Thursday 9 February 2012

Banyak hormon lelaki

SAYA berumur 26 tahun dan akan berkahwin bulan hadapan. Berat badan saya 81 kilogram dengan ketinggian 156 sentimeter.

Saya pernah membuat pembedahan membuang cyst. Haid saya tidak teratur sejak di sekolah menengah lagi. Selepas beberapa tahun melakukan pembedahan, haid saya kembali normal, tetapi masalah lain pula timbul.

Di bahagian dagu dan muka saya tumbuh bulu roma halus.

Di bahagian dagu, ia seakan-akan janggut yang membuatkan dagu kehitaman.
Click Here

Apabila saya membuat pemeriksaan di klinik swasta, doktor memberitahu yang saya mempunyai hormon lelaki yang banyak dalam badan dipanggil androgen. Adakah peluang untuk hamil saya rendah disebabkan masalah ini?

SITI,
Kuala Lumpur



ANDA mungkin boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis cyst yang anda alami dahulu.

Ada jenis ketumbuhan ovari yang mengeluarkan hormon seperti hormon androgen.

Anda boleh memilih sama ada untuk berjumpa pakar perubatan endokrinologi ataupun pakar sakit puan. Terdapat jenis penyakit berkaitan hormon lelaki ini yang mengurangkan kesuburan wanita, di samping kesan terhadap kesihatan
am iaitu risiko penyakit diabetes, jantung, kolesterol tinggi dan kanser rahim.
Anda tidak menyatakan nama penyakit yang dikesan oleh doktor itu.

Pada ketinggian 156 sentimeter, berat badan yang ideal bagi anda adalah di antara 46 hingga 60 kilogram sahaja. Dengan memiliki berat badan 81 kilogram, anda termasuk dalam kategori obes. Obesiti sendiri satu faktor penting penghalang kesuburan wanita.

No comments:

Post a Comment