Soalan:
SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mengalami masalah terlalu kerap kencing. Adakalanya, dalam tempoh 10 minit, lebih lima kali saya berulang alik ke bilik air.
Saya juga rasa tidak lawas apabila membuang air kecil. Rasa mahu kencing ada, tapi hanya beberapa titik saja yang keluar. Saya sudah mendapatkan rawatan UTI dan selepas diberi antibiotik selama seminggu, doktor mengesahkan air kencing saya bersih daripada sebarang jangkitan.
Namun, masalah kencing tidak lawas dan kerap kencing masih lagi dialami. Apa yang perlu saya buat doktor?
Pemuda Risau
Jawapan:
JIKA anda mengalami masalah jangkitan kuman dalam pundi kencing, perbuatan kerap ke tandas adalah salah satu simptom jangkitan kuman pada saluran kencing.
Tanda-tanda lain ialah kencing pedih, panas, sakit pada ari-ari dan kadangkala demam. Bagaimanapun, jika saudara sudah mengambil antibiotik dan jangkitan kuman sudah dirawat tetapi masih kerap kencing, anda mungkin mengalami masalah yang dikenali sebagai pundi kencing terlalu aktif atau overactive bladder.
Masalah ini boleh bersifat sementara selepas jangkitan kuman dan boleh berlanjutan. Masalah ini kerap melanda golongan muda terutama wanita. Ia juga boleh melanda warga tua yang mempunyai masalah pembesaran kelenjar prostat.
Antara simptom pundi kencing aktif ialah:
Kerap kencing (lebih lapan kali sehari)
Tidak dapat menahan kencing
Sakit pada bahagian ari-ari apabila menahan kencing
Mengalami kebocoran air kencing apabila menahan kencing Masalah ini timbul akibat pundi kencing yang tidak berupaya menakung air kencing pada kapasiti normal.
Untuk pengetahuan saudara, pundi kencing boleh menakung sebanyak 300 hingga 350 mililiter (ml) air kencing sebelum seseorang terasa mahu membuang air kecil.
Bagi masalah pundi kencing aktif, pundi kencing hanya mampu menakung 100 ml air kencing atau kurang daripada jumlah itu.
Sebelum diagnosis overactive bladder dilakukan, seseorang pesakit perlu menjalani ujian air kencing untuk memastikan tiada masalah jangkitan kuman pada pundi kencing yang boleh mempunyai simptom sama.
Pesakit juga perlu mengisi bladder diary iaitu mencatatkan jumlah air yang diminum, waktu air diminum, masa untuk pergi kencing dan jumlah air kencing yang keluar.
Dalam diari ini, pesakit juga perlu beritahu apakah berlaku masalah kebocoran kencing apabila kencing ditahan. Lazimnya, bladder diary ini perlu dibuat dalam masa tiga hari.
Ada pelbagai ubatan yang boleh digunakan untuk merawat pundi kencing aktif. Rawatan ubatan yang paling kerap digunakan di Malaysia adalah penggunaan ubat yang dikenali sebagai Tolteradine atau Detrusitol.
Selain itu pesakit juga dinasihat mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvil. Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi perlu dielak. Pesakit juga akan diajar teknik menahan dan menjarakkan masa ke tandas.
Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar urologi untuk menyelesaikan masalah ini kerana anda menyebut pernah mendapat jangkitan pundi kencing.
Untuk makluman saudara, jangkitan pundi kencing jarang dialami lelaki muda seperti anda.
Sehubungan itu, pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk mengetahui punca sebenar kenapa anda mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi kencing.
Bersama Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin
Boleh saya dapatkan nombor telefon saudara ? Sebab saya juga mengalami masalah yang sama .
ReplyDeleteBoleh saya tau tuan dah sihat ke?saya pun alamai masalah yg sama.dah macam2 cara saya buat tapi tetap juga belum pulih
Deletesaudara idzuan, boleh saya tanya prkembangan penyakit ni? saya mengalami masalah yang sama . dah macam2 cara buat tapi masih tidak berhasil
Deletemohon tinggalkan nombor phone . di sini saya tinggalkan nombor phone, (0143302795)
Deletesaudara idzuan, boleh saya tanya prkembangan penyakit ni? saya mengalami masalah yang sama . dah macam2 cara buat tapi masih tidak berhasil
ReplyDelete