Thursday, 9 February 2012

Bilik mandi biar selesa

BILIK air atau bilik mandi antara ruang yang amat peribadi dan penting selain menyediakan kemudahan membersihkan diri.

Berbekalkan konsep dekorasi pilihan, ia direka khas untuk keselesaan dan ketenangan sepanjang masa.

Justeru, perancangan teliti perlu dilakukan bagi memastikan konsep dekorasi pilihan seiring kemampuan dan cita rasa pemiliknya.

Jika penghuni ramai, pastikan bilik air sepadan dengan bila�ngan ahli keluarga.


Bagi ruang bilik air anda cukup luas, wujudkan penghadang antara ruang mandi dan tandas.


Malah, kehadiran tab mandi amat sesuai untuk bilik air yang luas, sekali gus menjadi titik tumpu serba ringkas.

Pilih tab mandi yang sesuai dan tidak semestinya mahal.

Jika bilik air sempit, pastikan ia ada sekurang-kurangnya pancuran mandi, singki basah, mangkuk tandas dan kemudahan lain untuk menyimpan keperluan pembersihan diri.

Setiap kemasan dan aksesori hiasan perlu selari dengan konsep dekorasi.

Seterusnya bagi menjaga hiasan dan menghalang resa�pan, permukaan sudut semua benda yang dipasang pada bilik berkenaan harus menggunakan produk kedap.

Beri perhatian juga pada aspek pencahayaan dalam bilik air kerana ia perlu menyeluruh dan terang. Lampu dinding yang ringkas sesuai dan memadai untuk keperluan pencahayaan di bilik air.

Bagaimanapun, kerja pemasangan perlulah kemas bagi mengelak kebocoran elektrik, selain semua suis mesti dipasang pada bahagian luar bilik berkenaan demi keselamatan.

Bagi yang menggunakan jubin sebagai kemasan lantai, penggunaan lapik lantai basah amat digalakkan.

Penggunaan pelapik lantai basah pula berupaya mengurangkan risiko licin dan menyerap jumlah air.

No comments:

Post a Comment