Sunday, 22 January 2012

Terdorong cuba produk tingkat kemampuan seks

SAYA mempunyai kehidupan seks normal dan tidak menghadapi masalah berkaitan alat sulit.

Sejak akhir-akhir ini saya melihat banyak produk seperti pam vakum, krim, viagra dan bahan-bahan lain yang dikatakan dapat meningkatkan kemampuan seks.
Kehebatan produk ini seperti yang dipromosikan mendorong saya mencuba salah satu daripadanya. Apakah penggunaan produk ini boleh memberi kesan sampingan?
Bimbang Mudarat

JIKA saudara tidak mempunyai masalah ereksi dan menjalani kehidupan seks normal, pengambilan ubat ubat PDE 5 inhibitors seperti Viagra, Cialis atau Levitra tidak akan memberi manfaat, malah ia akan memberi kesan sampingan serta membazirkan wang.

Ini kerana ubat-ubat ini berfungsi dengan membesarkan saluran darah ke zakar dan hanya akan memberi manfaat jika saluran darah ke zakar sempit akibat dari kesan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Saudara juga akan mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit otot, muka terasa merah dan panas, sakit di bahagian pinggang, hidung tersumbat dan sakit di bahagian epigastrium.
Saudara perlu faham ubat-ubat di bawah kategori ini bukannya berfungsi menaikkan stamina seksual atau libido, atau membolehkan saudara tahan lama dalam hubungan seksual.

Begitu juga dengan penggunaan vakum, ia berfungsi dengan menarik dan mengumpul darah di bahagian zakar dan selepas zakar menjadi tegang, aliran darah kemudian disekat menggunakan cecincin yang dipasang di pangkal zakar.

Ia boleh mendatangkan kesan seperti lebam dan sakit di bahagian zakar dan kadangkala luka di pangkal zakar tempat cecincin dipasang. Penggunaan krim juga tidak akan membantu saudara mendapatkan ereksi yang lebih tegang sekiranya saudara mempunyai ereksi normal.

No comments:

Post a Comment