Thursday, 9 February 2012

Pendarahan haid tiga kali sebulan

SAYA seorang ibu tunggal berusia 45 tahun dan mempunyai empat anak. Saya juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan menjalani prosedur cucian dilate dan curretage (D&C).

Masalahnya, saya kini meng-alami pendarahan haid yang tidak menentu, kadangkala sehingga tiga kali sebulan. Lazimnya, ia sedikit tetapi ada ketikanya banyak seperti haid biasa.

Saya juga mengalami masalah keputihan yang berbau. Saya pernah mencuba
mencuci kemaluan dengan pencuci faraj yang disyorkan rakan tetapi ia masih tidak berubah.
Click Here

Saya khuatir dengan keadaan saya tetapi malu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Apakah yang perlu saya lakukan? Berapakah anggaran kos pemeriksaan untuk masalah sebegini?

REENA,
Shah Alam, Selangor


ANDA dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan doktor pakar sakit puan berhampiran. Masalah yang anda alami memerlukan pemeriksaan awal untuk memastikan ia bukan penyakit pintu rahim (serviks) atau rahim yang serius contohnya ketumbuhan.

Lazimnya doktor akan menggunakan alat spekulum untuk memeriksa keseluruhan permukaan faraj terutama pintu rahim untuk mengesan sebarang keabnormalan seperti ulser, ketumbuhan dan seumpamanya.

Bergantung kepada penilaian doktor, beberapa ujian mungkin dilakukan sama ada Pap smear ke atas pintu rahim atau biopsi ke atas ulser atau ketumbuhan, biopsi ke atas tisu endometrium dalam rahim, swab lendir untuk ujian kultur dan Chlamydia juga akan dilakukan.

Setelah itu, doktor juga mungkin melakukan ultrabu-nyi ke atas kawasan pelvis. Lazimnya keputusan ujian Pap smear atau biopsi dapat diketahui dalam masa dua hingga tiga hari saja jika di hospital swasta sekiranya dihantar secara permohonan segera.

Kos bergantung kepada bilangan ujian yang dilakukan tetapi kebiasaannya antara RM500 hingga RM1,000 jika ia turut membabitkan pengambilan biopsi dan ujian histologi ke atas biopsi terbabit. Anda juga mempu-nyai pilihan mendapatkan pemeriksaan di klinik hospital kerajaan yang mengenakan bayaran minimum saja.

No comments:

Post a Comment