Sunday, 22 January 2012

Zakar bengkak bukan prostat

pix_gal0
SAYA ingin bertanya mengenai penawar kelenjar prostat. Saya berumur 25 tahun dan mendapati sebelah kiri zakar saya ada bengkak, Adakah itu dinamakan kelenjar prostat?

Saya tidak mengambil sebarang ubat untuk mengurangkan bengkak terbabit. Boleh doktor syorkan kepada saya, jenis ubat yang boleh saya beli di farmasi untuk mengurangkan bengkak berkenaan? Saya agak bimbang masapembesaran kelenjar prostat itu melarat.
Mohon Bantuan
SAUDARA, bengkak yang saudara alami bukan pembesaran kelenjar prostat. Ini kerana kedudukan kelenjar prostat dalam badan adalah di dalam kawasan pelvik, iaitu di bawah pundi kencing dan bukan pada kawasan zakar.

Pembesaran kelenjar prostat ini hanya boleh dirasa melalui pemeriksaan digital di mana pemeriksaan ini membabitkan seseorang doktor memasukkan jari ke dalam lubang dubur untuk merasa kehadiran kelenjar prostat.

Apatah lagi usia anda baru 25 tahun dan dalam kebanyakan lelaki, simptom pembesaran kelenjar hanya akan mula dirasai apabila seseorang lelaki mencecah umur 50 tahun.

Ada beberapa kemungkinan terjadi bengkak pada bahagian kiri zakar saudara. Jika bengkak itu berada di sebelah atas kerandut buah zakar dan ia tidak menimbulkan kesakitan, kemungkinan saudara menghidapi masalah epididymal cys” atau spermatic cord cyst.
Ini adalah keadaan di mana terjadinya pengumpulan cecair di dalam saluran epididymis atau sal uran air mani. Ia tidak merbahaya dan tidak perlu saudara bimbang dengan masalah ini.

Jika ia dibiarkan, ia boleh menjadi besar tetapi tahap pembesarannya adalah perlahan. Diagnosis kedua-dua masalah ini boleh dibuat dengan mudah melalui pemeriksaan fizikal dan menggunakan kaedah ultrasound.

Satu lagi sebab berlakunya bengkak pada sebelah kiri atau kanan pangkal zakar, terutama di kalangan orang muda ialah masalah inguinal hernia atau dikenali sebagai angin pasang.

Ia adalah keadaan di mana struktur dari dalam rongga abdomen seperti omentum atau usus kecil akan keluar melalui saluran inguinal dan turun ke pangkal zakar. Ada kalanya, ia turun ke dalam kerandut zakar.

Apa yang dirasai adalah bengkak pada bahagian kiri atau kanan zakar atau kadang kala bengkak turun hingga ke dalam kerandut zakar. Apa yang membezakan di antara hernia dan cyst adalah bengkak akibat masalah inguinal hernia sering boleh ditolak masuk ke dalam rongga abdomen oleh pesakit. Ia akan keluar apabila seseorang itu batuk, meneran, berjalan atau berdiri.

Diagnosis inguinal hernia ini juga boleh dibuat dengan cara pemeriksaan fizikal. Rawatan untuk masalah ini adalah melalui pembedahan. Dengan teknologi yang ada sekarang, pembedahan untuk inguinal hernia boleh dilakukan dengan cara pembedahan lubang Kekunci atau laparoscopic.

Saya menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor terlebih dulu. Ini untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai diberi. Tidak ada ubat di farmasi yang dapat mengurangkan bengkak akibat dari masalah cys” atau angin pasang.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tuan..sy mengalami sakit zakar setelah bersetubuh dgn isteri sy...setelah periksa..ada bengkak di bawah kepala dan kulit sakit ketika tegang...mcmana nak ubati masalah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga mengalami masalah yang sama ? Ape ubat nya ?

      Delete
  4. tuan..sy mengalami sakit zakar setelah bersetubuh dgn isteri sy...setelah periksa..ada bengkak di bawah kepala dan kulit sakit ketika tegang...mcmana nak ubati masalah ni?

    ReplyDelete
  5. Salam tuan, saya mendapati terdapat seperti biji betul-betul di tengah pangkal zakar saya, di bahagian atas. Sakit sedikit bila ditekan. Mohon bantuan tuan. Terima kasih

    ReplyDelete