Thursday, 9 February 2012

Kesan alahan kolagen marin (lautan)

SAYA berusia 43 tahun dan ingin bertanya mengenai kolagen marin (lautan). Sekiranya produk berkenaan adalah 100 peratus kolagen marin dan setiap kapsul kandungannya 400 miligram, adakah ia sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan hamil?

AISHAH,
Shah Alam, Selangor




Suplemen kolagen marin lazimnya diperoleh daripada sisik dan sirip ikan.

Memandangkan ia sejenis protein, kesan tindak balas alahan sama ada kepada pengambil ataupun janin dikandung mungkin berlaku, walaupun dalam kuantiti yang sedikit contohnya seberat hanya 0.4 gram saja seperti yang anda ambil (sebagai perbandingan berat, anda mungkin ingin membandingkan dengan perhiasan emas seberat 0.4 gram).

Kesan mudarat lain belum atau tidak dilaporkan.

No comments:

Post a Comment