MENURUT Kaunselor dan Pakar Perunding, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Haslee Sharil Lim Abdullah, sihir dalam rumah tangga berlaku disebabkan adanya unsur pengabaian, rasa kekurangan, tergugat, terancam dan rasa terpinggir daripada pasangan. Ini me�nyebabkan mereka meminta pertolo�ngan daripada pihak lain iaitu penggunaan ilmu hitam yang dirasakan mampu memulihkan keadaan dan membantu mereka mendapatkan apa yang dihajati.
Ini ditambah budaya dan amalan dalam masyarakat Melayu yang sudah tertanam sejak beratus tahun dulu yang menjadikan ilmu hitam sebagai amalan sama ada untuk keselamatan serta menjaga harta benda bagi memenuhi kehendak mereka.
Selain itu, meluasnya drama serta filem bercorak tahyul dan seram lebih menguatkan lagi amalan penggunaan sihir dalam masyarakat. Ini kerana filem serta drama yang memaparkan kejahilan dalam masyarakat sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda mereka untuk mengikutinya.
Namun kata Dr Haslee, bagi individu yang berpegang teguh pada ajaran al-Quran mereka tidak akan menerimanya kerana amalan ini secara terang-terangan menyekutukan Allah dan berdosa besar.
Click Here
Bagi pasangan normal, mereka tidak sepatutnya meminta bantuan pihak lain selain Allah sekiranya rumah tangga dilanda masalah. Ini kerana terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan tekanan atau menyelesaikan masalah iaitu dengan berjumpa pihak ketiga seperti keluarga atau paling baik, kaunselor yang boleh menangani konflik dengan sempurna.
“Namun apa yang berlaku kini, pasangan tidak berusaha untuk memahami konflik dan menguruskannya dengan sempurna sebaliknya lebih mempercayai kepada bentuk ilmu hitam yang diragui keberkesanannya,” katanya.
Dalam hal ini, suami mahupun isteri yang menggunakan ilmu hitam untuk menjadikan pasangan lebih mencintai atau mengasihi mereka sepatutnya berfikir adakah dengan cara ini pasangan akan benar-benar menyayangi dengan ikhlas? Berapa lama ilmu ini dapat bertahan kerana akhirnya kebenaran akan terbukti dan lebih teruk akan memberi kesan emosi kepada pasangan.
“Biasanya penggunaan kuasa ghaib yang menyekutukan Allah ini kesannya tidak lama. Memang benar, mungkin dalam masa sebulan atau setahun individu merasakan diri mereka disayangi, tidak merasa tergugat atau berjaya memperoleh wanita atau lelaki yang mereka idamkan. Namun sampai bila? Lama-kelamaan apabila ilmu sudah tidak berkesan, kebenaran akan terbukti dan ini akan menyebabkan masalah gangguan emosi dan perceraian,” katanya.
Selain itu, daripada kajian dilakukan menunjukkan penyakit kanser berpunca daripada perasaan yang terpendam dalam hati. Ini berpunca daripada rasa de�ndam yang membara, marah, rasa teraniaya dan disakiti yang menyebabkan imunisasi menjadi lemah seterusnya sel kanser merebak.
“Ramai tidak tahu penyakit kanser berpunca daripada masalah dalaman yang disimpan sekian lama. Perasaan marah, dendam, rasa tertekan, sakit hati dan kurang disayangi adalah punca yang menjurus kepada penyakit ini. Sekira�nya individu membiarkannya tanpa mendapatkan rawatan kaunseling, dikhuatiri ia akan menyebab�kan penyakit menjadi lebih teruk,” katanya.
Menurutnya, apa saja hubungan boleh diuruskan dengan baik sekiranya individu memiliki kewarasan fikiran. Namun kebanyakan suami isteri kini kurang
menyayangi diri mereka
dan sanggup membiarkan pergolakan dalam rumah tangga sehingga menyebabkan masalah kepada keluarga, anak-anak dan di tempat kerja malah lebih buruk menyebabkan masalah mental dan membunuh diri.
“Tekanan perasaan jika tidak dirawat akan menyebabkan gangguan neurotik iaitu satu tahap tekanan yang boleh menyebabkan seseorang itu kurang ceria, pendiam dan prestasi kerja merosot. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini masih boleh menguruskan diri dengan baik.
“Namun apabila dibiarkan, dikhuatiri mangsa akan menghadapi tekanan lebih serius sehingga mencapai tahap psikotik iaitu satu dunia abnormal yang menyebabkan mereka tidak lagi mengenali diri sendiri, tidak dapat bekerja dan menguruskan diri. Lebih teruk menyebabkan gila atau membunuh diri,” katanya yang sering menerima masalah rumah tangga berkaitan poligami dalam keluarga.
Ini berlaku apabila isteri tidak dapat menerima dan reda dengan hubu�ngan mereka, justeru wujud masalah lain yang dipendam hingga menyebabkan tekanan perasaan pada kedua-duanya.
Jelasnya, menyelesaikan sesuatu masalah harus mendapat kerjasama daripada kedua-dua pihak. Jika satu pihak saja, masalah tetap tidak dapat diselesaikan. Di sinilah pentingnya kaunseling dalam rumah tangga, keluarga dan masyarakat yang dapat menguruskan masalah, merawat rasa dendam dan tertekan dalam diri.
“Jika pasangan sedar hubungan mereka menghadapi masalah, sepatutnya mereka merujuk kepada kaunselor atau ahli psikologi yang dapat memberi pemahaman mengenai situasi dan mencari punca konflik berlaku.
“Paling penting, ialah perbincangan serta mencari jalan penyelesaian untuk merawat masalah. Gunakan cara terhormat bukan menerusi ilmu hitam. Jika tidak dapat diselesaikan, perhubungan boleh ditamatkan (berpisah) tanpa rasa dendam dan pasangan dapat menerimanya dengan hati terbuka.
Ini adalah lebih baik daripada membiarkannya melalui fasa yang lebih menyakitkan dan menjeruk perasaan masing-masing yang ber�kesudahan dengan penyakit hati dan rasa dendam,” katanya.-Metro
No comments:
Post a Comment