JERANTUT - Kehidupan ceria seorang pelajar tingkatan tiga kini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis.
Akibatnya, Mohd. Taufiq Asifaq Ibrahim, 15, mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa kulit anggota badannya.
Berikutan itu, dia hanya mampu duduk di rumah disebabkan rupa kulit anggota badannya semakin berubah dan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju.
Ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Jaya di sini, penyakit kulit remaja berkenaan telah merebak ke seluruh badan, muka, tangan dan kaki.
Bapanya, Ibrahim Hassan, 45, berkata, penyakit misteri anak sulungnya itu mula dikesan sejak bulan April tahun ini dan menjadi semakin teruk selepas anaknya itu selesai mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Ketika dia bangun tidur, saya mendapati seluruh tubuhnya mengelupas lalu saya membawanya ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) yang kemudiannya mengesahkan anak saya terkena penyakit psoriasis,'' katanya kepada pemberita di Taman Seri Jaya di sini semalam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteBagi pesakit yang menghadapi penyakit psoriasis, bagi yang peringkat permulaan dan peringkat sederhana bolehlah menggunakan ubat sapu(Dermovate ointment salap) oleh GlaxoSmithKline yang boleh didapati dari farmasi-farmasi. Mengikut gambar di atas, ini adalah peringkat yang sudah teruk.
Sebenarnya saya juga pesakit yang menghadapi psoriasis. Dulu kulit saya agak teruk, saya menghidapi selama dua tahun lebih sehinggalah kini. Pelbagai rawatan yang saya cuba termasuklah mengambil vitamin2, rawatan dari pakar, bahan dan alatan penjagaan kulit dan semuanyalah. Saya pun pelik pada mulanya, kerana tiada pun dalam ahli keluarga saya yang menghidapi penyakit ini.
Penyakit psoriasis sememangnya tidak akan hilang bak kata doktor tetapi kita boleh berusaha agar tidak menjadi semakin teruk. Jangan dibiarkan kerana kesannya amatlah teruk sekali hanya Allah saja yang tahu. Apa-apa pun berikhtiarlah dalam berubat :) Jangan mudah berputus ada. Sentiasa positifkan diri. Semoga penyakit yang kita hidapi akan sembuh, InshaAllah. Wallahualam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDalam AYURVEDA, Psoriasis berpunca dari 'AMA' atau toksid dari makanan yang tidak serasi dengan badan. Hati (liver) tidak dapat 'meneutralkan' 'AMA' ini, akibatnya 'AMA' diserap ke dalam darah dan dibuang melalui kulit. Ini menyebabkan berlakunya kulit merekah dan kemerah-merahan yang dipanggil PSORIASIS.
ReplyDeletePada kebiasaannya seseorang yang bakal menjadi mangsa penyakit ini akan merasakan wujudnya kelemumur pada kulit kepala yang agak menebal malah kewujudan penyakit ini banyak bermula dari kepala. Dalam rawatan moden biasanya ubat-ubat anti inflamatori diberikan dan memang ada kalanya ianya memberi respon yang baik tetapi dari pengalaman saya, ada kalanya penyakit ini menjadi sukar dikawal dengan kaedah rawatan moden sahaja.
Luqman Ayurveda menawarkan kaedah rawatan yang efektif dan terbukti berkesan untuk penyakit ini tanpa banyak pantang dalam makanan. Kami di LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE telah merawat penyakit ini dengan jayanya selama hampir 20 tahun.
Dalam merawat Psoriasis, LUQMAN AYURVEDA menekankan bahawa 3 perkara perlu dirawat iaitu:-
HATI - menjadikannya lebih efektif dalam urusan pembersihan 'AMA' itu.
DARAH YANG KOTOR - perlu dinyahtoksinkan dari 'AMA'.
KULIT - perlu dipulihkan seperti sediakala.
Ubat-ubat herba yang kami berikan kepada pesakit psoriasis bertujuan untuk merawat badan dari dalam yang melibatkan hati, darah dan sistem badan (menguatkan sistem badan) manakala minyak Psoriasis dan krim Psora diberikan untuk merawat bahagian luar badan.
Maklumat lanjut tentang penyakit ini, testimoni, gambar dan video sila ke page: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre