Thursday 9 February 2012

Wanita bertudung lebih selesa, bergaya

MUDAH DIGAYAKAN...rekaan ini disertakan kerongsang pasang siap pada tudung.
MUDAH DIGAYAKAN...rekaan ini disertakan kerongsang pasang siap pada tudung.

MASIH lagi mengekal�kan penggunaan kain sifon sebagai bahan utama dalam pembuatan tudungnya, kini jenama tudung Fareeda mengetengahkan gabungan kain bercorak seperti bunga-bungaan, bintik polka serta corak kulit harimau kumbang.

Antara rekaan menarik adalah corak V Rozanna tiga lapis, Sara Marissa, Selendang Suraiya dan Selendang Mawar ropol.

  • Foto

    KOMBINASI...gabungan kain polos dan bintik polka yang menarik pada fabrik sifon.

  • Foto

    CANTIK...penampilan tampak menyerlah.

  • Foto

    FABRIK LEMBUT...rekaan tiga lapis ini menambah anggun si pemakai.

  • Foto

    SELENDANG SURAIYA DUA LAPIS...kombinasi polos dan bercorak dengan gaya bersahaja.

  • Foto

    BERLAINAN...selendang disertakan ropol sebagai penyeri rekaan tudung.

Pemiliknya, Faridah Zakaria berkata, gabungan sifon polos dan kain bercorak menambahkan lagi gaya yang cuba diketengahkan selain memberikan kelainan dalam pemilihan rekaan tudung kepada pengguna.

Menurutnya, konsep gabungan ini bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada wanita bertudung memandangkan jika menggunakan satu lapisan sifon saja, ia akan nampak lebih terdedah kerana kain berkenaan amat nipis.

“Rekaan berlapis pula bertujuan memberikan kelainan kerana ia boleh menampakkan alunan kain supaya fesyen tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan ‘hidup’.


“Golongan muda sememangnya meminati rekaan sebegini kerana ia lebih bergaya dan mampu memberikan kelainan berbanding rekaan lain yang ada di pasaran,” katanya.

Selain itu, setiap rekaan yang ada di kedainya sentiasa diperbaharui supaya pelanggan lebih berpuas hati kerana boleh tampil bergaya dengan bentuk berbeza. Pada masa sama, ia memberikan jaminan keselesaan secara menyeluruh. Malah, setiap koleksi tudung Fareeda sesuai untuk semua lapisan usia.

“Sesiapa saja boleh bergaya dengan tudung jenama ini kerana ia ringkas serta memudahkan dan cara penjagaannya juga tidak rumit. Bahkan gabungan warna ceria pada tudung membuatkan pemakainya kelihatan lebih bergaya,” katanya.

Untuk keluaran tudung akan datang, ia bakal mengembalikan semula rekaan tudung polos dan dwiwarna berserta corak bunga Inggeris.


Tip penjagaan tudung

  • Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

  • Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).

  • Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki sengkuap.

  • Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

  • Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung bersengkuap, pastikan jangan melipat bahagian sengkuap kerana jika ia terlipat, tudung terbabit akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.

  • Jika bahagian seng�kuap terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

  • Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah.
  • Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

    No comments:

    Post a Comment