SAYA berumur 26 tahun dan berkahwin enam bulan lalu. Saya sangat berharap untuk mengandung dalam masa terdekat.
Ramai rakan sebaya yang bernikah dalam tempoh sama kini mengandung. Yang lama berkahwin pula berbangga dan ceria bersama anak masing-masing.
Bukan itu yang menyebabkan saya ingin cepat menimang anak, sebaliknya saya rimas kerana kerap dibelenggu mengenai persoalan sama.
Boleh dikatakan setiap hari saya diasak soalan sama, menyebabkan saya tertekan. Bukan rakan saja, malah keluarga dan sanak saudara juga seakan-akan tidak berpuas hati kerana saya belum mengandung.
SYAFINAZ
Balik Pulau, Pulau Pinang
Adatlah bagi pasangan baru berkahwin, tentu sekali puan akan dihujani dengan persoalan anak. Jangan tertekan, malah lebih baik puan meluah perasaan dan berkongsi pengalaman dengan rakan supaya soalan itu lebih kepada tanda mereka prihatin mengenai puan dan pasangan.
Selain itu, jangan mengambil langkah mengelak, sebaliknya cuba cari jawapan sesuai supaya dapat memuaskan hati mereka serta diri puan juga. Andainya puan muak untuk menjawab, cukup dengan mengambil langkah berdiam diri.
Ambil pendekatan lebih optimis kerana usia perkahwinan masih baru dan usia puan yang muda bukan menjadi masalah untuk memperoleh cahaya mata. Banyakkan berdoa dan bersabar supaya memperoleh ketenangan dan tidak lagi tertekan.
No comments:
Post a Comment