Thursday, 9 February 2012

Elak empat isteri tinggal serumah

SUDAH menjadi fitrah dan naluri wanita untuk memiliki perasaan cemburu sesama mereka terutama jika ia membabitkan perkongsian kasih sayang seorang suami.

Oleh itu, tidak wajar untuk menempatkan keempat-empat isteri yang bermadu di bawah satu bumbung kerana ia juga boleh memberi kesan terhadap mereka terutama dari segi emosi.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, jika difikirkan bukan mudah untuk menguruskan satu keluarga.

Bayangkan kesukarannya bertambah empat kali ganda apabila membuat keputusan untuk berkahwin empat.
Click Here


Katanya, antara syarat membenarkan poligami itu sendiri apabila si suami

berkemampuan antaranya untuk menyediakan tempat tinggal bagi isteri yang dikahwini.

Jika berlaku perkara seperti ini, katanya, ia pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap perasaan isteri yang bermadu terutama sekali tekanan emosi apabila melihat suami bersama madu.

“Keadaan ini boleh me�nyebabkan si suami bertindak seolah-olah membeza-bezakan antara isterinya walaupun mungkin secara tidak disedarinya.

“Setiap isteri memiliki pandangan dan pemikiran tersendiri. Walaupun membenarkan, ia tidak bermakna mereka boleh menerima keadaan seperti itu berlaku di hadapan mata terutama sekali untuk jangka masa lama,” katanya.

Dr Mashitah berkata, setiap wanita menginginkan dan mengimpikan kehadiran suami yang mampu memberikan perlindungan kepada mereka.

Walaupun adakalanya bukan dari sudut naf�kah membabitkan perbelanjaan harian ataupun bulanan seperti yang berlaku dalam perkahwinan misyar ataupun kontrak, isteri masih lagi memerlukan kehadiran suami dalam hidup mereka.

Malah, katanya kahwin misyar tidak sepatutnya dijadikan jalan penyelesaian terakhir untuk berpoligami kerana ia hanya akan merendahkan martabat seorang suami.

Ia sepatutnya hanya diguna pakai apabila keperluan mendesak dan bukannya sebagai satu jalan pintas untuk mengamalkan poligami.

“Setiap isteri memiliki karakter tersendiri dan mereka juga memerlukan privasi bersama suami dan anak. Oleh itu, jika tinggal bersama di bawah satu bumbung memang sukar dilakukan tanpa mengguris hati madu mereka.

“Keadilan dalam perhubungan juga pasti sukar kerana masing-masing menginginkan perhatian. Walaupun reda, perasaan cemburu itu tetap ada dan ia boleh menimbulkan konflik berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Zulfikar Ahmad berkata, jika diperhatikan kebanyakan mereka yang mengamalkan poligami boleh dikatakan terdiri daripada mereka yang tidak memiliki pekerjaan tetap.

Namun katanya, disebabkan niat yang ingin dilakukan itu betul, semua yang dirancang dipermudahkan dan itulah yang berlaku dalam keluarga mereka yang mengamalkan poligami ini.

“Mungkin mereka tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi sokongan yang diberikan isteri dalam memastikan kelangsungan nafkah yang diperlukan
mencukupi, paling utama.

“Bukan menidakkan tugas suami sebagai ketua keluarga tetapi dengan bilangan ahli keluarga yang makin bertambah, kerjasama antara individu berkenaan amat penting dalam memastikan kesejahteraan keluarga terjamin,” katanya.

Menurut Zulfikar, antara perkara yang harus difikirkan bagi mereka yang ingin berpoligami secara praktikal:


Keadilan emosi

Faktor emosi adalah sesuatu yang perlu diutamakan dalam kehidupan berpoligami kerana tidak seperti nafkah fizikal yang boleh dilihat bentuknya, emosi lebih bersifat dalaman.

Suami perlu memahami pergolakan emosi yang berlaku antara isteri dan di sini kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan masalah itu memainkan peranan.


Jadikan ia kenyataan

Apabila sudah membuat keputusan untuk berpoligami suami juga berperanan sebagai pendamai dan memastikan isterinya berada dalam keadaan terkawal tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Pengamal poligami juga tidak boleh memilih ataupun melebihkan mana-mana pihak kerana dalam Islam itu sendiri ada menyatakan apabila sudah membuat keputusan untuk berpoligami, maka bahagian yang diperoleh perlu dibahagi sama rata antara anggotanya.


Beri perhatian kepada kebajikan anak

Tidak dinafikan apabila berpoligami, bilangan anak juga akan bertambah dan untuk itu si pelaku poligami perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap semua anak.

Jika si suami tidak mengingati walau seorang nama anaknya, ia sudah dianggap tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada mereka.


Persepsi masyarakat

Bersedia untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat dan suami perlu kuat bagi mendengar masalah yang berlaku di kalangan setiap isteri terutama apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Mungkin bagi suami mereka boleh memekakkan telinga jika mendengar pelbagai cakap-cakap orang tetapi perasaan si isteri lebih lembut dan pasti mereka terpengaruh dengan perkara terbabit.


Reda

Konsep ini paling diutamakan kerana jika semua isteri tidak reda dalam menghadapi perkongsian perkahwinan ini, segala yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.

Malah, pelbagai masalah boleh berlaku terutama di kalangan isteri kerana masing-masing tidak berkemampuan untuk bertolak ansur dalam melayari alam berumah tangga bersama-sama.

No comments:

Post a Comment