Thursday, 9 February 2012

Bimbang keputihan halang hamil

SAYA berusia 25 tahun dan sudah berkahwin hampir setahun, masih belum dikurniakan zuriat. Saya mengalami masalah keputihan yang agak teruk sejak saya berkahwin dan sudah beberapa kali berjumpa doktor. Saya juga sudah melakukan ujian Pap smear.

Doktor mengatakan saya terkena jangkitan kuman atau bakteria tetapi tidak begitu serius. Saya diberikan antibiotik dan ubat untuk dimasukkan ke dalam faraj, tetapi kesannya hanya pada ketika itu saja.

Setiap bulan iaitu seming�gu sebelum saya didatangi haid, keputihan itu pasti ada. Saya berasa sakit perut dan pinggang, kemudian keluar keputihan, warnanya kadang�kala kuning, putih kehijauan dan menyebabkan kemerahan (radang) pada faraj saya.

Perkara ini amat membimbangkan kerana saya belum mempunyai zuriat. Adakah benar masalah keputihan itu menghalang saya untuk mempunyai zuriat? Apakah saranan doktor untuk membantu saya menangani masalah ini?
Click Here


IZA,

Selangor.


ANDA bolehlah menjalani ujian pengesahan jenis kuman, secara kesatan (swab) dan ujian darah. Lelehan keputihan tidak semestinya berkait dengan jangkitan kuman, tetapi lelehan kehijauan selalunya disebabkan oleh sejenis kuman tertentu.

Pada masa sama, doktor mungkin dapat membantu membersihkan faraj daripada plak yang mungkin banyak serta melekat pada dinding faraj, pembersihan ini dapat membantu mempercepatkan penyembuhan.


Tidak semua jangkitan kuman pada faraj boleh mengurangkan kesuburan. Tetapi masalah ini secara tidak langsung mengurang�kan aktiviti hubungan seks dan ini juga mengurangkan peluang anda hamil. Di samping itu, jangkitan kuman tertentu boleh masuk lebih jauh ke dalam pelvis (PID) dan merosakkan organ pelvis sehingga mengurangkan kesuburan seseorang.

Anda masih muda, peluang kehamilan anda masih tinggi, mungkin anda ingin berjumpa pakar sakit puan kesuburan sekarang ataupun menung�gu sehingga perkahwinan sudah menjangkau setahun, usah menunggu lebih lama daripada itu.

No comments:

Post a Comment