Thursday 9 February 2012

Jangkitan pundi kencing

SAYA baru berkahwin pada 27 November lalu dan waktu itu, saya baru saja habis haid iaitu sehari sebelum perkahwinan.

Saya didatangi haid sekali lagi pada 20 Disember, namun saya mengalami masalah kencing kotor dan merasakan kesakitan pada bahagian pinggang dan perut di sebelah kiri.

Kadangkala perut saya rasa berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk disertai loya dan pening. Rakan mengatakan saya hamil (istilah bunting harimau), tetapi hasil UPT adalah negatif. Adakah kemungkinan saya hamil walaupun saya mengalami kedatangan haid?

IED
Click Here

Melaka.


SEKIRANYA kitaran haid anda selama ini teratur, ujian kehamilan boleh dipastikan sama ada mengulanginya selepas seminggu ataupun lebih tepat lagi, menjalani ujian darah kehamilan untuk mengukur paras hormon.

Anda mungkin mengalami jangkitan pundi kencing. Ini dinamakan cystitis, malah terdapat istilah ‘honeymoon cystitis’ bagi menerangkan jangkitan pundi kencing yang berlaku lebih kerap pada awal perkahwinan yang mana hubungan seks dikatakan lebih kerap.

Wanita lebih kerap mengalaminya berbanding lelaki kerana wanita mempunyai uretra lebih pendek. Ujian air kencing yang lebih terperinci secara mikroskopik boleh dijalani di kebanyakan hospital dan keputusannya boleh diketahui dalam masa setengah hingga satu jam saja.

Ujian kultur air kencing pula memerlukan beberapa hari sebelum jenis kuman dan antibiotik yang serasi serta yang sebaliknya juga ada dijalankan di kebanyakan hospital.

Ujian yang jauh lebih ringkas iaitu ‘dipstik’ secara membandingkan perubahan warna pada tangkai kertas berjalur bagi mengesan kehadiran protin juga ada dilakukan di kebanyakan klinik. Doktor juga akan memeriksa anda bagi mengenepikan kemungkinan penyebab lain.

No comments:

Post a Comment