SAYA berumur 27 tahun. Pada 1 Januari lalu, saya mengalami keguguran dan sudah melalui proses cuci di hospital dan ditahan selama tiga hari.
Saya dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tiga bulan dan diberi bekalan asid folik dan multi vitamin untuk tempoh selama tiga bulan. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah darah atau lendir yang keluar sehingga kini tidak berhenti.
Adakah keadaan ini normal? Sekarang, apa yang keluar berupa lendir berwarna coklat gelap. Jika saya bersama suami sekarang, adakah peluang untuk saya hamil tinggi?
NOR,
Click Here
Kuala Lumpur
ELOKLAH anda berjumpa semula doktor. Sekiranya lebihan kandungan yang dikeluarkan sewaktu prosedur ‘cuci’ itu ada dihantar untuk pengesahan makmal, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai laporan keputusan itu.
Jangkitan di dalam rahim (endometritis) adalah satu antara beberapa kemungkinan masalah pendarahan anda, anda mungkin akan diberikan antibiotik. Selain itu, doktor juga akan memeriksa keadaan anda serta menjalankan ujian imbasan ultrabunyi kawasan pelvis untuk melihat keadaan dalam rahim serta kawasan pelvis di luarnya.
Ujian darah bagi mengesan kemungkinan jangkitan kuman (profil kiraan darah), ujian paras hormon B-hCG untuk mengetahui kemungkinan sisa kandungan masih tertinggal dan yang lebih penting lagi kemungkinan kandungan molar.
Berjumpalah doktor terlebih dulu sebelum anda memulakan kehamilan seterusnya.
No comments:
Post a Comment