Sunday, 22 January 2012

Enam bulan tidak mandi (Psoriasis )


HAMPIR dua tahun mengambil makanan kesihatan, kulit Amir tidak lagi bersisik dan bertompok-tompok.


ENAM tahun lepas, Mohd. Amir Zulkifli, 43, pelik melihat kulit kepalanya yang sering berkelemumur. Walaupun baru dibasuh dengan syampu berubat, dalam masa setengah jam, kulit kepalanya kembali ditumbuhi kepingan putih yang merimaskan.

Menganggapnya sebagai kelemumur biasa yang disebabkan oleh peluh, Amir langsung tidak menyangka ia adalah simptom penyakit kulit, psoriasis, yang hampir melumpuhkan hidupnya.

Keadaan Amir bertambah teruk dua tahun lepas. Kepingan kelemumur bukan sahaja memenuhi kulit kepala, malah merebak ke seluruh tubuhnya, kecuali bahagian muka.

“Dalam masa dua bulan, badan saya penuh dengan tompok putih. Kawasan yang paling teruk ialah di bahagian belakang badan, siku, lutut dan lipatan kaki.

“Pergerakan saya sangat terbatas. Saya juga jarang berbaju untuk mengelak kepingan putih terkopek dan tertanggal.

“Ini kerana kepingan baru akan terbentuk jika tidak dirawat dengan sempurna.

“Lebih kurang enam bulan saya tidak mandi kerana keadaan kulit yang sangat sensitif.

“Ia mudah terluka dan pedih apabila terkena air,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.


KEPINGAN plak psoriasis yang tertanggal tetapi tidak dirawat dengan sempurna akan menumbuhkan kepingan baru.


Ganti kulit

Penderitaan anak kelahiran Kulim, Kedah, ini tidak terhenti di situ. Empat bulan dia hanya terlantar kerana psoriatic artritis tersebut telah melemahkan seluruh sendi di tubuhnya.

Kuku kaki serta tangan Amir juga bertukar warna dan tertanggal.

“Dalam keadaan begitu, tidak banyak perkara yang saya boleh lakukan kecuali berharap ada penawar untuk penyakit saya ini.

“Saya juga tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Apabila saya stres, kulit akan kemerah-merahan dan tompok putih semakin banyak yang keluar,” katanya.

Jelasnya, setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk merawat penyakit kulitnya itu, namun hanya baru-baru dia bertemu dengan penawar yang serasi.

“Saya disyorkan oleh seorang rakan untuk menggunakan produk penjagaan kulit alternatif.

“Alhamdulillah, selepas empat bulan meminumnya, keadaan saya semakin pulih.

“Kulit semakin sihat dan tompok putih semakin menyusut dan hilang,” ujarnya.

Psoriasis yang dialami Amir bukan penyakit baru malah ia merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap.

Sering dibayangi stigma penyakit untuk orang pengotor dan menjijikan, psoriasis sebenarnya adalah penyakit sistem imuniti badan menyerang diri sendiri atau autoimun yang berulang.

Ia juga dikenali sebagai penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Fungsi sel darah putih (sel limfosit T) yang tidak normal mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit.

Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa antara 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Namun, bagi pesakit psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga tujuh hari sahaja.

Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat.

“Keadaan itu menyebabkan tubuh tidak dapat membuang lebihan sel kulit yang berkumpul.

“Sebaliknya, ia timbul di permukaan kulit sebagai kepingan atau tompok putih yang disebut sebagai plak psoriasis.

“Apabila digaru, kulit akan mudah berdarah, pedih dan gatal. Namun, tidak semua pesakit berdepan gejala yang sama,” jelas Pakar Perunding Penyakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris.

Bersisik

Punca sebenar psoriasis belum dikenal pasti namun apa yang pasti, penyakit kulit ini tidak berjangkit, sama ada melalui sentuhan, udara, mahupun hubungan seks.

Merujuk kepada kajian mengenai psoriasis yang dijalankan oleh Persatuan Dermatologi Malaysia, dianggarkan dua hingga tiga peratus rakyat di negara ini menghidap psoriasis.

“Ia bermakna hampir sejuta rakyat negara ini mendapat psoriasis.

“Begitupun, 80 peratus daripada penghidap tidak mendapat prosriasis kronik sebaliknya hanya mendapat psoriasis plak, iaitu radang akibat tompok bersisik yang timbul di beberapa bahagian tubuh,” kata Mohd. Noh.

Jelasnya lagi, tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil di satu bahagian seperti kulit kepala, siku dan kawasan lipatan yang merebak hingga ke seluruh permukaan badan.

Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak.


MOHD. NOH


Penyakit yang tidak boleh dijangka pertumbuhannya ini juga tidak memilih pesakit sama ada lelaki atau perempuan, berkulit cerah atau gelap, muda atau tua.

“Sebanyak 40 hingga 60 peratus psoriasis dikaitkan dengan faktor keturunan.

“Selain itu, pengambilan kortikosteroid, alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan kuman, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu turut menyebabkan jangkitan penyakit ini,” katanya.

Tidak menolak gangguan emosi dan tekanan yang perlu dihadapi pesakit, Mohd. Noh memberitahu, penyakit yang boleh berulang ini mampu mendatangkan kemurungan.

Malah, melalui beberapa kajian, pesakit psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek.

“Tidak semua orang menderita kerana psoriasis.

“Bagi ibu mengandung, psoriasis akan berkurangan malah mereka berpotensi untuk sembuh,” ujarnya.

3 comments:

  1. Dalam AYURVEDA, Psoriasis berpunca dari 'AMA' atau toksid dari makanan yang tidak serasi dengan badan. Hati (liver) tidak dapat 'meneutralkan' 'AMA' ini, akibatnya 'AMA' diserap ke dalam darah dan dibuang melalui kulit. Ini menyebabkan berlakunya kulit merekah dan kemerah-merahan yang dipanggil PSORIASIS.

    Pada kebiasaannya seseorang yang bakal menjadi mangsa penyakit ini akan merasakan wujudnya kelemumur pada kulit kepala yang agak menebal malah kewujudan penyakit ini banyak bermula dari kepala. Dalam rawatan moden biasanya ubat-ubat anti inflamatori diberikan dan memang ada kalanya ianya memberi respon yang baik tetapi dari pengalaman saya, ada kalanya penyakit ini menjadi sukar dikawal dengan kaedah rawatan moden sahaja.

    Luqman Ayurveda menawarkan kaedah rawatan yang efektif dan terbukti berkesan untuk penyakit ini tanpa banyak pantang dalam makanan. Kami di LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE telah merawat penyakit ini dengan jayanya selama hampir 20 tahun.

    Dalam merawat Psoriasis, LUQMAN AYURVEDA menekankan bahawa 3 perkara perlu dirawat iaitu:-

    HATI - menjadikannya lebih efektif dalam urusan pembersihan 'AMA' itu.
    DARAH YANG KOTOR - perlu dinyahtoksinkan dari 'AMA'.
    KULIT - perlu dipulihkan seperti sediakala.

    Ubat-ubat herba yang kami berikan kepada pesakit psoriasis bertujuan untuk merawat badan dari dalam yang melibatkan hati, darah dan sistem badan (menguatkan sistem badan) manakala minyak Psoriasis dan krim Psora diberikan untuk merawat bahagian luar badan.

    Kebanyakkan wanita mengandung pengidap psoriasis yang datang mendapatkan rawatan dengan kami, memberitahu psoriasis mereka lagi cepat merebak semasa mengandung.

    Maklumat lanjut tentang penyakit ini, testimoni, gambar dan video sila ke page: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre

    ReplyDelete
  2. Bleh x sy taw kt mne nk dptkn rwtn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan komplementari LUQMAN HERBS CENTRE, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sila hubungi no. hp di bawah untuk appoinment sebelum datang.

      Ubat-ubat juga boleh dibeli menerusi pos dengan menghubungi Pn. Zue @ 010 9823704.

      Maklumat lanjut tentang rawatan ini, testimoni berupa 'text' dan gambar serta video di fanpage https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre

      Delete