Sunday 22 January 2012

Risau zakar mengeluarkan cecair kekuningan

DOKTOR, sejak kebelakangan ini zakar saya sering mengeluarkan sejenis secair yang berwarna kekuningan. Cecair ini akan keluar selepas saya membuang air kecil atau kadang-kadang ketika saya mandi. Apa yang saya perasan, cecair ini hanya akan keluar apabila saya tidak melakukan hubungan seks atau onani. Cecair ini juga kelihatan sama dengan air mani tetapi tidak berbau seperti air mani atau berbau busuk. Harap doktor dapat menjelaskan perkara ini.

Aiman, Petaling Jaya
SAUDARA Aiman, apa yang dapat saya simpulkan kemungkinan cecair yang keluar dari zakar anda itu berasal dari kelenjar prostat. Ini terutama apabila anda tidak melakukan hubungan seks atau tidak beronani. Salah satu fungsi kelenjar prostat ialah mengeluarkan rembesan yang akan menjadi sebahagian daripada komponen air mani.
Apabila rembesan ini tidak dikeluarkan secara onani atau ejakulasi, ada kemungkinan ia keluar dengan sendiri. Jika cecair ini tidak berbau atau saudara tidak mempunyai masalah lain seperti sakit ketika kencing atau rasa pedih sewaktu membuang air kecil, situasi yang anda hadapi ini tidak perlu dibimbangkan.

Ini kerana pesakit yang mengalami infeksi kelenjar prostat akan mengeluarkan cairan yang berbau dan berwarna kekuningan. Selain itu, pesakit yang menghadapi masalah ini akan mengalami sakit ketika membuang air kecil, rasa pedih sewaktu kencing serta sakit pada bahagian perineum.

Jika gejala ini berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan ke atas cairan untuk mengetahui jenis kuman yang hadir dalam cairan berkenaan. Rawatan yang sering diberi adalah pengambilan antibiotik secara oral.

Selain itu, penyakit transmisi seksual seperti gonorrhea dan chlamydia boleh menyebabkan pengeluaran cairan dari zakar. Ini juga mempunyai tanda yang sama seperti pedih ketika membuang air kecil serta kerap ke tandas.
Warna kekuningan yang anda lihat dalam air mani boleh berlaku. Ini kerap terjadi pada kebanyakan lelaki. Ia bersifat sementara dan saudara tidak perlu risau mengenainya.

Bagaimanapun, jika ia berterusan hingga melebihi tiga atau empat minggu, atau jika diikuti tanda-tanda yang nyatakan di atas, saudara perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

37 comments:

  1. Sy pon memgalami masalah yg sme..cume sy ad rase sakit kt bhgian batang zakar..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi klinik bro...kemungkinan tu jangkitan ghornia...

      Delete
    2. pergi klinik bro...kemungkinan tu jangkitan ghornia...

      Delete
    3. pergi klinik bro...kemungkinan tu jangkitan ghornia...

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Apabila sy teransang ada cecair putih yg kerap keluar....sy nak tau adakah itu mndatangkan masalah kpd sy nnt???

    ReplyDelete
  3. Apabila sy teransang ada cecair putih yg kerap keluar....sy nak tau adakah itu mndatangkan masalah kpd sy nnt???

    ReplyDelete
  4. Sya mengalami benda yg sama juga..waktu kencing tu rsa pedih sangat..sya risau sangat..ea berlaku 3 hari yg lepas selepas sya melakukan hbungan dgn isteri saya..

    ReplyDelete
  5. saya mengalami keluar cecair melalui saluran kencing.anti biotik dah makan.berhenti lepas tu jadi pulak .mcmana ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Mohon pencerahan .. Saya sdah 3 hari mangalami keluaran cecair yang tidak berlendir tetapi berwarna kekuningan apakah itu dinamakan penyakit siplis ? Saya teramat risau sangat kerana ia keluar tampa duduga & terasa seperti hendak kencing sdgkan bila saya ke tandas tiada air kencing yang keluar melain kan kesan cecair pada seluar dalam saya . Ia tidak terasa pedih sewaktu hendak kencing .. Mohon sesiapa beri penjelasan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Saya dahulu pernah kena. Ada jangkitan sebab mengamalkn seks bebas dan tidak selamat.
    Jangan malu jumpa doktor, terus terang cakap ZAKAR KELUAR CECAIR PUTIH/KUNING, nyatakan simptom seperti demam, kalau kencing sakit dan sebagainya.

    Kalau malu sangat nak cakap perkataan ZAKAR tu, mungkin takut orang sekeliling dengar kan,pakai istilah sains ya. "Discharge in a genital area". Korang beritahulah dah berapa lama korang kena jangkitan ni.

    Jangan malu. Hehe.. pastu dr tak akan periksa kecuali keadaan memerlukan jaa... contohnyaa kalau bengkak atau sakit... kalau masih dalam peringkat awal, dia akan suntik di punggung... serious suntik tuu sakit sangat.... sakit sangat.. serious nih!

    Pas suntik dia bagi 2 ubat.
    Pottassium Citrate. Benda ni mesti minum 15 ml sekali, 3 kali untuk sehari campur air. Untuk rawat air kencing kalau x silap, dan

    Antibiotic, doxycyline, makan 2 biji sehari untuk seminggu.

    Lepas makan hari ke-3 dah hilang sepenuhnyaa benda mengalir tu.... so x payah risau.

    Banyak minum air, jangan melancap dan jangan buat sex bebas ya hehe.

    In term of cost, xda kos langsung. Sebab saya pergi bahagian kecemasan, di hospital kerajaan. Kos cuma Rm1, tu pun untuk pendaftaran.

    Apa2 pun, kalau ada jangkitan macam ni, segera jumpa doktor, jangan tangguh sehari atau apa punn... harap bermanfaat ya.... terima kasih membaca 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik papai BG phone no atau WhatsApp sy

      Delete
    2. sumpah sakit giler bontot lepas kene cucuk tak boleh nak duduk.. rasa macam nak pitam.. di minta siapa nak buat rawatan ni bawak teman untuk drive.. jangan bawak moto.. silap2 boleh tumbang

      Delete
  8. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Perlu mandi wajib ke,,kalau kluar cecair cm ni??

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Jika terkena dan ada tanda..cepat2 jumpa doktor...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Saya alami masalah nanah keluar pada lubang zakar pada waktu pagi pada jumaat yg lalu. Tanpa berlengah saya terus ke KPJ untuk membuat pemeriksaan, sampel darah diambil sebanyak 2 tabung, dan ujian dibuat untuk sipilis, gonorea, chlamydia dan ada satu lagi tp xigt namenye. Keputusan sipilis dan gonorea dpt pada hari yg same, dan saya diberitahu saya negatif, skg sedang menanti keputusan untuk chlamydia dan yg satu lg tu...harap2 xde pape, sbb saya tau saya memang berdosa kerana melakukan seks bebas. Yang bagusnya, saya da kembali solat 5 waktu yg da lame saya tinggalkan...

    ReplyDelete
  14. Sye dh 5 hari terkena.. ade effect x klau lmbat jumpa doktor. Esok baru plan nk g klinik.. penyakit ni bahaya x..

    ReplyDelete
  15. Sama lah ada kena jugak, pedih nak kencing

    ReplyDelete
  16. Sy kene gak cmni..keluar cecair kuning..takut siplis..tp jumpe doktor..die ckp kencing Kotor..betol ke..takut siplis..kalau ambil suntikan ok x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade gak buat sex dgn beberapa girl..tp selang 3/4 ari

      Delete
  17. Saya mahu kecing rasa pedih dan waktu duk sja je tgok zakar kluar air tau ntah apa berbau laa sikit...

    ReplyDelete
  18. ni benda yg sama jadi kat saya . dah risau sangat karang pagi baru nak g jumpa dr kat klinik lesohatan cheras

    ReplyDelete