SAYA berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah gangguan haid sejak umur 16 tahun lagi, mungkin kerana saya mempunyai berat berlebihan (120 kilogram dengan tinggi 166 sentimeter).
Saya risaukan keadaan ini kerana seingat saya, sudah dua tahun saya tidak didatangi haid. Apakah yang patut saya lakukan?
DILA,
Kuantan, Pahang
Click Here
DALAM keadaan anda, apa yang lebih penting adalah memandang serius mengenai berat badan anda terlebih dulu.
Dengan ketinggian 166 sentimeter, berat badan yang sesuai dengan anda adalah antara 52- 68.6 kilogram saja. Pada kedudukan BMI melebihi 35kg/m2 (BMI anda adalah 43.5kg/m2) ini, anda dikategorikan sebagai obes morbid (obes berpenyakit).
Anda memerlukan panduan beberapa pakar perubatan atau kesihatan iaitu:
Pakar perubatan dalaman untuk memantau tahap kesihatan am anda.
Pakar dietetik untuk mengatur jadual pemakanan anda.
Jurulatih senaman untuk mendorong anda melakukan senaman harian.
Berat badan berlebihan, apatah lagi jika pada tahap obes morbid boleh menyebabkan gangguan haid, selain menyebabkan masalah yang lebih kritikal misalnya penyakit jantung serta penyakit kronik yang lain.
No comments:
Post a Comment