Thursday, 9 February 2012

Pasangan ingin dapatkan zuriat melalui kaedah tabung uji

SAYA berusia 37 tahun, sudah berkahwin selama sembilan tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Kami sebenarnya masih belum menjalani hubungan kelamin dan saya masih dara.

Sebenarnya, suami saya mempunyai masalah zakar yang tidak dapat menegang. Jika ada ia hanya bertahan sekejap saja. Suami saya sudah mendapatkan rawatan doktor pakar di dua hospital mulai 2008 dan diberikan suntikan hormon berbeza tetapi sehingga kini memandangkan keadaannya masih sama, suami saya berhenti mendapatkan rawatan sejak awal tahun ini.

Untuk pengetahuan puan, suami saya tidak mempunyai penyakit lain. Saya juga mempunyai masalah senggugut yang teruk sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Saya teringin mempunyai anak dan pernah mendengar mengenai permanian berhadas. Kami sudah berbincang dan bersetuju menjalani rawatan ini. Apakah peluang saya hamil dengan kaedah ini?
Click Here


MIN,

Kuala Lumpur


PERMANIAN berhadas yang anda maksudkan mungkin hanyalah inseminasi artifisial ke dalam faraj saja (sing-katan AI sering digunakan) atau ia mungkin permanian ke dalam rahim (singkatan IUI pula lazim digunakan). Kedua-dua cara ini berbeza, kosnya berbeza dan peluang kehamilannya juga berbeza.

Kaedah AI hanyalah prosedur memasukkan air mani ke dalam faraj, lazimnya menggunakan tiub kecil yang disalurkan melalui bukaan selaput dara sehingga ke penghujung faraj. Ia menggantikan ejakulasi ke dalam faraj yang berlaku dalam hubungan seks, itu saja.

Kaedah IUI pula lazimnya didahului dengan prosedur ‘mencuci’ air mani untuk membuang sperma yang mati atau tidak elok serta air mani dan menggantikannya dengan bahan media.

Kebanyakan pusat kesuburan menggunakan prosedur tambahan untuk memisahkan sperma yang elok daripada yang tidak elok menggunakan alat pemutar (centrifuge). Ada juga yang hanya menggunakan kaedah kit mudah saja.

Setelah ‘dicuci’ barulah sperma ini dimasukkan terus ke dalam ruang rahim meng-gunakan tiub kecil dengan bantuan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj. Ini kurang sesuai untuk anda memandangkan anda masih dara kerana ia boleh menyebabkan kecederaan atau kesakitan apabila selaput dara koyak, anda juga mungkin merasa janggal dan sakit sepanjang prosedur ini memandangkan sesuatu dimasukkan ke dalam faraj buat pertama kali sehingga boleh menyukarkan doktor melakukannya.

Kaedah IUI lebih mahal, bergantung kepada cara air mani ‘dicuci’ tetapi peluang kehamilannya lebih tinggi.

Bagaimanapun, anda dinasihati menjalani pemeriksaan doktor dahulu. Mungkin anda juga mempunyai penyakit lain yang berkait dengan kesuburan, bukan suami saja.

Pengeluaran telur (ovulasi) dan keadaan tiub fallopio juga penting untuk membolehkan kaedah AI atau IUI membuahkan kehamilan. Mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari. Saya pasti suami anda juga sudah menjalani ujian air mani sebelum ini, ujian ini boleh diulangi dan dibandingkan hasilnya sekiranya ia sudah lama dilakukan dahulu.

No comments:

Post a Comment