SAYA remaja berusia 19 tahun, belum berkahwin dan mempunyai masalah puting payudara yang tidak normal. Keadaan puting payudara sebelah kiri termasuk ke dalam dan kelihatan terbelah dua.
Apabila bertindak balas dengan air, puting payudara saya mengeluarkan sejenis bendasing berwarna putih tetapi tidak meleleh hanya bertakung di kawasan terbelah itu. Namun ia sentiasa keluar jika saya meletakkan air di kawasan terbabit.
Pada masa sama, payudara kiri saya lebih kecil berbanding kanan. Adakah keadaan ini normal?
BUNS,
Click Here
Kuala Lumpur.
BESAR kemungkinan, kedua-dua ini bukanlah masalah kritikal. Keadaan payudara yang tidak sama saiznya juga boleh berlaku dalam mana-mana individu, kebiasaannya perbezaan saiz ini lebih ketara pada ibu yang memberi penyusuan badan dengan cenderung menggunakan satu atau sebelah payudara saja.
Keadaan puting seperti yang anda alami juga bukanlah sesuatu yang jarang ditemui. Keadaannya yang terbelah dan tertanam menjadikan ia lebih mudah mengumpul sisa kulit mati, kotoran atau daki.
Bagaimanapun, memandangkan lelehan juga boleh menjadi petanda penyakit bahaya, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian.
No comments:
Post a Comment