SAYA berumur 23 tahun dan didatangi haid dua kali sebulan sejak empat bulan kebelakangan ini. Adakah keadaan ini normal?
Saya didatangi haid dalam minggu pertama iaitu selama tiga hingga empat hari dan pada minggu ketiga, juga selama tiga hingga empat hari. Saya tidak mengalami rasa sakit cuma saya cepat berasa pening kerana saya mengalami masalah kekura�ngan darah. Adakah ini normal bagi wanita bujang?
AMY,
Kuala Lumpur.
Click Here
HAID yang terlalu kerap boleh disebabkan oleh gangguan hormon. Apa yang lebih penting bagi wanita bujang adalah kesan pendarahan terlalu kerap terhadap kesihatan badan, seperti kekurangan darah (anemia) yang anda alami.
Rawatan untuk mengatur haid bukan saja menjadikan kitaran haid anda normal seperti dulu, tetapi dapat mengurangkan kehilangan darah akibat haid. Rawatan sampingan adalah untuk menambahkan hemoglobin darah juga diambil, jenis rawatan bergantung kepada tahap kekurangan darah seseorang. Pada masa sama, punca gangguan hormon boleh diselidiki.
No comments:
Post a Comment