HIASAN dalaman melambangkan keperibadian dan cita rasa seseorang. Berdasarkan kreativiti yang dihasilkan, anda secara tidak langsung menonjolkan diri sendiri.
Dalam melakukan hiasan dalaman, anda perlu berani melakukan eksperimen seperti memilih rona garang untuk bilik tidur atau ruang makan.
Selain itu, menyusun gambar jangan mengikut kelompok ukuran bingkai manakala cat dinding ruang tamu tidak semestinya daripada kelompok warna senada.
Walaupun anda sukakan sesuatu seni hiasan tetapi jangan keterlaluan menghias rumah sehingga tetamu berasakan kehadiran mereka seperti tidak dialu-alukan.
Kewajaran menghias rumah masih dituntut dan diperlukan bagi membantu anda memiliki sebuah kediaman yang bukan saja cantik tetapi selesa.
Pastikan anda tenang, damai dan tidak merimaskan. Jadikan kediaman ‘syurga’ yang mampu mententeramkan jiwa anda dan keluarga.
Justeru, sebelum memulakan langkah menghias, pastikan maklumat asas hiasan dalaman dikenal pasti. Ini penting bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.
Ada 20 perkara yang perlu anda ambil tahu ketika menghias rumah.
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarap. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan de�ngannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenal pasti perhiasan utama dalam ruang itu.
Bukan semua bilik mempu�nyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
Jangan melabur kerana aliran gaya. Ini kerana kelengkapan direka mengikut gaya semasa lazimnya tidak kekal lama. Cari kelengkapan lebih berharga sepadan wang dibelanjakan.
Singkir semua kelengkapan usang dan hodoh dipandang. Memang keindahan itu hak mata yang memandang tetapi elakkan cuba menyukai sesuatu yang sememangnya anda tidak suka. Sebaiknya dibuangkan saja supaya kediaman tambah indah dan kemas.
Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keuni�kan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.
No comments:
Post a Comment