Ingin Tahu
Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangsang yang dilarang penggunaannya selain dari tujuan perubatan. Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine.
Pengeluaran kedua-dua kimia ini dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan menyebabkan seseorang merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy).
Namun begitu, walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.
Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang.
Pil kuda boleh merencat proses ejakulasi dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Dengan itu, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat, tidak memakai kondom, kadangkala boleh menjadi ganas dan kasar.
Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido.
Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap.
Dalam beberapa kes yang saya rawati, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit ke 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal sehingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an.
Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing ialah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan.
Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan symptom ’withdrawal” akan terjadi sekiranya dadah itu tidak diambil.
Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami anhedonia iatu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup.
Selain itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk:
Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang pil yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks dan untuk persediaan sebelum peperiksaan, saya nasihatkan berhenti segera.
Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan yang timbul akibat dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunakan dan tidak ada pil yang boleh membantu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.
bagai mana cara untuk hilangkan ketangih pil kuda atau bagai mana cara untuk terus berhenti dari mengambil pil kuda
ReplyDeletebagai mana cara untuk hilangkan ketangih pil kuda atau bagai mana cara untuk terus berhenti dari mengambil pil kuda
ReplyDeleteLari jauh dari kampung..contohnya bekerja d tmpat jauh...jagan layan perasaan nak
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletebagaimanakh ciri-ciri org yg mkn pil kuda?
ReplyDeletedan adakah pil kuda juga dipanggil "buah"?
Tempat aku mmg rmai pggl buah
Deletesy buntu sekarang. mcm mana mahu brhenti. hri2 wajib ambik pil ni.lau x bdan jdi mls. Nk wt keje pn mls. Kerap rasa nk tdo sakit kpale.mohon bantuan.
ReplyDeleteBeritahu ibu bpa and a bahawa and ketgih pil kuda.pohon bantuan mereka supaya mereka dapat menolong and mengurangkan ketagihan.
ReplyDelete1.Pergi jumpa ustaz....minta air penawar Dan suruh ye doakan and
2.Buang telefon anda...nombor kwn2 yg jahat harus dibuang
3.Pindah tempat keja atau tempat tinggal supaya Tak jumpa kawan jahat
4.Beritahu IBU Dan bapa kawan yg selalu mengajak anda menagih Dan beritahu Bila waktu and ketagihan supaya ibubapa boleh mengcontrol and a...
Ingatlah ibubapa Mana yg Tak Sayang anak...pasti mereka akan membantu anda...Marah mereka bukan kerana benci tapi Tanda sayang
sy ingin berhenti isap dadah. tp xboleh nj hilangkan ketagihan. tlong bantu mcm cara hilangkan ketagihan
ReplyDeleteApa kesannya terhadap gadis yg ketagih pil kuda
ReplyDeleteMacam mana nk hilangkan ketagih pil kuda. Sy nk tolong adik saya dia bru terjebak dalm masa sebulan lebih.
ReplyDeleteMacam mana nk berhenti ambil pil nh. Atau nk hilang kan ketagih. Sya nk tolong adik sya. Dia baru sebulan lebih ambik benda nh.
ReplyDeleteAq bru try,rasa xla sesedap mane pn,cuma rsa rindu nk main asap tu yg susah nk buang,dkt 3 mnggu dh.skrng dh brhenti.susah jgk nk stop,sban kesan dopamine kn,rasa nakkk,last pastu last.kene jgk kuatkan
ReplyDelete