SAYA berumur 28 tahun,� hampir dua tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
Baru-baru ini saya menjalani pembedahan myomectomy di hospital untuk mengeluarkan fibroid di dalam rahim.
Adakah benar seseorang itu susah hamil atau tidak boleh hamil walaupun selepas mengeluarkan fibroid? Adakah fibroid boleh tumbuh semula di dalam rahim?
MIMI,
Click Here
Selangor.
ANDA boleh hamil setelah menjalani pembedahan membuang fibroid (myomectomy). Lazimnya fibroid tidak menggang�gu kesuburan kecuali fibroid yang membonjol ke dalam ruang tengah rahim (fibroid submukosa) atau jika fibroid terbabit berada hampir dengan pangkal tiub fallopio ataupun jika fibroid terbabit bersaiz besar.
Banyak kajian juga mendapati pembedahan membuang fibroid (kecuali bersifat di atas) tidak meningkatkan peluang kesuburan.
Anda perlu bertanya doktor anda beberapa perkara termasuk:
Lokasi atau jenis fibroid berkenaan serta sama ada pembedahan membabitkan keseluruhan tebal dinding hadapan sehingga me�nembusi ke dalam ruang tengah rahim kerana ini boleh mengganggu keutuhan dinding rahim. Dalam keadaan terbabit, wanita itu kelak dinasihatkan tidak bersalin normal dan memilih bersalin secara pembedahan Caesarean.
Bilangan fibroid yang dikesan dan juga yang dibuang. Fibroid boleh sekecil beberapa milimeter dan boleh sebesar puluhan sentimeter. Fibroid yang kecil mungkin tidak dapat dikesan dengan mata kasar sewaktu pembedahan atau pendarahan dan tidak dibuang. Ini akan dipantau.
Adakah terdapat pe�nyakit endometriosis? Ini kerana penyakit fibroid dan endometriosis saling beriringan kerana kedua-duanya membesar dengan hormon yang sama iaitu hormon estrogen. Endometriosis peringkat lanjut dilaporkan mempunyai kesan terhadap kesuburan wanita, bukannya fibroid.
Apakah keadaan organ pelvis anda yang dapat dilihat terus sewaktu pembedahan terbabit? Ini termasuk kedua-dua ovari dan tiub fallopio.
Saya pasti doktor anda sudah menjalankan pemeriksaan dan ujian asas atau mudah berkaitan kesuburan seperti ultrabunyi, ujian darah dan ujian air mani. Mungkin juga sewaktu pembedahan terbabit, doktor turut menguji sama ada tiub fallopio anda tersumbat atau tidak.
No comments:
Post a Comment