DALAM setiap perkahwinan, selain pelamin, bilik tidur antara yang menjadi tumpuan kerana ia bakal menyatukan dua insan sebagai suami isteri untuk malam pertama.
Suasana romantik dan cara menghias yang mempesona akan memberi semangat kepada pengantin ketika menempuh hari perkahwinan.
Bilik tidur pengantin tidak berseri tanpa sedikit hiasan sekurang-kurangnya menggunakan cadar baru bersesuaian serta hiasan bunga.
Hiasan sederhana sudah memadai tetapi masyarakat tetap mahu melihat sesuatu yang luar biasa dalam hiasan bilik tidur pengantin.
Click Here
Sama ada ringkas atau sebaliknya, yang penting hiasan bilik pengantin mesti kelihatan tenang.
Walau siapa pun yang menghiasinya, mereka perlu menyeimbangi suasana. Jika terlalu sarat, ‘mood’ pengantin akan hilang.
Sebelum menghias bilik pengantin, fikirkan mengenai tema, warna cadar, bantal atau aksesori hiasan lain bagi menambah seri malam pertama.
Tidak salah menggunakan khidmat juruperunding hiasan kerana mereka mungkin ada idea yang lebih ‘outstanding’ bagi meraikan kedua-dua mempelai.
Selain itu, pengantin harus berbincang dengan juruandam yang mempunyai keserasian supaya keinginan dapat dicapai.
Pengantin dan keluarga perlu mempunyai keserasian sebelum bermula langkah melakukan kerja menghias. Keserasian penting supaya kedua-dua pihak mudah menjalankan tugas masing-masing.
Banyak konsep kini menjadi pilihan, antaranya tradisional yang begitu diagung-agungkan masyarakat dulu.
Konsep tradisional menggunakan elemen seperti set kain cadar daripada kain tenun benang emas, kain hiasan dan sedikit bunga untuk tampak seri bilik.
Namun, kini kain tenun benang emas tidak lagi menjadi pilihan berikutan banyak penawaran dengan konsep lebih segar, menarik dan moden.
Pengantin baru hari ini lebih gemar mengalas katil mereka dengan cadar daripada kain satin atau renda.
Cuba juga kain cita kerana ia lebih selesa dan tidak memanaskan, tahan lama dan lebih menjimatkan.
Pewangi juga meningkatkan aura wangian bilik tidur. Cukup sekadar meletakkan bunga rampai atau pewangi bilik. Jangan terlalu mengikut tren semasa dengan menggunakan pelbagai jenis lilin, kononnya untuk tampak berbeza.
Ia sangat berisiko tinggi kerana boleh mengundang bencana seperti kebakaran.
Selepas bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar, bilik tidur pengantin menjadi tempat pasangan menikmati ketenangan dan menenangkan fikiran.
INFO:
Panduan sebelum menghias bilik tidur pengantin
Tentukan terlebih dulu warna tema bilik pengantin.
Pilih konsep bersesuaian sama ada mahu nampak elegan, ringkas, kemas, selesa atau klasik.
Pilih set bilik tidur yang bertepatan dengan tema. Pilihan ini penting sebelum memberi fokus pada hiasan langsir, latar belakang kelambu hiasan katil dan permaidani serta cadar.
Panduan menyiapkan bilik pengantin
Pilih cadar katil daripada warna putih atau ‘pastel’. Elakkan daripada memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.
Elak meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh. Sediakan ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran.
Elak meletakkan jambangan bunga yang besar atas tilam. Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan lebih manis gayanya.
Hias bilik dengan wangian lembut. Selain nampak cantik, wangian berupaya memberi suasana romantik kepada bilik pengantin.
Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin serta bekas potpouri.
Tabur cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin.-metro
No comments:
Post a Comment