Jejaka ingin tahu
Johor Bahru
- Keadaan ini boleh menimbulkan masalah infertiliti atau kemandulan jika testes yang sebelah lagi mengalami masalah.
Untuk makluman saudara, jika testes yang ada berfungsi secara normal, saudara sepatutnya tidak akan mengalami masalah infertiliti. - Peningkatan risiko menghidapi kanser buah zakar.
Kajian menunjukkan bahawa buah zakar yang tidak turun mempunyai empat hingga 40 kali ganda risiko mendapat kanser berbanding buah zakar normal. Satu lagi masalah yang timbul adalah pengesanan awal kanser buah zakar tidak dapat dilakukan akibat ketidakhadiran buah zakar. Ini adalah kerana kanser buah zakar hanya dapat dikesan dengan merasa buah zakar terbabit di mana ia akan menjadi keras dan bengkak. - Risiko masalah buah zakar berpintal (torsion)
- Risiko lebih tinggi mendapat angin pasang (inguinal hernia)
Disebabkan beberapa risiko yang dinyatakan di atas, adalah digalakkan supaya bayi yang mempunyai masalah buah zakar yang tidak turun dibawa berjumpa doktor seawal mungkin supaya rawatan dapat diberi.
Saya menasihatkan saudara berjumpa dengan pakar urologi. Ini kerana walaupun saudara sudah berusia 21 tahun, saudara tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan tanpa mengetahui di mana kedudukan sebenar testes yang tidak turun itu.
Doktor akan melakukan beberapa penyiasatan untuk mencari lokasi sebenar testes saudara. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan CT Scan. Ada juga kes di mana pemeriksaan MRI perlu dilakukan untuk mencari lokasi sebenar testes.
Ada beberapa lokasi di mana testes ini boleh berada:
- Di bahagian dalam rongga abdomen.
- Di dalam saluran inguinal - selalunya pada kedudukan ini, saudara akan merasa struktur seperti biji kecil di bahagian ari ari.
- Kedudukan ektopik di mana ia berada di luar kawasan yang sepatutnya berada seperti di bawah kulit paha dan bahagian perineum.
- Ada juga keadaan di mana testes tidak langsung ditemui. Keadaan ini dipanggil hypoplastic atau dysgenetic.
Bergantung kepada lokasi dan saiz, rawatan yang diberi adalah berbeza. Sekiranya testes dijumpai dalam saluran inguinal, pembedahan orchidopexy akan dibuat di mana testes akan dibawa turun ke dalam kerandut zakar.
Pembedahan ini hanya akan dilakukan jika saiz testes masih berada dalam julat yang normal. Jika saiz testes terlalu kecil, pembedahan orchidectomy akan dilakukan di mana testes akan dibuang. Jika lokasi testes di dalam abdomen, pembedahan laparoscopic orchidopexy atau laparoscopic orchidectomy akan dilakukan.
Apa effect kalau testis dibuang, dan hanya tinggal 1?
ReplyDeleteYaa apakah kesan jika hanya tggl 1 buah zakar...
ReplyDeleteApakah effect nya...dan selain itu air mani jugak berkurangan...dan xsepekat seperti biasa..malah keadaan air mani jernihhh...xputihh mcm normal
ReplyDelete