Thursday, 9 February 2012

Jamu selera di tepi kolam

TAWAN hati si dia dengan menjamu selera bersama hidangan istimewa yang dinikmati dalam suasana tepi kolam yang tenang tanpa gangguan.

Hanya untuk satu malam pada 14 Februari ini, kawasan kolam renang di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur dihias indah berlatarkan pemandangan ibu kota dalam suasana makan malam bufet barbeku.

Menariknya, ketibaan pengunjung juga disambut dengan jambangan ros untuk pengunjung wanita bagi menambah suasana romantis ketika menikmati keenakan hidangan.

Menu pembuka selera istimewa seperti salmon salai bersama kepelbagaian buah-buahan, makanan laut bersos krim, koktel udang mangga, doh disumbat dengan pelbagai makanan laut serta pilihan sushi dan maki.
Click Here


Rasai juga keenakan Boston bisque iaitu udang karang yang dimasak bersama bawang putih dan mentega. Singgah sebentar di setiap stesen makanan di situ kerana pengunjung juga mempunyai pilihan daging lembu Australia panggang yang dihidang dengan sos lada hitam diiringi krim masam dan daun bawang.


Makan malam bertambah menarik dengan pilihan menu lain seperti kentang bakar, kesegaran jagung panggang dan cendawan serta lasagna salmon dibakar dengan sayur-sayuran.

Tidak lengkap makan malam tanpa kehadiran pencuci mulut. Pelbagai pilihan disediakan seperti puding coklat dengan sos vanila, kek keju bakar, coklat tiramisu, tat buah-buahan, jeli segar dan sup labu.

Untuk sebarang pertanyaan, e-mel kepada warrenra@sunwayhotels.com.

No comments:

Post a Comment