Kadang kala saya mengalami masalah untuk membuang air kecil. Untuk makluman doktor, saya bukan muslim dan tidak berkhatan.
Mencari Penawar
ADA dua masalah yang anda hadapi. Masalah pertama ialah tidak dapat menarik kulit yang menutup kepala zakar. Masalah ini dikenali sebagai phimosis. Ia sering berlaku pada bayi dan kanak kanak. Bagi seseorang yang tidak berkhatan, masalah ini juga boleh dilihat di kalangan orang dewasa.
Ketika kelahiran, kulit yang menutup kepala zakar memang melekat kepada kepala zakar. Ini adalah sebahagian daripada mekanisma untuk melindungi kepala zakar yang sedang berkembang.
Ketika di peringkat ini, kulit itu tidak boleh ditarik ke belakang. Apabila seseorang kanak kanak membesar, dianggarkan 50 peratus dari kanak kanak berusia setahun, kulit yang menutup kepala zakar sudah boleh ditarik ke belakang.
Pada usia tiga tahun pula, peratusannya meningkat kepada 90 peratus manakala pada usia 17 tahun, 99 peratus lelaki sudah boleh menarik kulit yang menutupi kepala zakar ke belakang.
Masalah yang timbul sekiranya kulit kepala zakar tidak boleh ditarik ke belakang apabila seseorang sudah menjadi remaja ialah masalah pengumpulan sel sel mati yang dikenali sebagai smegma. sel mati ini boleh menyebabkan punca terjadinya infeksi pada kepala zakar yang dikenali sebagai balanitis iaitu masalah kedua yang saudara alami.
Pengumpulan smegma secara berpanjangan juga memberi risiko untuk mendapat kanser kepala zakar. Selain itu, phimosis ini juga akan menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil dan pancutan air mani sekiranya pembukaan pada hujung kulit kepala zakar adalah kecil.
Ada juga keadaan di mana ketika membuang air kecil, kulit yang meyeliputi kepala zakar akan menggelembung akibat air kencing yang tak dapat keluar dengan sempurna dan berkumpul di bawah kulit. Kesakitan juga boleh berlaku ketika melakukan hubungan seks.
Selain dari sakit pada kepala zakar, tanda-tanda yang boleh berlaku apabila seseorang mengalami masalah balanitis ialah seperti berikut:
- Pengeluaran cecair yang berbau dari hujung zakar
- Kegatalan yang dialami di bawah kulit yang menutupi kepala zakar
- Jangkitan kencing yang berulang-ulang (terutama pada kanak kanak)
- Kesukaran membuang air kecil
- Kulit yang menyelaputi kepala zakar kelihatan merah dan bengkak
- Sakit apabila kulit cuba ditarik ke belakang
Rawatan yang utama yang perlu diberi sekiranya berlaku balanitis ialah berkhatan. Bagaimanapun, semasa peringkat akut, doktor akan memberikan antibiotik terlebih dulu untuk membolehkan infeksi dan keradangan hilang sebelum prosedur berkhatan dilakukan.
Saya menasihatkan saudara untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan lanjut.
Fakta menarik air mani:
- Air mani mengandungi hanya 10 peratus sperma selebihnya adalah enzim, vitamin C, kalsium, protein, sodium, zink, asid sitrik dan gula fruktos
- Rasa air mani boleh dipengaruhi oleh pemakanan lelaki. Diet yang mengandungi daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi akan menyebabkan air mani terasa pahit dan berasid
- Diet yang mengandungi gula semula jadi seperti buah buahan boleh menjadikan air mani terasa manis
- Kelajuan purata pancutan air mani adalah 31 mph iaitu lebih laju dari seekor Peruvian Jaguar
- Jarak purata pancutan air mani adalah 7 hingga 10 inci
- Rekod pancutan air mani paling jauh ialah 18 kaki.
- Lima hari ialah jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita
- Tiga jam ialah jumlah masa sperma boleh hidup di luar badan
- Dianggarkan lima peratus dari wanita mengalami alahan air mani
- Jumlah air mani setiap kali pancutan adalah bersamaan satu sudu dan satu sudu the air mani boleh mengandungi 200 hingga 500 juta sperma.
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
askom doktr bolh saya dapatkn nombor wsp doktr tk.nak tanya masalh zakar
ReplyDeleteaskom doktr bolh saya dapatkn nombor wsp doktr tk.nak tanya masalh zakar
ReplyDeleteAssalam boleh tak mintak 6ber hp
ReplyDeleteAssalam boleh tak mintak 6ber hp
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlh sy dpt num doctor
ReplyDeleteassalam doktor sy nak mintak tolong doktor rawat sy.0104261985
ReplyDeleteSaya evon saya nak minta tolong doktor saya dah umur 33 tahun kulup kulit zakar saya menetup kepala zakar saya
ReplyDeleteHi saya Baru sunat rabu,sebelum sunat pastikan takde urusan luar sebulan atau lebih,sebab luka sunat ambill masa untuk sembuh
ReplyDeleteSalam doctor.saya Bermudian 38tahun dah Berkhawin.sejak pkp ni saya Dan interiors saya dah lebih 6 bulan berpisah Dan tak bersetubuh.sejak kebelakangan ini kulup zakar saya mula menutup kerala zakar saya.sebelum ni tidak pernah men jadi sebegini.adakah ni perkara biasa atau ada Perubahan dlm saiz zakar saya.
ReplyDeleteSalam doctor.saya Berumur 38tahun dah Berkhawin.sejak pkp ni saya Dan isteri saya dah lebih 6 bulan berpisah Dan tak bersetubuh.sejak kebelakangan ini kulup zakar saya mula menutup kerala zakar saya.sebelum ni tidak pernah men jadi sebegini.adakah ni perkara biasa atau ada Perubahan dlm saiz zakar saya.
ReplyDeleteSalam doctor.saya Berumur 38tahun dah Berkhawin.sejak pkp ni saya Dan isteri saya dah lebih 6 bulan berpisah Dan tak bersetubuh.sejak kebelakangan ini kulup zakar saya mula menutup kepala zakar saya.sebelum ni tidak pernah men jadi sebegini.adakah ni perkara biasa atau ada Perubahan dlm saiz zakar saya.
ReplyDeleteHello doctor..saya Dari kecil tak Nembutal kulit..blh tolong bagi tips tak..
ReplyDelete