Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
SEBELUM dikenali sebagai pembuat tudung korporat, Kuzie Ku Abas, mengambil langkah alternatif dengan menampilkan koleksi tudungnya untuk wanita berkerjaya.
Ia bermula dengan koleksi tudung yang kebanyakannya mengambil kira konsep bunga-bungaan dan rama-rama pada bahagian belakang dan hujung tudung sebagai identiti tersendiri jenama Kuzie Kuala Lumpur.
Menampilkan 30 rekaan, ia didatangkan dengan warna pilihan seperti hitam, kelabu, biru gelap dan coklat untuk disesuaikan dengan gaya pengguna.
Sengaja menampilkan tudung yang kelihatan polos pada bahagian hadapan, ia mempunyai motif tersendiri bagi memberi sedikit kelainan agar tidak bosan dengan gaya sama setiap hari.
Click Here
Selain itu, penampilan coraknya juga memudahkan pemakai menyesuai dan �memadankannya mengikut pakaian yang dipakai untuk tampil lebih kemas ketika bekerja.
Menurut Kuzie, hanya bermodalkan RM49 saja, kini ia membuahkan hasil apabila jenamanya dikenali penggemar yang meminati corak rekaan tudungnya.
“Pada 2011, saya cuba menjual sendiri hasil rekaan tudung untuk melihat penerimaan pengguna. Ternyata sambutannya menggalakkan kerana pembeli boleh membuat pilihan sendiri corak yang cantik dan harga mengikut kemampuan serta cita rasa mereka,” katanya yang tertarik untuk mengeluarkan tudung yang kelihatan kemas, sesuai dipakai ke pejabat.
Tambahnya, fabrik yang digunakan juga biasanya lebih kepada jenis lycra yang mudah diregangkan dan spandex berkualiti untuk keselesaan pengguna.
Kebanyakan fabrik dibeli dari Korea atau China dan coraknya tidak dijual di negara ini. Ini menyebabkan Kuzie berusaha mendapatkannya di sana bagi menjaga kualiti serta identiti yang diketengahkan.
Untuk melihat pelbagai koleksinya, layari laman facebook, Kuzie Kuala Lumpur.
Tidak hanya tertumpu pada pengeluaran tudung, Kuzie turut mengadakan bengkel membuat tudung kepada sesiapa saja yang berminat untuk mempelajarinya.
Justeru, bengkel jahitan tudung lycra R&R Craft akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18 Februari depan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Penyertaan bengkel dikenakan yuran sebanyak RM100, hubungi talian 018-2655263 atau 016-6155230 untuk penyertaan.
No comments:
Post a Comment