Thursday 9 February 2012

Valencia macchiato tarikan baru

SEMPENA tahun baru, Starbucks Malaysia mula meletakkan fokus utama mereka kembali kepada asal iaitu membantu pelanggan dalam memperbaharui, me�nyegarkan dan memberikan nafas baru bagi menghadapi kedatangan tahun mendatang.

Dengan permulaan tahun baru ini juga, rangkaian kopi terkemuka ini menyediakan satu bentuk perjalanan dalam mengenal pasti minuman kegemaran terbaru dan pada masa sama, berpeluang mencari semula cita rasa lama.

Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee Company, Sydney Quays, berkata Starbucks Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman pelbagai rasa, bijian penuh kopi, kek serta barangan edisi terhad yang boleh didapati bermula 10 Januari lalu.

Antara hidangan yang bakal menjadi tumpuan utama ialah Valencia macchiato yang pasti menggoda selera dengan sirap oren manis Valencia yang menggabung�kan susu dan buih.
Click Here


Dihiasi dengan taburan kopi espresso dan madu Valencia, minuman perasa oren versi karamel macchiato ini didatangkan sama ada panas ataupun sejuk.


Guatamela Casi Cielo pula direka berdasarkan daerah perladangan kopi di Lembah Antigua iaitu kawasan paling terkenal di dunia untuk pengeluaran kopi berkualiti.

Biji kopi eksklusif boleh diperoleh untuk jangka masa terhad saja setiap tahun dan menjadi minuman paling digemari terutama di kalangan penggemar kopi.

Eastern Sunrise pula ialah hidangan kek gabungan rasa tradisional Cina dan kontemporari Barat. Ia dihiasi beberapa kepingan limau Mandarin serta dipenuhi krim keju dan digabungkan dengan krim keju mousse coklat. Hidangan istimewa ini memberikan gabungan rasa unik dalam hanya satu gigitan.

Selain itu, disediakan pilihan barangan bertemakan naga sebagai barangan tuah yang mewakili kemakmuran, kesihatan, kecergasan dan keamanan.

Jenama terkenal ini juga menyediakan kad Store Front Design terbarunya yang juga boleh diperoleh pada 10 Januari lalu untuk tempoh terhad saja.

No comments:

Post a Comment