Thursday, 9 February 2012

Mangsa menangis sakit diketuk ranting nona

“USTAZ, tolonglah ubati saya. Saya sudah tidak tahan lagi. Bermacam cara saya lakukan namun rumah tangga saya seperti ada yang mengganggu. Panas, pantang bertemu isteri pasti kami bergaduh. Malah saya tidak boleh melihat wajahnya, benci dan selalu ingin marah. Pada hal dia tidak melakukan apa-apa kesalahan,” ujar seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Yazid (bukan nama sebenar) kepada pengamal perubatan, Dr Jahid Sidek yang juga pengasas dan pakar Pusat Rawatan Islam Manarah, Kuang, Selangor ketika menemuinya untuk menda�patkan rawatan.

Ketika dirawat, Jahid memegang bahu kiri lelaki itu namun tiada apa yang berlaku. Kemudian dia mengetuk menggunakan ranting nona. Ketukan pertama dan kedua tiada sebarang perubahan, sehinggalah ketukan kelima, tiba-tiba lelaki itu menangis kesakitan dan merayu berkali-kali supaya tidak dipukul lagi.

Suaranya tiba-tiba bertukar garau dan orang yang bercakap itu bukannya Yazid sebaliknya individu yang melakukan sihir itu. Ceritanya, dia mengaku bersahabat baik dengan Yazid dan menanam barang di hadapan rumah Yazid dengan tujuan mahu memecah belah rumah tangga serta cemburu dengan kejayaan Yazid selama ini. Selepas puas bercerita, Jahid meminta dia menunjukkan barang yang ditanam di hadapan rumah dan dia mengangguk bersetuju.

Dengan bantuan ahli keluarga Yazid yang lain, mereka menggali hampir setengah kaki dan menjumpai serpihan kaca dan botol bersama satu bunjut kain putih yang �
Click Here

di dalamnya berisi debu

mayat. Bahan ini ditanam enam tahun lalu bertujuan membunuh Yazid namun disebabkan Yazid mempunyai pegangan agama yang kuat serta rajin beribadah, kesan sihir kurang menjadi.

Namun sihir turut mengenai ahli keluarga Yazid yang turut berada di rumah itu. Abangnya menghidap penyakit yang tidak dapat dipastikan manakala kakak Yazid turut menghidap penyakit misteri. Setelah diubati dan dibersihkan kawasan rumah menggunakan cuka, garam dan lada hitam, akhirnya Yazid pulih dan dapat menjalani kehidupan sempurna bersama keluarganya semula.

Menurut Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, apa yang berlaku kepada Yazid adalah sebahagian daripada kisah rumah tangga bahagia pada mulanya tetapi bergelora di pertengahan akibat gangguan sihir. Antaranya, isteri dan suami bertukar sifat menjadi pemarah, meminta cerai, sakit yang tidak berkesudahan serta membenci suami dan anak-anak tanpa sebab munasabah.

“Pada zaman sekarang, saya banyak menerima rawatan kes sihir membabit�kan rumah tangga. Biasanya isteri menggunakan sihir supaya suami tidak beralih arah atau berkahwin lain, suami tunduk kepada isteri, suami menggunakan ilmu hitam supaya isteri membenarkan berkahwin lain, menjadi du�ngu dan menurut arahan.

“Ada juga dilakukan orang lain untuk memusnahkan rumah tangga seperti ibu mentua menggunakan sihir untuk memecah belah rumah tangga menantu serta sihir daripada rakan untuk mendapatkan isteri atau suami pasangan.

“Sihir tidak terbatas kepada mereka yang tidak mempu�nyai pegangan agama yang kuat tetapi juga dilakukan ahli agama bergelar imam, bilal, ustaz dan ustazah. Malah saya juga banyak menerima kes membabitkan orang kenamaan,” katanya.

Jahid menegaskan, di dalam rumah tangga, majoriti perempuan ingin me�ngenakan lelaki atau mahukan suami orang lalu dia mengenakan sihir kepada isteri. Dengan harapan apabila isteri itu mati atau rumah tang�ga menjadi porak-peranda, dia dapat mengambil tempat sebagai isteri. Hakikatnya keba�nyakan lelaki tidak menyedari mereka disihir atau menjadi perantara sihir.

“Saya menerima banyak kes isteri dan anak menjadi persinggahan sihir untuk mengenakan suami. Kesan�nya isteri dan anak mengalami gangguan dan sakit tidak diketahui puncanya. Terdapat pelbagai penyakit berpunca daripada sihir seperti kudis seluruh badan, bau hanyir pada kemaluan, penyakit barah, tidak boleh tidur, panas badan, hilang selera, bertindak liar dan membunuh diri,” jelasnya.

Menurut Jahid, biasanya sihir dapat dilihat apabila berlakunya perubahan tingkah laku, emosi serta tindakan yang datang secara tiba-tiba dan luar biasa, apatah lagi apabila menyebabkan kereng�gangan hubungan keharmonian suami isteri dalam rumah tangga. Ruang lingkup ilmu dan amalan sihir sangat luas, sangat rahsia, ghaib, sukar diketahui dan disedari.

“Sihir dikatakan sebagai ilmu yang dipelajari daripada guru yang mahir dengan ilmu sihir menerusi amalan kebatinan yang berlawanan dengan akidah Islam. Biasanya menggunakan jampi mantera yang diajar makhluk halus bagi tujuan menghasil�kan perkara jahat terhadap orang lain seperti menyakiti dengan penyakit hati atau fizikal tanpa dapat dikesan punca sebenar.

“Ia menyebabkan mangsa menderita dalam pelbagai bentuk seperti hilang tumpuan bekerja, membenci pasangan sehingga bercerai-berai, mengasihi seseorang sehingga sanggup melakukan apa saja asalkan hajat tercapai dan paling teruk sehingga menyebabkan mangsa menderita dan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Islam Manarah, baru-baru ini.

Menerusi pengalaman�nya selama lebih 20 tahun dalam bidang perubatan Islam, Jahid menjelaskan terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan sihir iaitu menerusi angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan, bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh seperti telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok. Ia juga boleh dibuat melalui simpulan sihir atau apa saja perantaraan barang yang dijadikan hadiah seperti makanan, minuman, pakaian, kasut, buku, barang kemas, gambar, khat, minyak angin dan gula-gula. Semua�nya boleh dijadikan perantara sihir untuk mengenakan mangsa.

Bagi menjadikan sihir berkesan, biasanya orang yang melakukan sihir menggunakan bahan yang didapati daripada tubuh mangsa seperti rambut, kuku, pakaian seperti seluar dalam dan coli serta gambar, kemudian bahan ini akan diasap dan dijampi dengan ayat tertentu. Ada juga yang diikat pada patung seterusnya patung ini dicucuk dengan jarum bagi membolehkan mangsa merasai kesakitan seterusnya meninggal dunia.

“Ada juga ahli sihir menggunakan tangkal dan azimat untuk mengenakan mangsa manakala sihir pembenci bertujuan memisahkan suami isteri,” kata Jahid.

Antara tanda yang boleh dikesan bagi seseorang yang terkena sihir dalam rumah tangga ialah suami atau isteri atau kedua-duanya tidak berasa ingin melakukan hubungan seksual. Jika berlaku hubungan seks sekali pun sangat kurang nikmatnya, pasangan berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah, mereka tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

Ada juga suami atau isteri yang melihat pasangan kelihatan hodoh dan buruk, mudah bertengkar walaupun dalam perkara kecil, suami mudah memberi cerai atau isteri mudah meminta cerai apabila berlaku pertengkaran, sering diganggu mimpi buruk, sering melihat lintasan atau baya�ngan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah serta mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan serta anggota badan yang lain.

“Apabila mendapatkan rawatan, biasanya dapat dikesan menerusi anggota fizikal pesakit yang tidak sekata misalnya panas pada bahagian bahu pesakit manakala sejuk pada bahagian tangan. Ini menandakan terdapat jin di dalam badan mangsa. Apabila disentuh atau dipicit mangsa akan merasai kesakitan yang amat sangat. Ini menunjukkan mangsa sudah terkena sihir,” katanya yang mengakui terdapat bahagian badan yang menjadi tempat kesukaan jin seperti dagu, telinga, tulang bahu, bawah ketiak, puting buah dada, tapak tangan, kening, pinggul, paha, tulang belikat dan hujung jari.

Dalam rawatan dilakukan pusat rawatan berkenaan, mangsa akan diketuk menggunakan ranting nona kerana teknik ketukan atau sebatan ini turut digunakan dalam Islam iaitu sebatan kepada pasangan berzina. Kaedah ini bukan sekadar memukul mangsa tetapi bagi mengeluarkan jin dan syaitan yang terdapat dalam diri pesakit.

“Selepas disebat biasanya mangsa akan menceritakan apa yang berlaku pada diri mereka. Namun rawatan ini harus dilakukan berulang kali supaya mangsa pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Walaupun sihir sukar dikenal pasti oleh orang awam kecuali mereka yang mahir dalam perubatan Islam, sihir masih boleh dihindarkan pasangan suami isteri. Apa yang penting, jangan sesekali meninggalkan perkara wajib yang diperintah Allah serta meninggalkan perkara terlarang.

Selain itu, banyakkan amalan sunat, zikir, membaca al-Quran terutama ayat atau surah pilihan seperti al-Fatihah, al-Baqarah, berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, melakukan solat taubat dan hajat dengan harapan mendapat perlindungan Allah, bersedekah dan jangan berputus asa. Paling penting, jangan mudah percaya kepada orang yang mengaku mengamalkan kaedah perawatan Islam.

“Ini kerana pada masa sekarang terdapat ramai perawat mengaku meng�gunakan ayat al-Quran dalam perubatan mereka namun sebaliknya mereka memutarbelitkan ayat dan zikir dengan tujuan menyekutukan Allah. Jangan ingat asalkan tidak menggunakan kemenyan, telur atau mantera, ia dikatakan Islam. Masyarakat perlu melihat latar belakang orang yang mengubat.

Pastikan mereka pakar atau ulama dalam hal agama Islam,” ujarnya.

Jahid turut mengingatkan, terdapat teknik baru untuk mengaburi orang ramai.
Antaranya sihir yang menggunakan ayat al-Quran dan didakwa sebagai perawatan Islam. Ada antaranya menunjukkan kebolehan membuang sihir menerusi barang yang keluar daripada tubuh mangsa tetapi sebenarnya kaedah ini menggunakan makhluk lain. Syaitan sebenarnya tidak pernah takut pada ayat al-Quran tapi mereka takut pada hati manusia dan petir yang boleh membunuhnya.

“Jin, syaitan dan iblis juga takut pada benda yang paling masam dan masin seperti cuka dan garam. Sebab itulah perubatan Islam banyak menggunakan garam dan cuka untuk merawat sihir,” jelasnya yang menasihati mangsa sihir supaya mendapatkan ulama yang biasa memberikan khidmat rawatan penyakit rohani dan jasmani.

Elak daripada bomoh yang meminta pengeras seperti jarum, duit dan asam kerana ia menandakan perawat itu menggunakan khidmat syaitan dan jika pesakit tidak memberi, perawat akan diserang sakit.

Bagi Jahid, sihir membawa banyak keburukan dalam masyarakat. Walaupun
pelaku akan mendapat balasan setimpal daripada Allah dan berdosa besar selagi tidak bertaubat, orang ramai tidak pernah serik dan masih lagi mem�percayai amalan yang menyekutukan Allah ini.

“Semakin maju dan moden masyarakat semakin taksub kepada penggunaan ilmu sihir yang bertujuan memecahbelahkan rumah tangga untuk mencapai sesuatu hajat. Apatah lagi di negara kita tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai sihir seterusnya mendakwa mereka yang melakukannya di mahkamah kerana pendakwaan haruslah dilengkapi pembuktian.
Namun sekiranya perkara ini dibiarkan, pengamal sihir akan terus bermaharajalela kerana mereka tidak akan dikenakan hukuman setimpal,” kata Jahid.-Metro

No comments:

Post a Comment