SAYA berumur 47 tahun dan mengalami menopaus. Saya menghadapi masalah sakit ketika bersama dengan suami. Adakan cara untuk mengatasi keadaan ini dengan cara pemakanan atau penggunaan sebarang alat? Harap doktor dapat memberi saranan kepada saya.
RAMLAH,
Kuala Lumpur.
Click Here
KEADAAN yang anda alami dinamakan dyspareunia. Setelah menopaus, kekurangan hormon estrogen menyebabkan dinding faraj mula semakin tipis sekitar satu pertiga saja daripada ketebalan asal. Liku-liku pada dinding faraj (rugae) juga menghilang dan dinding faraj menjadi licin.
Kedua-dua ini boleh mengurangkan keseronokan hubungan seks. Anda mudah berasa sakit atau perit manakala suami
pula kurang merasai geseran yang dapat diberikan oleh rugae. Kekurangan nafsu (sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon, lebih kepada faktor dalaman minda yang berasakan diri kurang menarik) boleh menambahkan kegusaran anda. Berjumpalah dengan pakar sakit puan.
Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat (berhormon) untuk menampung kembali dinding faraj. Bagaimanapun, doktor lazimnya akan menjalankan pemeriksaan dan ujian saringan berkenaan terlebih dulu. Anda juga boleh cuba menggunakan bahan pelincir untuk mengurangkan keperitan namun ia tidak memberi kesan kepada ketebalan dinding faraj anda.
No comments:
Post a Comment