Thursday, 9 February 2012

Takut bersetubuh dengan suami

SAYA berusia 28 tahun dan kini hamil anak pertama dengan usia kandungan lapan bulan. Masalah yang saya alami adalah selepas mengadakan hubungan dengan suami, saya berasa seperti hendak membuang air besar apabila selesai melakukan hubungan.

Kadang-kadang memang saya membuang air besar tetapi kadang-kadang tidak. Masalah ini saya hadapi setelah saya hamil empat bulan. Sebelum saya hamil, saya tidak rasa sedemikian. Adakah ini normal ataupun sebaliknya?

Kadang-kadang saya rasa takut hendak mengadakan hubungan dengan suami. Adakah masalah itu akan hilang selepas saya ber�salin nanti? Harap doktor dapat membantu saya.

BAKAL IBU,
Click Here

Kuala Lumpur.


SEWAKTU lawatan pemeriksaan antenatal akan datang, anda boleh menyuarakan masalah ini kepada doktor anda. Jarang masalah ini berlaku pada wanita yang belum pernah melahirkan anak.

Berkemungkinan ia berkait dengan perjalanan usus atau rutin pembua�ngan air besar anda. Faraj hanya berhadapan saja dengan sebahagian saluran usus bawah, penetrasi zakar boleh mendatangkan perasaan ingin membuang air besar sekiranya bahagian usus terbabit sedang berisi najis yang sebelumnya ‘menumpang’ ruang secara menghimpit faraj di hadapannya.

No comments:

Post a Comment