangan pesakit Rotavirus sehingga 96 peratus. Tiga dos vaksin berbentuk oral harus diberi kepada kanak-kanak berumur dua, empat dan enam bulan," katanya.

Meskipun vaksin merangsangkan pelalian atau keimunan dari kecil supaya serangan pertama Rotavirus hanya menyebabkan jangkitan ringan atau tanpa gejala, mintalah maklumat lanjut daripada doktor anak anda sekiranya anak anda mengalami simptom yang serius.

"Bagi menangani jangkitan Rotavirus, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan. Rawatan dengan oral rehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan bagi menggantikan kekurangan air dalam badan. Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, rehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan," katanya.


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Mati pucuk malam pertama

HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.

Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.

Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.

Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.

Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.

Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.

Seandainya suatu ketika dahulu mereka hanya boleh melihat wajah walaupun dengan batasan tertentu, kini mereka boleh melihat keseluruhan tubuh badan waima aurat juga tiada batasan.

Dahulu jika berdua mereka mesti ditemani dengan mahram wanita itu, tetapi kini mereka boleh berdua-duaan dan bersentuhan seluruh badan sehingga ke peringkat persetubuhan.

Begitupun, tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku kepada suami.

Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya.

*Tekanan

Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan hubungan seksual.

Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu akan kendur dan hilang kekerasan.

Seterusnya suami akan gagal untuk melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.' Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual suami isteri akan dapat dilakukan.

l Masalah ejakulasi

Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan ereksinya, klimaks telah pun berlaku.

Kadangkala perasaan teruja itu amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila isteri memegang alat kelamin suami.

Bila suami dapat mengatasi kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah itu akan menjadi terkawal.

l Kurang keyakinan

Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk menembusi faraj isteri.

Suami terasa seperti ada sesuatu yang menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi.

Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk.

Dalam hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam hubungan intim itu.

Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu suami mengatasi masalah malam pertamanya.

Amalan hijau untuk kehidupan lebih baik


Menunggang basikal antara amalan hijau yang patut digalakkan kerana bukan sahaja ia aktiviti sihat, tetapi juga membantu mengurangkan pencemaran udara dan memulihara alam sekitar. - BERNAMA


BAGI kebanyakan orang, ketibaan tahun baharu bermakna membuat azam baharu dan Nadia ialah antara mereka yang menanam azam sedemikian.

Pada satu majlis makan malam baru-baru ini, Nadia berkongsi cerita dengan rakan dan tetamu semeja yang beliau telah mencapai satu daripada azam tahun baharunya.

"Cepatnya? Baru masuk Februari," kata seorang teman yang mendengarnya.

Nadia, pekerja swasta berusia 45 tahun, berkata, azam tahun baharu 2012 beliau hanya dua - pertama untuk mengurangkan bil elektrik rumahnya yang tinggi setiap bulan dan kedua mengutamakan amalan hijau bersama keluarga.

Beliau nekad untuk berjimat kerana merasakan suatu pembaziran apabila bil elektrik rumah dua tingkatnya yang dihuni enam orang, mencecah sehingga angka RM500 sebulan.

Beliau dan suami bekerja di siang hari dan anak-anak bersekolah. Yang ada di rumah sepanjang hari hanyalah pembantu rumah.

Melalui internet beliau mencari maklumat cara menjimatkan elektrik yang terbaik.

Oleh itu bermula Disember 2011 dan memasuki tahun baharu, beliau memastikan kipas angin lebih banyak digunakan di rumahnya daripada alat pendingin hawa.

Jika keluarga menggunakan pendingin hawa sekali sekala, Nadia memastikan suhu ditinggikan kepada 23 darjah Celcius. Beliau memasang pelindung matahari pada tiga unit pendingin hawa di rumahnya. Daripada maklumat yang diperolehinya, langkah itu boleh menjimatkan elektrik.

Nadia turut memastikan anak-anaknya diajar supaya mematikan suis lampu dan kipas setiap kali keluar bilik. Mereka diingatkan supaya menanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan.

Pembantu rumah pula, katanya, diingatkan supaya lebih kerap membersihkan peralatan elektrik terutama yang ada alat penapis, dan memastikan peti sejuk tidak sarat dengan muatan dan tidak menyimpan makanan panas di dalamnya.

Ketika hendak memasak atau menyediakan makanan, pembantu rumahnya akan mengeluarkan segala bahan yang diperlukan dari peti sejuk kerana Nadia melarangnya membuka dan menutupnya terlalu kerap.

"Setiap kali pintu peti ais dibuka, kira-kira 30 peratus udara sejuk akan keluar," katanya yakin.

Nadia juga melarang pembantunya menggunakan mesin pengering pakaian sebaliknya menjemur semua baju di bawah cahaya matahari. Beliau turut memastikan suis monitor semua komputer riba dimatikan bila tidak digunakan, begitu juga televisyen.

Nadia membuang tabiat meminta pembantu menggosok pakaian setiap kali beliau suami isteri mahu ke pejabat, atau ke mana-mana majlis. Begitu juga baju anak-anak, akan ditimbunkan dan digosok sekali gus oleh pembantunya.

Nampak cerewet bukan? Tetapi semua teknik itu berkesan mengurangkan penggunaan elektrik.

Bila bil elektrik untuk Januari diterima, Nadia terkejut gembira kerana kadarnya jauh berkurangan daripada biasa. Sebab itu di meja makan malam itu, beliau mengisytiharkan satu daripada resolusi tahun baharunya telah tercapai.

Tip berjimat Nadia, bukanlah sesuatu yang baharu. Tetapi telah banyak dicadangkan oleh pakar dan Tenaga Nasional Berhad sendiri. Walaupun tidak semua yang dicadangkan itu, diamalkan Nadia, tetapi secara asasnya langkah penjimatan yang beliau lakukan ada kaitannya dengan amalan hijau yang mahu dilaksanakan beliau.

Sebelum ini Nadia dan keluarga tidak membiasakan diri menutup segera suis peralatan elektrik selepas digunakan. Ia membuatkan peningkatan tenaga elektrik di rumahnya.

Setiap mod sedia alat elektrik (lampu neon berwarna hijau atau merah yang biasa dilihat pada komputer dan televisyen) menyumbang kepada pembaziran. Begitu juga screen saver di komputer.

Mengikut kajian, kebanyakan komputer menggunakan dua kali ganda elektrik untuk menyalakan skrin. Jika seseorang itu mahu menjimatkan penggunaan elektrik, dia boleh menetapkan screen saver kepada tiada, atau skrin kosong.

Amalan-amalan kecil yang dilakukan, umpamanya kitar semula, menggunakan peralatan cekap tenaga dan mengamalkan penjimatan elektrik dan air boleh mengubah kehidupan seseorang.

— BERNAMA

Cone Pizza


Kon yang telah siap dimasukkan bahan-bahannya dibakar selama dua minit.


SEKALI pandang kios yang terdapat di tingkat bawah pusat membeli belah One Utama, Bandar Utama, Damansara ini seperti menjual pelbagai jenis aiskrim.

Tetapi sebenarnya ia merupakan kios yang menjual pizza dalam bentuk yang cukup unik dan mudah dinikmati.

Memang agak pelik kerana pizza biasanya berbentuk leper dan perlu dipotong terlebih dahulu sebelum ia di makan. Tetapi kini ia boleh didapati dalam bentuk kon.

Itulah keunikan yang ditawarkan oleh ConePizza Cafe yang terletak di aras bawah One Utama itu.

Kios itu dimiliki oleh usahawan muda Azmirul Shah Zubir dengan sokongan bapanya Zubir Ismail.

Menurut Azmirul Shah, 22, dia tertarik dengan ConePizza apabila pertama kali mencubanya sewaktu berkunjung ke Johor Bahru.

"Tanggapan pertama saya ketika itu ialah ia cukup unik dan lain dari yang lain selain mempunyai potensi untuk berkembang.

"Apabila pulang ke Kuala Lumpur saya cari laman webnya dan terus kemukakan cadangan untuk menjadi salah seorang francaisi produk ini," katanya ketika ditemui di kios ConePizza Cafe miliknya itu baru-baru ini.

ConePizza katanya, bukan sahaja unik daripada segi cara ia dihidang. Rasanya juga unik di samping boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Ia juga katanya, cukup berjus kerana bentuk kon itu membolehkan jusnya disimpan dan dinikmati oleh pengguna.

Berbanding pizza biasa katanya, ia agak kering kerana bentuk leper itu tidak boleh menyimpan jus.

Sebab itu katanya, ConePizza rangup di luar tetapi cukup berjus di dalam yang menjadikannya enak dan berperisa.

Bahan-bahan yang terdapat dalam ConePizza pula dimasukkan secara berlapis-lapis dengan tiga lapisan cheese.

"Sebab itu terdapat cheese dalam setiap kunyahan ConePizza," katanya.

Lagi satu ciri unik ConePizza ialah ia boleh dinikmati dalam apa juga keadaan. Sama ada ketika santai, sambil berjalan, sewaktu menonton wayang dan sebagainya.

Terdapat 15 perisa yang ditawarkan oleh ConePizza yang semuanya menggunakan empat sos utama iaitu tomato, barbeku, aioli dan sambal untuk memberikan cita rasa tempatan.

Pizza yang berperisa ayam aioli dikatakan yang paling diminati kerana kaya dengan sos berasaskan mayonis dengan ramuan terdiri daripada hirisan ayam, sosej dan nenas.

Apabila pelanggan memesan segala ramuan akan dimasukkan ke dalam kulit berbentuk kon dan dibakar selama dua setengah minit. Selepas itu ia sedia untuk dinikmati.

Ia menjadikan ConePizza sebagai pizza yang paling pantas untuk dinikmati. Tidak perlu tunggu lama.

Sementara itu pemilik francais ConePizza, Nicholas Teoh berkata, kios di One Utama itu merupakan yang kelima dibuka di Malaysia.

Empat lagi katanya, terdapat di Sunway Pyramid, KSL City dan Sutera Mall di Johor Bahru serta IOI Boulevard, Puchong.

"Konsep asal pizza ini adalah dari Itali. Tetapi kita rumus semula bagi menjadikannya jenama Malaysia yang tersendiri," katanya.

Kos untuk membuka francais ConePizza katanya, ialah RM125,000 untuk kios dengan keluasan 150 kaki persegi.

Angka itu katanya, termasuk kos untuk menyediakan kios bersama kemudahan yang diperlukan.

Mereka yang berminat untuk menjalan perniagaan francais ConePizza ini boleh menghubungi 012-6746236 atau layari conepizza.com.my.

Lavender Ceramic ke pasaran global

HANYA bermula dengan perniagaan membuat seramik secara kecil-kecilan kini Lavender Ceramic Sdn. Bhd. boleh berbangga kerana produknya telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Syarikat yang terletak di kawasan Perindustrian Siputeh, Batu Gajah, Perak antara tempat yang terkenal dengan keaslian produk seramik kerana kualiti tanah liat yang digunakan.

Produk seramik yang diusahakan secara warisan bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah juga dieksport ke negara luar.

Produk ini telah menembusi pasaran antarabangsa seperti United Kingdom, Dubai, Turki, Argentina, Columbia, Taiwan, Jepun dan Hong Kong.

Pemilik perniagaan ini, Wu Kochi, 60, bersama isterinya Janet Sin Keng Leng, 46, telah mewarisi perniagaan seramik itu sejak tahun 1960 lagi.

Perniagaanitu merupakan warisan turun-temurun dari Taiwan yang dipelajari oleh Wu Kochi sebelum berhijrah ke Malaysia dan berkahwin dengan Janet.

Walaupun ilmu pembuatan seramik adalah warisan dari Taiwan, tetapi rekaan dan corak seramik yang dihasilkan di Lavender Ceramic Sdn. Bhd. mengikut cita rasa masyarakat Malaysia.

Kochi berkata, nama Lavender digunakan untuk produk keluaran syarikatnya kerana warnanya yang cantik dan sesuai dengan identiti masyarakat Malaysia selain bunga itu banyak di tanam di Taiwan.

"Bagaimanapun, setiap corak pada produk seramik di syarikat kami mengekalkan idea dan identiti masyarakat Malaysia.

"Antara produk yang dihasilkan adalah set pinggan mangkuk, set minum petang , barangan perhiasan rumah dan cenderahati untuk majlis perkahwinan.

"Corak setiap produk dihasilkan sendiri oleh kami. Pelanggan juga boleh menempah corak yang mereka inginkan tetapi corak bunga lavender akan dikekalkan.

"Harga bagi setiap produk adalah serendah RM1 hingga RM400.

"Bagi mengekalkan kualiti produk, kami menggunakan bahan mentah utama iaitu tanah liat yang hanya didapati di kawasan Trong, Beruas dan Bidor di Perak," kata Kochi.

Sejak menyertai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2003 perniagaan milik pasangan suami isteri bertambah maju terutama dari peningkatan jumlah jualan produk.

"Kalau dahulu produk kami dijual kepada ejen menyebabkan tiada pilihan dari segi harga yang ditawarkan dan kuantiti produk yang dijual.

"Setiap tahun pihak Kraftangan akan hantar kami ke luar negara untuk mempelajari teknik pembuatan seramik.

"Kami juga dibawa mengikuti semua tempat pertunjukkan dan pesta di bawah Kraftangan Malaysia.

"Segala tempat serta kemudahan telah disediakan di sana, kami hanya perlu membawa barangan untuk dipamerkan sahaja," katanya.

Sementara itu, Kochi berasa bertuah kerana mempunyai tempat rujukan dan bantuan seperti pihak Kraftangan Malaysia jika menghadapi masalah.

"Perkara ini berbeza dengan pengusaha seramik di negara lain seperti Taiwan kerana mereka tidak mempunyai tempat rujukan seperti di sini.

"Pihak Kraftangan Malaysia ada membuat corak produk seramik untuk syarikat kami disamping memberikan idea dan maklumat kepada pengusaha," katanya.

Tambahnya, antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh pengusaha seramik adalah kerosakan mesin acauan, corak dan lakaran produk terbaru serta masalah pemasaran.

"Kraftangan telah membantu kami dari aspek ini," kata Kochi.

Untuk perancangan masa depan pihaknya akan membuka beberapa cawangan kedai menjual seramik seperti di Kuala Lumpur dan Kuantan kerana ketika ini kedai milik mereka hanya terdapat di Perak sahaja.


Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar WAHIDIN SALIM

Bahaya tersedak susu


PAstikan bayi berada dalam posisi betul ketika menyusu untuk mengelakkan daripada tersedak. - Gambar hiasan


Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.

Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.

Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim berkata, insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol.

"Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas,'' ujarnya.

Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak.

Tambah beliau, keadaan itu juga akan menyebabkan bayi dijangkiti bakteria dan memberikan kesan kepadanya.

Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu.

Keadaan itu terang beliau berlaku sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk .

Kata Haliza lagi, sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

"Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Keadaan ini mengelakkan bayi termuntah semasa sedang menyusu dan muntah tersebut akan memasuki hidung dan mengganggu laluan pernafasan mereka,'' katanya.

Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

Beliau berkata, walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman,''kata Haliza.

Begitupun, cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan.

Ini kerana katanya, apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.

"Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu," jelas beliau.

Keadaan itu, jelas beliau berbeza dengan susu formula yang akan sentiasa mengalir dari botol dan melambatkan proses penghadaman.

Tambahnya, selepas setiap kali penyusuan pastikan bayi disendawakan, keadaan ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.

"Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah," kata Haliza.

Beliau berkata, ibu bapa boleh mempraktikkan beberapa kaedah untuk memastikan bayi sendawa. Antaranya tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.

"Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut,'' ujarnya lagi.

Akhir sekali tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol yang mengandungi air suam bagi mengelakkan si kecil mendapat kembung perut.

Rahsia putik Capers




CAPERS merupakan salah satu bahan makanan yang popular untuk hidangan Barat. Ia adalah kuntum-kuntum bunga dari pokok semak Capparis Spinosa yang masih belum berkembang dan berwarna hijau.

Pokok capers merupakan tumbuhan semak yang berduri biasanya tumbuh meliar. Tumbuhan belukar ini didapati banyak tumbuh secara meliar di negara-negara Mediterranean dan kini telah ditanam secara komersial di Itali, Sepanyol, Greece dan Perancis.

Tunasnya dituai antara Mei dan Ogos dan dipetik pada awal pagi sebelum tunas mempunyai masa bertukar menjadi sekuntum bunga.

Ia juga ada didapati tumbuh di bahagian Asia tengah. Tumbuhan Capers dan buah berinya telah lama digunakan selama berkurun-kurun sejak dari zaman purba Greeks dan orang-orang Rom.

Pada mulanya mereka menggunakannya untuk tujuan-tujuan kesihatan tetapi lama-kelamaan ia digunakan secara meluas dalam masakan.

Selepas kuntum-kuntum bunga Capers dituai ia akan dikering atau dijeruk dalam cuka dan air garam. Saiz putik-putik bunga Capers bergantung kepada grednya iaitu dari bersaiz sekecil kacang hijau dan ia boleh mencapai sehingga sebesar buah zaitun yang matang. Saiznya yang berbeza membuatkan ia digunakan mengikut jenis makanan apa yang ingin dimasak.

Saya percaya mesti ada yang baru hari ini mengenali Capers dan tidak biasa dengan bahan makanan ini.

Walaupun negara kita tidak mempunyai tumbuhan ini, kita masih boleh mendapatkan dalam bentuk jeruk yang telah dibotolkan.

Anda boleh mencarinya di pasar raya-pasar raya besar yang berdekatan dengan anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya apakah kegunaan sebenarnya Capers ini dan bagaimana rasa.

Rasanya agak luar biasa kadang-kadang rasa yang anda perolehi itu agak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila mengunyahnya.

Capers yang dijerukkan menghasilkan aroma yang sedikit tajam, rasanya pula ada sedikit pedas-pedas, masin-masin dan masam.

Anda mungkin pernah merasa Capers yang dicampurkan dalam makanan tetapi anda tidak boleh mengenalinya kerana telah bercampur dengan bahan makanan lain.

Capers ini banyak digunakan dalam masakan-masakan Barat terutama dalam makanan Itali. Kegunaannya yang pelbagai membuatkan ia banyak digunakan dalam sejumlah resipi sos pasta.

Lain-lain cara yang agak popular juga sering digunakan untuk membuat sos atau kuah-kuah salad, piza.

Capers boleh juga digunakan dalam makanan seperti ayam piccata, makanan laut atau daging. Boleh juga dicampurkan dalam sup dan stew. Ia boleh juga dicampurkan dalam masakan Mediteranean sayur-sayuran seperti articok dan sebagainya.

Capers yang ditumis dan ditaburkan ke dalam masakan di atasnya akan memberikan rasa yang ringkas dan menarik.

Jadi apa kata anda ambil masa membeli Capers jeruk di pasar raya yang berhampiran dan cubalah resipi yang saya kongsikan bersama anda kali ini. Saya pasti resipi ini akan memberi satu kelainan pada menu anda pada minggu ini.

Cegah PNEUMOKOKAL dengan Vaksin

PNEUMOKOKAL merupakan satu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus) yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Bakteria Streptococcus pneumoniae biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk dan bersin.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui namun, hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan penyakit pneumokokal iaitu satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor satu kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia.

Penyakit itu sangat serius kerana boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian.

Tahukah anda kira-kira 70 hingga 80 peratus kanak-kanak Malaysia terus tidak dilindungi daripada penyakit pneumokokal.

Angka itu amat membimbangkan dan memeranjatkan bagi sebuah negara seperti di Malaysia yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan antara yang terbaik di rantau ini tetapi, masih belum memasukkan Vaksin Berkonjugat Pneumokokal (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Bakteria pneumokokus menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria darah), meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah) yang boleh membawa maut atau kehilangan upaya.

Sedar mengenai kepentingan vaksin itu diberikan kepada kanak-kanak Malaysia, kempen Aim For Broader Coverage (ABC) atau Sasarkan Liputan Lebih Luas, menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong kemasukan PCV ke dalam NIP dengan menandatangani ikrar di laman web www.abc4pneumococcal.com.


BAKTERIA yang menyerang bahagian otak boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan kekal.


Jangkitan penyakit pneumokokal terus meningkat di seluruh dunia dan Asia Tenggara mencatatkan bilangan kes pneumokokal paling tinggi dan angka kematian paling tinggi.

Mengapa senario ini terjadi? Ia disebabkan kurangnya kesedaran terhadap penyakit pneumokokal digabungkan dengan kesukaran untuk mendapatkan diagnosis jangkitan pneumokokus secara tepat.

Malah, dalam kes ini pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan dan pencegahan penyakit pneumokokal adalah pilihan lebih selamat dan menjimatkan kos jika dibandingkan dengan kesan serius daripada penyakit pneumokokal.

Sokongan ibu bapa

Kempen ABC adalah kerjasama antara Pfizer Malaysia dan Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga portal asuhan seperti Parenting2u, Pitter Patter dab SJ Echo.

Ia dilancarkan pada bulan Jun 2011 untuk menyemaikan kesedaran terhadap penyakit pneumokokal dan menekankan bahawa penyakit tersebut boleh dicegah melalui pelalian.

Sebagai lanjutan kempen itu, ABC Parent Coalition ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia.

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang merupakan ahli pengasas ASAP dan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, penyakit pneumokokal adalah punca kematian di dunia yang boleh dicegah dengan vaksin.

“Pelalian adalah cara paling cekap dan berkesan untuk mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.

“Kita perlu menjadikan vaksin ini sebahagian daripada NIP supaya semua kanak-kanak Malaysia akan mendapat perlindungan daripada penyakit ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas bersama Parenting2u.com, salah satu kumpulan ibu bapa yang mengetuai ABC Parent Coalition, Chan Li Jin, memberitahu, walaupun mendapat publisiti yang luas, ramai ibu bapa masih tidak menyedari tentang komplikasi dan keseriusan penyakit pneumokokal.

“Kami berharap dapat menarik ibu bapa dan individu untuk menandatangani ikrar ini dan menunjukkan kebimbangan mereka terhadap nasib begitu ramai kanak-kanak Malaysia yang masih terus tidak dilindungi daripada penyakit ini,” katanya semasa sidang media di Persatuan Kebajikan Ti-Ratana di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut juga, seramai 47 penghuni Ti-Ratana diberi PCV secara percuma.


PENCEGAHAN melalui vaksinasi adalah lebih baik berbanding merawat penyakjit itu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit.


Suntikan tersebut telah diberikan oleh Dr. Low Kok Thye yang juga merupakan ahli ABC Parent Coalition bersama rakan setugasnya dari Klinik Medijaya yang menyumbangkan masa dan kepakaran perubatan untuk menjayakan kempen pelalian tersebut.

Kok Thye memberitahu, sebanyak 900,000 kematian setahun dicatatkan di seluruh dunia akibat bakteria pneumokokal.

“Kanak-kanak ini tidak berdosa dan kita mahu memberikan kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya vaksin ini untuk melindungi anak-anak mereka.

“Peningkatan kes semakin membimbangkan. Bayangkan 60 peratus kanak-kanak yang menghidap meningitis akan mati. Jika hidup pun, mereka akan berdepan dengan kecacatan kekal seperti kecacatan otak,” ujarnya.

Dengan bimbingan pakar perubatan dalam ASAP, ABC Parent Coalition merancang untuk melancarkan satu kajian penyelidikan yang akan menyediakan data kuantitatif dan kualitatif bagi mengenal pasti kesan emosi serta kewangan yang dibawa oleh penyakit pneumokokal di Malaysia.

Wednesday 22 February 2012

L- Carnite baik untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan

Gemuk atau dalam ertikata mempunyai berat badan yang berlebihan bukan sahaja akan merubahkan penampilan diri dan berasa kurang keyakinan tentang penampilan diri di khlayak ramai. Terlalu gemuk dan mempunyai berat badan berlebihan sering menjadi bahan sindiran dan ejekan masyarakat.

Gemuk disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang sejak daripada lahir lagi. Faktor ini adalah faktor yang terbanyak sekali. Gemuk disebabkan keturunan adalah kurang dibandingkan gemuk disebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Makanan yang tidak seimbang ditambah dengan nafsu makan yang membuak-buak menyebabkan perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh yang berlebihan berat badan.

Ada juga gemuk disebabkan pengambilan ubat-ubatan seperti pil hormon dan sebagainya. Oleh itu dalam menangani masalah ini apa yang patut dilakukan oleh anda adalah mengambil makanan seimbang.Bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan serta mempunyai lemak tepu haruslah selain daripada berdiet,bersenam, anda juga harus mengambil L Carnitine untuk membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam badan. L Carnitine sudah terbukti berkesan menurunkan berat badan dengan menukarkan lemak di tubuh badan kita kepada tenaga. Oleh itu pengambilan L - Carnitine dapat membentuk berat badan anda kepada berat ideal.

L- Carnitine juga dapat menjaga kesihatan jantung anda dengan membuang lemak-lemak jahat dan tepu yang berkemungkinan besar terkumpul dalam salur darah. Pernahkah anda telah mencuba pelbagai jenis ubat kurus tetapi usaha anda masih gagal. Ini disebabkan anda mempunyai jenis lemak yang sukar untuk dibakar oleh itu L carnitine membantu membakar lemak tepu terutama dibahagian yang sukar untuk dibuang sepeti perut,punggung,peha dan sebagainya. Pengambilan L- Carnitine juga seharusnya disertakan dengan senaman ringan bagi menambah keberkesanannya.

Mempunyai bentuk badan yang menarik dan ideal bukan sahaja diimpikan oleh wanita tetapi juga lelaki juga. Oleh itu,bermula daripada sekarang,marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan makan makanan seimbang.-zuzila.com

Sunday 12 February 2012

Penyempitan di dalam sten

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PADA Ogos 2011, saya didapati mempunyai tiga kesempitan pada arteri koronari kanan dan satu di arteri koronari kiri. Saya disyorkan menjalani pembedahan pintasan jantung dengan segera.

Teman saya mencadangkan saya mendapat nasihat kedua daripada pakar kardiologi. Selepas berbincang lebih mendalam dengan pakar jantung di sebuah hospital di ibu negara, beliau membuat kesimpulan yang saya tidak perlu menjalani pembedahan pintasan, sebaliknya kesempitan boleh dibuka dengan cara angioplasti dan memasukkan sten.

Berikutan itu, saya menjalani prosedur angioplasti pada 18 Ogos lalu, dan kesempitan pada dua salur darah koronari saya dibuka dengan cara belon dan sten.

Malangnya, pada November lalu, saya mengalami sakit di dada kanan. Sakit berkenaan semakin kuat menyebabkan pada 21 November lalu, saya dihantar ke hospital sama dan dimasukkan ke wad.


Pakar bertugas memberitahu, ECG tidak memuaskan. Ada petunjuk kesempitan pada arteri koronari dan saya dikehendaki menjalani angiogram lagi.


Justeru, prosedur angiogram dijalankan dan pakar mendapati ada kesempitan di sten yang dimasukkan sebelum ini pada salur koronari kanan saya. Berikutan itu, dua sten baru dimasukkan berdekatan sten yang asal.

Saya ingin bertanya, adakah kesempitan akan berulang? Saya difahamkan, ia boleh bertahan sehingga 10 tahun mengikut keadaan diet dan senaman.

MI


Persoalan pertama ialah pemilihan rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung. Secara am, kesempitan pada dua salur darah koronari masih boleh dirawat dengan angioplasti.

Rawatan ini seperti diketahui umum, bukan satu pembedahan tetapi satu prosedur iaitu tiub kecil dimasukkan melalui tangan atau paha pesakit ke salur darah koronari di jantung.

Melalui tiub kecil itu, kesempitan dalam salur darah koronari boleh dibuka menggunakan belon dan kemudian alat dinamakan sten dimasukkan.

Sten sejenis alat seperti spring yang dimasukkan ke dalam salur darah koronari dan melekat pada dinding salur darah itu. Dengan itu, salur darah yang sempit akan dapat dibuka dan bertahan daripada tertutup untuk satu jangka masa tertentu.

Namun, memang wujud keadaan di mana boleh berlaku penyempitan di dalam sten. Ini disebabkan tindak balas badan kita terhadap sesuatu benda asing iaitu sten terbabit.

Tindak balas ini membabitkan pertumbuhan sel di atas sten pada dinding salur darah secara berlebihan sehingga mewujudkan lapisan tisu yang menyempitkan bahagian dalam sten itu.

Secara amnya, beberapa faktor boleh dikaitkan dengan risiko penyempitan di dalam sten:

pesakit

umur

kencing manis

masih merokok

salur darah koronari itu bersaiz kecil, sempit yang panjang, sempit di tempat tertentu yang kompleks

mekanikal — kedudukan dan keadaan sten dan keluasan salur darah koronari selepas sten dimasukkan

jenis sten – ‘Drug-eluting stent’ (DES) atau ‘Bare-metal sten’ (BMS). ‘Drug-eluting stent’ (DES) ialah sten yang disaluti ubat tertentu untuk mengawal pertumbuhan sel supaya tidak berlebihan dan menyebabkan penyempitan di dalam sten. DES yang pertama digunakan pada 2002 dan sehingga kini ada beberapa jenis DES di dalam pasaran


Jika ada faktor yang boleh meningkatkan risiko penyempitan, DES akan dipilih untuk digunakan pakar kardiologi.

Namun, pilihan itu kadangkala dikekangkan oleh faktor kewangan kerana sten terbabit tiga kali ganda lebih mahal berbanding sten yang tidak disaluti ubat (BMS).

Seandainya berlaku masalah penyempitan di dalam sten, rawatan yang boleh dijalankan termasuk:

angioplasti menggunakan belon biasa

angioplasti menggunakan belon yang disaluti ubat (drug-eluting balloon)

memasukkan sten yang disaluti ubat


Pesakit yang mengalami masalah penyempitan di dalam sten ini terpaksa menjalani prosedur angioplasti berulang kali tetapi ini tidak menjadi masalah kerana prosedur ini bukan pembedahan dan berisiko rendah jika dijalankan berulang kali pun.

Ada sejenis lagi keadaan penyempitan di dalam sten yang berlainan mekanisma dinamakan ‘stent thrombosis’. Keadaan ini berlainan dengan ‘in-stent restenosis’ atau ISR dan insya-Allah akan saya bincang dalam keluaran lain.

Sebarang komen atau kemusykilan boleh dihantar kepada saya di zulcardio@ gmail.com.

Sakit perut petanda awal endometriosis

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PERHATIAN kepada golongan wanita. Adakah anda sering sakit perut, pinggul, kitaran haid tidak teratur dan sakit sewaktu melakukan hubungan seksual? Jika jawapan anda ya, ia mungkin disebabkan penyakit endometriosis.

Ketika ini, pelbagai tafsiran dibuat mengenai penyebab penyakit itu, namun punca sebenar masih belum diketahui. Yang pasti, endometriosis menyerang wanita tanpa disedari.

Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, endometriosis adalah satu keadaan luar biasa yang mana tisu daripada selaput dalam rahim yang digelar endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Selaput ini biasanya hadir bersama darah haid. Oleh itu campuran darah daripada rahim dengan tisu yang berkecai daripada lapisan endometrium serta bakteria yang digelar sebagai darah haid.


“Ramai wanita masih tidak mengetahui penyakit ini sedangkan mereka menghadapinya. Antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.


“Sehingga kini punca sebenar penyakit endometreosis masih belum diketahui, namun ada teori mengatakan ia berpunca daripada darah haid yang berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian lain di dalam badan. Ia juga mungkin membabitkan mekanisma lebih kompleks, yang mana wujud interaksi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis juga kerap terjadi pada wanita dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an, juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak.

Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu jika seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu turut mengalaminya.

Jelasnya, endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh, termasuk paru-paru dan hati, tetapi sangat jarang berlaku.

“Meskipun tisu endometrium berada di luar kawasan yang sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku ketika kitaran haid wanita.

“Seperti haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, begitu juga dengan cara sama dengan dinding rahim yang akan gugur dan berdarah ketika kitaran haid.

“Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran melekat antara satu sama lain.

“Jika tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan menyebabkan struktur organ pelvis beralih dari kedudukan normal,” katanya yang berharap golongan wanita akan lebih peka terhadap penyakit ini.

Sebagai contoh paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur Fallopio berjauhan daripada ovari dan jika berlaku ovulasi, telur tidak dapat dicapai salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes lebih serius, kerosakan mendalam pada salur Fallopio menyebabkan ia tersumbat, rosak dan kemandulan akan berlaku.

Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah ketika kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah, iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Jika keseluruhan ovari diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan folikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan.

Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.


Apakah gejala endometriosis?

Sakit pada bahagian pelvis antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa ketika melakukan hubungan seks, membuang air kecil atau air besar.

Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih pada peringkat awal dan mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin berada pada tahap endometriosis teruk.

Dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal hinggalah wanita berkenaan berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda atau gejala.


Bagaimana diagnosis dilakukan?

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan ultra sound. Jika mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis.


Rawatan

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kedua-duanya sekali.

Kuat dengkur isyarat bahaya

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TIDAK dinafikan, berdengkur memang mengganggu tidur dan ketenangan orang lain tetapi kadang kala ia melucukan terutama apabila ia berirama serta bersahut-sahutan antara lebih seorang kaki dengkur. Situasi itu boleh kita lihat jikalau dalam perjalanan jauh menaiki bas, kereta api mahupun kapal terbang.

Walaupun ia dianggap perkara lumrah terutama di kalangan lelaki, masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Akibatnya, individu terbabit keletihan sehingga sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata untuk membayar ‘hutang tidur’.

Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Peru- batan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharudin, berkata berdengkur adalah satu gejala dan jika semakin teruk boleh membawa masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat.


Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).


Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.


FAKTOR PENYEBAB

Alahan
Tulang hidung yang bengkok
Masalah tisu berlebihan di anak tekak
Obes
Alkohol
Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
Kedudukan tidur yang terlentang
Tonsil yang bengkak


LANGKAH PENCEGAHAN

Jaga berat badan dengan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang 22
Tidur mengiring
Berhenti merokok
Jauhi minuman beralkohol
Ubat tidur


RAWATAN

Diagnosis - lakukan skor untuk mengetahui tahap dengkur.

Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit.

Hantar pesakit ‘sleep study’ - ada mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.


Bersandarkan keputusan ‘sleep study’, doktor boleh mengetahuikan sama ada pesakit mengalami masalah OSA atau ‘central’. Jika masalah itu berpunca daripada central (paru-paru atau otak), pesakit tidak boleh dibedah.

Pembedahan dilakukan bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.

Antara pembedahan dilakukan ialah ‘pillar implant’ iaitu bagi meluaskan sedikit ruang di antara lelangit dan lidah, pembedahan tonsil, pembedahan ke atas lelangit atau pembedahan hidung seperti septoplasty untuk meluruskan tulang hidung.

Menurut Dr Khairuzzana, mereka yang berdengkur mengalami kering tekak apabila bangun tidur disebabkan bernafas daripada mulut. Mereka juga mudah tertidur pada waktu siang dan dada mudah berdebar-debar dan cepat marah kerana letih.

Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat.

Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat padah tiada tidur yang berkualiti. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.

Sementara itu, sering mengantuk dialami pesakit boleh menjejaskan kerja di pejabat manakala pelajar tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.

Epworth Sleepiness Scale (ESS) dilakukan untuk mengukur mengantuk waktu siang menggunakan soal selidik. Ini boleh membantu dalam mendiagnosis gangguan tidur. Skor dibahagikan kepada 0 (tidak tidur), 1 (ada kemungkinan akan tertidur), 2 (mudah tertidur) dan 3 (kemungkinan besar akan tertidur).

Skor keadaan berikut:

1) Ketika duduk dan membaca.
2) Ketika menonton televisyen.
3) Duduk bersahaja di tempat awam.
4) Duduk sebagai penumpang kereta tanpa berhenti.
5) Baring berehat pada waktu tengah hari.
6) Duduk dan bercakap dengan seseorang.
7) Duduk berseorangan selepas makan tengah hari tanpa pengambilan alkohol.
8) Di dalam kereta, berhenti selama beberapa minit ketika kesesakan lalu lintas.

Sekiranya skor berkenaan melebihi sembilan, seseorang itu dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Ini kerana, bagi orang yang normal, jumlah skor akan kurang daripada lapan manakala kadar sewajarnya ialah enam.

Batu karang mudah serang lelaki

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

NAMA penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil endah mengenainya. Mungkin kerana ia tidak sekritikal penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.

Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.


Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.

Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.


Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi, bagaimanapun warga emas dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.


“Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

“Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mag- nesium,” katanya ketika ditemui di PCMC, Kuala Lumpur.


Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan berterusan batu karang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah tetapi penyakit mereka dikesan secara tidak sengaja terutama apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.


Kajian sebelum ini menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik. Malah, antara penyakit genetik yang dikaitkan dengan batu karang termasuk renal tubular, tubalar acidosis dan cystinuria.


Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.


Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk sebutir batu yang keras. Biasanya kes seperti ini memerlukan individu minum tiga liter air sehari.


Menurut Ryan, sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.


“Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, akan timbul rasa sakit yang amat sangat dan pendarahan kebiasaannya boleh berlaku sehingga batu itu dikeluarkan.


“Ada juga kes yang mana batu karang tersekat dan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya apabila kuman mula merebak. Jika ini berlaku, biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk,” katanya.


Mengenai rawatan pula, ada secara moden mahupun tradisional.


Namun, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dengan segera kerana jika lewat boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah kematian seandainya ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah.

Tanda barah mulut

PENGGEMAR daun sirih, anda dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu berikutan mempunyai kesan tidak baik terhadap tubuh selain mampu meningkatkan risiko barah mulut.

Tanda barah mulut


  • Sakit yang berlanjutan
  • Luka yang besar hingga makan saraf
  • Susah mengunyah
  • Susah membuka mulut
  • Susah bertutur
  • Mulut berdarah
  • Ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)
  • Bengkak pada rahang, leher lebih tiga minggu
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun
  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih tiga minggu

    Punca barah mulut

  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Mengunyah sirih bersama tembakau dan pinang
  • Pendedahan di tempat kerja yang membabitkan bahan kimia
  • Genetik


    Cara mengurangkan risiko barah mulut

  • Buat pemeriksaan berkala di klinik
  • Lakukan pemeriksaan barah sendiri
  • Tidak mengambil atau mengunyah tembakau
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari


    Rawatan

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

    Pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan turut membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.

    Rawatan pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.

    Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal.


    Radioterapi

    Penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.

    Contohnya, jika kanser pada bahagian lidah itu kecil (kurang 1.5 sentimeter), ia boleh dirawat dengan radioterapi tanpa pembedahan.

    Istimewanya radioterapi ini, ia tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya. Bagaimanapun, rawatan radioterapi tidak memberi apa-apa kesan pada kanser tulang, biasanya ia hanya dapat dibuang dengan kaedah pembedahan.


    Kemoterapi

    Kaedah menggunakan ubat-ubatan dalam tubuh ini dilakukan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.
  • Thursday 9 February 2012

    Hindari wanita bukan mahram

    AYAH saya bekerja sebagai tukang urut. Terdapat sebilangan pelanggannya adalah wanita meskipun niat ayah untuk merawat orang yang sakit seperti tugas seorang doktor.

    Dalam Islam, niat tidak menghalalkan cara. Saya ragu-ragu, adakah halal rezeki yang diperoleh? Jika tidak, apa yang boleh saya lakukan kerana itu satu-satunya mata pencarian keluarga.

    INGIN TAHU,
    Johor
    Click Here


    PERHUBUNGAN antara lelaki dan perempuan bukan mahram ada had tertentu dalam Islam. Umumnya lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan sama ada bersalaman, urutan dan sebagainya.


    Ini kerana perbuatan itu dapat menimbulkan fitnah dan rangsangan seksual. Tujuan Islam dan syariah untuk menjaga kehormatan dan maruah diri daripada tercemar.

    Umumnya, wanita itu haram disentuh kecuali apabila sudah menjadi isteri. Dalam menggambarkan betapa beratnya larangan ini, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu menusuk kepalanya dengan jarum besi lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (al-Tabrani dan al-Baihaqi)

    Bagaimanapun, ia berbeza sekiranya berada keadaan terdesak atau darurat seperti tiada tukang urut lain atau kesakitan yang amat sangat.

    Dalam keadaan itu, bersentuhan dibenarkan setakat keperluan saja. Maka ada baiknya ayah anda tidak menerima pesakit wanita kecuali keadaan terpaksa saja.
    Ini bagi menjaga aurat de�ngan wanita bukan mahram seperti yang diajar Islam. Seterusnya, ayah anda juga perlu memastikan bahawa pesakit wanita ditemani mahram dan urutan hendaklah berlapik sekiranya perlu.

    Suami terpikat dengan janda

    SAYA berusia 31 tahun dan suami saya 41 tahun. Kami berkahwin tujuh tahun lalu dan sehingga kini masih belum dikurniakan anak.

    Tahun lalu suami saya kenal seorang janda bukan beragama Islam yang mempunyai dua anak.

    Suami saya ada menyatakan hasrat hendak berkahwin dengan janda itu jika saya terus tidak dapat melahirkan zuriat. Masalahnya, suami saya bukanlah seorang yang taat kepada perintah Allah. Dia tidak solat dan nafkah yang diberi pun tidak mencukupi, malah kadang-kadang tidak memberi nafkah kepada saya.

    Saya kecil hati kerana dia memberikan duit kepada perempuan itu tetapi apabila saya minta duit belanja, dia sering kali memberi alasan.
    Click Here


    Kadang-kadang saya berhutang dengan rakan sebab hendak bayar bil dan perbelanjaan lain.


    Sejak berkawan dengan janda itu, suami sering membanding�kan tubuh saya dengannya. Saya pernah menasihatinya supaya tidak lagi berhubung dengan janda itu melalui telefon atau SMS tetapi dia tetap terus menghubunginya.

    Saya rasa dikhianati dan berfikir lebih baik kami bercerai saja. Saya tahu besar pahalanya jika mengizinkan suami berkahwin lagi dan membantu wanita itu memeluk Islam.

    Saya ada berpesan kepadanya jika hubungan yang bermula dengan membohongi isteri pasti ia tidak diredai Allah.

    Bolehkah saya menghalang jika dia bertekad untuk meneruskan pernikahan itu atau patutkah saya meminta cerai kerana kami sering bergaduh kebelakangan ini?

    Seperkara lagi yang membuatkan saya terlalu tertekan apabila suami sering mengatakan sekiranya saya solat, puasa atau melakukan ibadat lain sekalipun, belum tentu masuk syurga kerana dia mengatakan saya tidak taat kepada perintahnya.

    Malah dia turut cakap saya tidak pandai mengemas rumah. Saya takut Allah tidak menerima amalan saya sebab suami tidak suka pada perbuatan saya. Bantulah saya Dr.

    NADIA,
    Kuala Lumpur


    SEMEMANGNYA setiap pasangan yang berkahwin ingin menimang cahaya mata. Biasanya pasangan akan dikurniakan cahaya mata selepas setahun perkahwinan mereka sekiranya tiada aral.

    Bagi pasangan yang lewat mendapat cahaya mata, boleh�lah diperiksa tahap kesihatan masing-masing di klinik atau hospital. Tentu ada cara yang boleh dilakukan sedapat mungkin.

    Walau bagaimanapun, sekiranya masih belum dikurniakan zuriat, hendaklah menerima ketentuan Allah s.w.t di samping terus berusaha dan berdoa.

    Setiap orang ada cubaan masing-masing daripada Allah. Mereka mungkin dapat mengambil anak angkat atau sebagainya. Begitu juga dengan alam rumah tangga dan hubu�ngan dengan pasangan.

    Kadang-kadang setiap pasangan menerima ujian dengan anak atau cabaran luaran seperti yang berlaku kepada puan. Begitu juga dengan tabiat dan akhlak suami yang dikira kurang bertanggungjawab terhadap isteri.

    Semuanya membabitkan dugaan dan cubaan dalam menempuh alam rumah tangga. Mungkin puan perlu memahami kehendak suami dalam hal berkenaan terutama keinginannya untuk mendapat cahaya mata selepas sekian lama berumah tangga.

    Reda suami berkahwin mungkin keputusan yang terbaik dalam soal ini. Jangan terlalu mengongkong suami sehingga dia memilih jalan yang salah dan berlawanan dengan undang-undang negara seperti bernikah di negara jiran.

    Suami puan perlu menyedari pentingnya penghayatan Islam terutama untuk diri sendiri dan membimbing anak serta isteri. Dia perlu berubah menjadi suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan isteri.

    Ingatlah bahawa keluarga yang dibiarkan begitu tanpa jagaan hanya mendatangkan mudarat kepada semua. Mengenai permohonan cerai daripada suami, saya berpendapat ia masih terlalu awal kerana rumah tangga yang dibina masih lagi baru dan ia boleh diperbaiki.

    Setiap pasangan hendaklah berusaha membawa kebaha�giaan kepada pasangan masing-masing. Dengan itu terbentuknya keluarga bahagia dan sakinah.

    Allah menilai semua itu dan akan memberi ganjaran yang banyak. Islam membenci perceraian kerana menghancurkan ikatan pernikahan yang terbina. Ketaatan kepada suami pula adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

    Suami adalah pemimpin kepada isteri. Kepatuhan dan ketaatan diperlukan dalam menjaga hubungan baik di antara pemimpin dan yang dipimpin.

    Bagaimanapun, sekiranya suami mengarahkan perkara yang dilarang Islam, suruhan sedemikian tidak perlu dilakukan malah boleh membantahnya.

    Isteri enggan mengandung lagi

    ISTERI saya berusia 38 tahun dan kami sudah dikurniakan empat anak dan kini isteri sedang hamil anak kelima. Isteri pernah mengadu kepada saya dia tidak mahu lagi mengandung selepas ini.

    Bolehkah di dalam Islam isteri mengikat saluran peranakan bagi mengelaknya daripada mengandung lagi?

    JALIL,
    Kuala Lumpur
    Click Here


    ISLAM membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu, antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan bahagian rahim.

    Menjarakkan kehamilan dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu iaitu biasanya antara dua tahun. Mengikat saluran peranakan (tiub fallopio) menerusi kaedah `tubal ligation’ pula juga dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor Muslim.

    Ia ada kemungkinan mendatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang.
    Sebaiknya, berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara berkaitan.

    Pakai selipar tandas dalam rumah

    IBU dan ayah mentua suka memakai selipar di dalam rumah. Saya perasan selipar yang digunakan itu turut digunakan untuk ke tandas dan keluar rumah.

    Jadi, saya sangat sangsi �kebersihan selipar yang dipijak ke lantai di dalam rumah dan bilik.

    Saya juga berasa was was dengan tempat saya bersolat kerana berkemungkinan besar selipar itu kotor kerana sering di bawa ke merata tempat. Apa yang perlu saya lakukan?

    ILA,
    Click Here

    Perak



    PERKARA ini dapat diselesaikan secara baik dengan memberikan mereka tiga jenis selipar yang sesuai, iaitu (1) selipar luar rumah (2) selipar dalam rumah dan (3) selipar tandas. Dengan itu soal kebersihan dapat dijaga sebaik mungkin dan rasa was-was anda dapat dihilangkan.

    Apa yang berlaku kadang-kadang membabitkan tabiat dan adat yang sudah lama berjalan. Lakukan perubahan secara beransur-ansur dan bawa berbincang secara baik dan berhikmah. Saya berasakan anda mampu mengubah keadaan yang ada sebaiknya.

    Jurutera Sukar lupa hubungan songsang

    SAYA seorang jurutera dan mempunyai ‘hubungan kasih’ songsang dengan sahabat saya seorang lelaki 'latino'. Kami menjalin hubungan lebih dua tahun dan dia juga mengasihi saya.

    Saya cuba melupakannya dengan memperbanyakkan mendekatkan diri kepada Allah tetapi jiwa dan fikiran saya tidak boleh melupakannya.

    Pemuda ‘latino’ itu juga bekerja sepejabat dengan saya dan kami masih menghubungi antara satu sama lain.

    Bagaimana saya hendak melupakan pemuda itu dalam hidup saya? Saya takut dengan azab Allah dan saya tidak mahu mengulangi perbuatan terkutuk dengan pemuda itu yang juga beragama Kristian.
    Click Here


    AHMAD,

    Qatar


    SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.

    Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.

    Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.

    Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.

    Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.

    Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi ‘effeminate’ (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).

    Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.

    Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.

    Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.

    Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.

    Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.

    Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.

    Bagaimana waris terhalang terima pusaka

    ADAKAH benar seorang cucu yang kematian bapanya tidak berhak mendapat harta pusaka datuknya atas alasan bapanya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum datuknya meninggal.


    Untuk makluman Dr, arwah bapa mempunyai 10 orang adik-beradik.


    FARHAN,
    Johor
    Click Here


    HARTA pusaka datuk tidak dapat diwarisi oleh cucu disebabkan kematian bapa sebelum datuknya meninggal dunia kerana masih ada waris-waris yang lebih berhak menerima iaitu anak-anak datuk yang masih hidup.

    Maka dengan itu, cucu datuk itu dikenali sebagai waris terhalang. Mereka tidak dapat mempusakai harta kerana sebab-sebab tertentu seperti di atas.

    Bagaimanapun, terdapat peruntukan yang membenarkan seorang cucu menerima pusaka datuk walaupun ayahnya sudah meninggal sebelum datuknya.

    Ia disebut sebagai wasiat wajibah dan hanya diberi kepada cucu-cucu saja. Kadar wasiat ialah tidak melebihi 1/3 mengikut kadar wasiat. Apabila ia berkurangan, seorang cucu boleh mendapat bahagian yang diperuntukkan untuk anak lelaki.

    Dengan adanya peruntukan itu seorang cucu boleh mendapat bahagiannya. (Lihat artikel, “Wasiat Wajibah - Membantu waris terhalang,” http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2004&dt=1001& pub=Utusan-Malaysia
    & sec=BicaraAgama&pg =ba_01.htm)

    Buang bulu roma tumbuh lebat

    SAYA ada masalah bulu roma lebat di badan yang membuatkan saya berasa rendah diri. Apakah hukumnya jika saya membuangnya kerana saya ingin kelihatan cantik seperti wanita lain? Jika saya berkahwin, apakah hukumnya jika saya berbuat demikian untuk kesenangan suami?


    FARAH

    KL

    Click Here

    Fitrah kejadian bagi seorang wanita mempunyai bulu roma yang kurang daripada lelaki.

    Jika seorang wanita ditumbuhi bulu terlalu lebat sehingga seakan-akan menyerupai lelaki, wajib membuangnya supaya tidak keliru dan membezakan keadaan sebagai seorang wanita.

    Seorang isteri wajib berhias untuk suami dan kerukunan rumah tangga. Selama mana cara perhiasan itu menuruti lunas syariat, dia digalakkan berhias untuk suaminya.

    Wajib utama nafkah isteri

    SAYA seorang isteri dan belum ada zuriat. Suami masih memiliki ibu dan ayah. Persoalan saya, suami lebih mengutamakan bayaran bulanan kepada ibu bapanya berbanding saya, sedangkan kedua-duanya berkemampuan.

    Pernah saya tidak menerima nafkah daripada suami disebabkan masalah kewangan, tetapi suami tetap memberi kepada ibu bapanya.

    Kami pernah bertengkar mengenai perkara ini, namun dia tetap mempertahankan ibu bapanya.

    Katanya, dia perlu utamakan ibunya, syurga saya berada di tapak kakinya dan syurga suami di tapak kaki ibunya, oleh itu saya perlu utamakan atau lebih hormat kepada ibunya daripada ibu saya.
    Click Here


    Benarkah saya perlu menghormati ibunya melebihi ibu saya sendiri dan sebagai isteri, apa hak saya terhadap nafkah?


    ISTERI BERTANYA
    Selangor


    Seseorang perlu mengimbangi tugasnya sebagai anak dan suami dengan saksama. Sebagai anak, dia wajib menghormati ibunya, sebagai suami pula dia wajib memberi nafkah kepada isteri, apatah lagi jika ibu bapanya orang yang berkemampuan, wajib bagi suami memberi nafkah isteri dan berdosa jika mengabaikannya.

    Jika mengikut susunan, suami perlu memberi nafkah kepada anak isteri dan lebihan yang ada boleh dihulurkan kepada ibu bapa.

    Memang benar syurga di bawah tapak kaki ibu tetapi balasan neraka juga menanti suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan rumah tangga. Justeru itu, imbangi kedua-duanya dengan saksama.

    Air keluar dari faraj ketika solat

    SAYA ada satu kemusykilan berhubung ibadat solat. Setiap kali bangun daripada sujud (ketika duduk di antara dua sujud), saya merasakan sesuatu keluar daripada lubang kemaluan iaitu berupa angin dan ada kalanya keluar sedikit cecair daripada kemaluan.

    Ia biasanya berlaku apabila saya hendak duduk antara dua sujud. Saya khuatir perkara ini menyebabkan solat saya tidak sah.

    Untuk pengetahuan Datuk, saya sentiasa berdehem setiap kali selepas membuang air, terutama apabila hendak mengambil wuduk.

    ZARIMAH
    Click Here

    Kuantan


    Wuduk akan batal apabila sesuatu keluar daripada lubang dubur atau faraj.
    Dalam hal ini, jika angin atau cecair keluar, wuduk terbatal dan solat tidak sah.

    Keadaan ini perlu diubati kerana ia adalah penyakit.

    Bagaimanapun, selepas diubati dan jika ia menyukarkan keadaan di mana angin atau cecair tetap keluar ketika solat, dinasihatkan supaya sebelum mendirikan solat, hendaklah menampal bahagian kemaluan dan dubur dengan memakai seluar atau pelapik seluar dalam.

    Selepas usaha ini dilakukan dan masih terkeluar tanpa dapat dikawal, solat adalah sah atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

    Berdehem dengan tujuan membuang semua najis ketika buang air kecil adalah satu latihan baik bagi menjamin semua najis terkeluar.

    Isteri sering minta cerai bila gaduh

    SAYA sering berselisih faham dengan suami sejak mula berkahwin lagi. Apabila bertengkar saya sering menuntut cerai daripada suami walaupun tanpa niat.

    Masalahnya, saya tidak ingat sepanjang pergaduhan, jika suami pernah melafazkan cerai ataupun tidak.

    Namun, dia pernah katakan boleh bercerai selepas anak membesar, gertak untuk digantung tanpa tali, malah ia pernah membabitkan keturunan.

    Tambahan pula, suami saya berketurunan India Muslim dan kurang fasih berbahasa Malaysia. Adakah semua yang pernah dikatakan suami itu membuatkan talak jatuh ke atas saya? Untuk pengetahuan Datuk, saya risau jika kami sudah tidak sah lagi sebagai suami isteri.
    Click Here


    ANIS

    Wangsa Maju, Kuala Lumpur



    Talak di tangan suami. Isteri yang dalam keadaan marah kerap saja meminta cerai dan mengugut suami, justeru Allah SWT meletakkan talak dalam kuasa suami yang sewajarnya tidak menggunakan sewenang-wenang tanpa sebab munasabah.

    Perkataan suami puan bukan membawa perceraian tapi dia berkata “boleh bercerai selepas anak membesar.” Jika selepas anak membesar dia tidak melafazkannya maka tidak jatuh talak. Usah terlalu risau hal ini kerana puan dan suami masih sah sebagai suami isteri.

    Sebaik-baiknya, jagalah tutur kata di depan suami, hormati dia dengan tidak mudah menuntut cerai. Mohon ampun daripada suami atas keterlanjuran bahasa dan berhati-hati di masa akan datang supaya tidak menuntut cerai. Nabi SAW mengatakan adalah berdosa bagi isteri menuntut cerai tanpa sebab kerana arasy akan bergoyang.

    Ibu lesbian

    BENARKAH saya berdosa jika menegur kelakuan ibu yang melakukan hubungan sejenis? Apakah hukumnya terbabit hubungan sejenis?

    Adakah perlakuan itu disebabkan kisah hidup lampau hingga mereka terjerumus dalam hubungan sedemikian? Ketika disoal, ibu hanya menganggap perlakuannya disebabkan takdir Allah.

    Saya benar-benar buntu dan dan memerlukan penjelasan daripada Datuk.

    AD
    Click Here

    Shah Alam, Selangor


    Setiap manusia bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Usah menyalahkan takdir atas setiap perlakuan yang kita ada kuasa memilih sama ada mahu melakukannya atau mahu meninggalkannya. Melakukan hubungan sejenis adalah berdosa dan perbuatan dikutuk dan dilaknati Allah.

    Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menegur apabila mengetahui maksiat berlaku. Jika maksiat ini berlaku pada orang yang paling dihormati iaitu ibu sendiri, gunakanlah hikmah dan bahasa terbaik apabila menegur kerana pada masa yang sama, menghormati ibu tetap menjadi kewajipan.

    Sayangkan ibu kerana perintah Allah maka tegurlah dia supaya dia tidak melanggar larangan Allah SWT.

    Ibu khuatir anak menopaus awal

    Adakah seseorang wanita itu boleh mengalami menopaus awal?

    Anak saya baru berusia 22 tahun tetapi sejak Julai lalu, haid�nya tidak datang lagi. Dia baligh pada usia 11 tahun dan haidnya sebelum ini memang teratur. Apakah yang harus saya lakukan?

    IBU RISAU,
    Melaka
    Click Here


    ANDA boleh membawa anak anda berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan dan ujian terlebih dulu.


    Wanita dikatakan mengalami menopaus awal (menopaus pramatang) sekiranya ia berlaku pada usia awal daripada 35 tahun. Penge-sahan menopaus dilakukan secara ujian darah mengesan hormon tertentu serta dibantu oleh pemeriksaan fizikal ke atas ciri-ciri tertentu pada bahagian badan (kawasan kemaluan, payudara, taburan bulu kemaluan, ciri seksual sekunder dan seumpamanya) serta ultrabunyi ke atas saiz serta ‘keaktifan’ rahim dan ovari.

    Anak anda tidak semestinya mengalami menopaus. Dalam kebanyakan kes, ia mungkin disebabkan gangguan ovulasi saja dan bersifat sementara.

    Rawatan pil berhormon estrogen dan progestin (sama ada yang terkandung dalam pil perancang ataupun dalam pil gentian hormon menopaus) dapat membentuk dan mengeluarkan ‘haid’ untuk sementara waktu bagi membolehkan doktor mencari punca masalah anak anda.

    Namun jika ujian dan pemeriksaan mendapati hasilnya lebih cenderung kepada menopaus pramatang, doktor akan menjalankan beberapa ujian lebih lanjut termasuk ujian darah bagi menentukan komposisi kromosom.