Thursday, 9 February 2012

Kranberi bersalut coklat

Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KRANBERI yang merah berkilat mengandungi khasiat yang tinggi dan sesuai dipetik segar dari Oktober sehingga Disember.

Musim ini juga adalah masa terbaik untuk menggunakan kranberi yang dipetik bagi menambah warna ceria dan rasa dalam setiap hidangan serta pemanis mulut terutama ketika musim perayaan.

Bukan itu saja malah ia mempunyai khasiat tersendiri kerana kranberi dikenal pasti membawa pelbagai kebaikan kesihatan serta mengandungi nutrien penting. Ini termasuk antioksidan, antiradang, antikanser serta baik bagi sistem kardiovaskular dan penghadaman terutama jika buah itu dimakan sepenuhnya.

Penggunaan kranberi kini banyak dipelbagaikan dalam menu harian bagi mendapatkan khasiat dan kebaikannya kepada tubuh badan.
Click Here


Bagi penghasilan coklat, kranberi juga kini menjadi bahan popular untuk ditambah bagi memenuhi cita rasa pengguna yang bukan saja inginkan rasa coklat malah dapat memberikan khasiat.


Tanpa mengira usia, ramai yang gemarkan kemanisan coklat dan keenakan rasa lemaknya. Ia ditambah pula dengan penggunaan bahan lain seperti kismis, kacang, badam atau perasa tambahan lain bagi memberi pilihan cita rasa baru kepada penggemar coklat.

Menjengah tahun baru ini, Vochelle memperkenalkan perasa baru coklat iaitu Crown Selection Delightful Cranberries. Coklat premium ini memberi kepuasan kepada penggemarnya kerana setiap hidangan yang diambil mengandungi kranberi lengkap bersalut coklat.

Pakar pembuat coklat terkemuka Vochelle menggunakan biji koko yang terpilih, 100 peratus mentega koko dan ramuan semula jadi lain yang bermutu tinggi bagi memberikan rasa coklat berkualiti.

Malah perisa terbarunya juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet mahupun pewarna bagi menghasilkan resipi coklat asli yang direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna.

Ia boleh didapati di pasaran dalam pek 90 gram yang mudah dibawa atau dalam bungkusan elegan bertemakan perayaan di pasar raya serta kedai terpilih
di seluruh negara. -Metro

No comments:

Post a Comment