SAYA berusia 40 tahun dan menggunakan pil perancang. Sejak sebulan kebelakangan ini, saya gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti bawah perut, belakang badan, paha, tangan, leher, kulit kepala, punggung dan sekitar alat sulit sehingga mengganggu aktiviti seharian dan sukar tidur.
Di samping itu saya selalu pening kepala dan berangin serta rasa kelam mata apabila tunduk seperti rukuk semasa solat. Doktor memberikan saya pil dan krim untuk menghilangkan gatal-gatal dan ubat angin. Apakah punca kegatalan ini dan mengapa badan berangin?
PUAN ZARIMAH,
Kedah
Click Here
ANDA tidak menyatakan tempoh anda menggunakan pil perancang terbabit. Sekiranya seseorang mengalami alahan terhadap sesuatu ubat atau makanan, kesan alahan akan muncul dengan awal, seawal beberapa minit atau dalam beberapa jam atau hari sahaja.
Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesihatan am, sebolehnya dengan doktor pakar perubatan dalaman. Kadangkala, ia petanda �penyakit dalaman yang �
hanya kini baru ketara. Adakalanya ia juga �disebabkan oleh masalah alahan kulit, berlebihan �bilirubin di dalam darah, penyakit �auto-imun atau jangkitan kulit akibat kurang imun contohnya dalam keadaan diabetes dan seumpamanya.
Pada usia ini juga, sememangnya elok menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Banyak klinik dan hospital kini menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan.
No comments:
Post a Comment