Thursday 9 February 2012

Ornamen haiwan, tumbuhan seri laman

KEHADIRAN ornamen taman pastinya mewarnai suasana semula jadi dan menambahkan karakter landskap itu sendiri.

Ornamen haiwan dan tumbuhan dilihat penting dalam menambahkan variasi di taman dan menginspirasikan suasana impian anda.

Melengkapi keperluan itu, Twin Star Home Deco & Gifts menawarkan pelbagai elemen hiasan taman itu mengikut gaya penataan.

Aneka saiz ornamen haiwan dan tumbuhan disediakan yang secara tidak langsung mencetuskan idea unik untuk kelainan di taman.
Click Here


Apatah lagi suasana hambar dan membosankan sekiranya halaman kediaman dibiarkan kosong tanpa sebarang usaha pembentukan landskap semula jadi yang menarik.


Sekurang-kurangnya ia menjadi tapak pembinaan ruang santai mengikut kecenderungan aktiviti ahli keluarga.

Bagi anda yang menggemari suasana desa, semestinya landskap yang tampil dengan ornamen haiwan amat penting untuk menghidupkan persekitaran itu.

Keunikan binaan kolam di taman pula lebih memberikan keindahan memukau jika bijak menyusun ornamen haiwan di ruang itu.

Tidak perlu terlalu banyak memadai dengan kehadiran beberapa ekor itik atau bangau yang secara tidak langsung mengilhamkan suasana semula jadi.

Panorama ciptaan itu sememangnya berupaya mencipta suasana sejuk mata memandang biar pun ia hanyalah ornamen haiwan.

Ia mungkin menjadi elemen pembelajaran dan pengenalan hidupan secara tidak langsung kepada si kecil anda yang belum mengenali itik, bangau atau katak.

Malah senario alam pastinya tampil lebih semula jadi dengan kehadiran beberapa ornamen burung bertenggek di dahan pokok.

Ditambah dengan pilihan rumah burung yang ditempatkan pada sudut taman yang membuatkan anda benar-benar berada di desa yang jauh daripada kesibukan kota.

Tidak ketinggalan penggunaan elemen batu-batuan sebagai elemen hiasan lain di taman untuk menyerlah kelainan dengan idea reka letak sendiri.

Bagi menimbulkan gaya yang bersahaja dan semula jadi, struktur daripada seminfero seakan-akan bongkah batu pelbagai saiz dan kayu potong diletakkan di pinggir kolam.

Pelengkapnya, batu pemijak taman disusun teratur dalam bentuk melengkung memberi arah pandu kepada sesiapa saja yang berada di taman.

Berminat sila kunjungi kios Twin Star Home Deco & Gifts di Viva Home, No 85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment