Thursday, 9 February 2012

Bengkel percuma ajar cara menguruskan hutang

SETIAP daripada kita pasti ada pengalaman berhutang, tetapi jangan hidup dikelilingi hutang kerana ia amat berbahaya kerana azabnya boleh dibawa sehingga ke lubang kubur.

Kita boleh berhutang tetapi pastikan untuk perkara yang perlu dan tidak boleh dielakkan seperti membeli kenderaan atau rumah.

Bagi memberi panduan dan tip bagaimana mengelak menjadi mangsa hutang, satu bengkel bertajuk, “Pengendalian Hutang: Tangani Secara Bijak dan Betul” akan diadakan pada 12 Februari ini.

Bengkel mengenai hutang, Ahad ini percuma dan terbuka kepada peserta berusia di antara 22 hingga 55 tahun.
Click Here


Ia dianjurkan syarikat perunding latihan, Human Capital Development Services di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.


Pengarahnya, Shaharul Ridzuan Shamsuddin, berkata bengkel itu diadakan bagi membantu orang ramai yang mempunyai masalah hutang dan menangani secara bijak.

Beliau berkata, bengkel itu akan memberi panduan dan tip bagaimana mengurus hutang secara berhemah dan betul tanpa membebankan diri sendiri.

“Bengkel itu akan membuka minda peserta mengenai pengendalian hutang yang sebelum ini mereka tidak pernah memikirkan.

“Sebahagian besar masalah sosial dan jenayah yang melanda negara berpunca daripada masalah kewangan iaitu hutang.

“Justeru, jika anda bijak menguruskan hutang, hidup lebih aman dan bahagia,” katanya.

Menurutnya, ramai di antara kita khususnya golongan muda yang baru bekerja atau golongan belia mudah berhutang yang akhirnya memakan diri sendiri jika tidak diuruskan dengan betul.

Katanya, golongan siswazah juga tidak terkecuali kerana kebanyakan mereka mengambil pinjaman PTPTN yang secara automatik terpaksa menanggung hutang selepas tamat pengajian.

“Golongan terbabit perlu hadir di bengkel ini bagi mendapat panduan dan mencorakkan pengurusan kewangan untuk masa depan mereka dengan lebih cemerlang.

“Saya berharap orang ramai merebut peluang menghadiri bengkel ini apatah lagi ia diadakan secara percuma bagi berkongsi ilmu menangani masalah hutang,” katanya.

Bengkel menangani hutang ini terhad untuk 100 peserta saja.

Daftar segera dengan SMS nama, kad pengenalan dan alamat ke 010-3240051, 010-3234739, 019-2274078 atau e-mel my.hcds@gmail.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment