SAYA mengalami keadaan kencing tidak lawas dan rasa ngilu di bahagian alat sulit.
Selepas habis senggugut, rasa ngilu dan lawas masih ada tetapi berkurangan.
Cuma sejak keadaan itu berlaku, daya ketahanan saya menahan kencing teruk.
Saya baru terasa hendak terkencing tetapi terus tidak dapat menahannya.
Click Here
Apakah saranan doktor supaya daya ketahanan kencing saya kembali normal?
NURUL,
Pulau Pinang.
ANDA tidak menyatakan usia anda serta sama ada anda pernah melahirkan anak atau sebaliknya.
Kencing tidak lawas boleh berpunca daripada masalah jangkitan air kencing, lazimnya terhad pada pundi kencing tetapi jika tidak dirawat, ia boleh merebak sehingga membabitkan buah pinggang.
Ada juga keadaan yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman tetapi masalah lain seperti sindrom radang pundi kencing, masalah pada otot sfinkter pengawal pangkal uretra dan seumpamanya.
Doktor mungkin menasihatkan anda menjalani ujian air kencing yang dinamakan UFEME dan C&S untuk mengesan kehadiran kuman.
Jika anda pernah melahirkan anak, masalah prolaps pundi kencing (cystocele) boleh berlaku.
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.metro
No comments:
Post a Comment