Soalan:
SAYA baru mencecah usia 49 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap darah tinggi malah pernah mendapat angin ahmar atau minor stroke. Sejak dari itu, saya diminta mengambil beberapa jenis ubat tanpa ditinggalkan iaitu jenis atenolol, cardiopill dan sebagainya.
Apa yang merisaukan saya ialah saya dapati, kekuatan tenaga batin saya kini agak menurun. Saya gagal mengawal ketegangan zakar ketika bersama isteri. Apa sebenarnya masalah yang saya hadapi sekarang?
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah mengenai kekuatan tenaga batin yang agak menurun.
Mahu Normal
Jawapan:
UBAT darah tinggi yang diambil saudara boleh menyebabkan berlakunya masalah ketegangan zakar atau erectlie dysfunction.
Ini kerana ubat dari jenis betablocker boleh memberi gangguan ke atas proses ereksi zakar. Selain itu, ubat lain dari jenis diuretiks; ubat anti kemurungan; ubat mengawal aras kolesterol; ubatan kanser prostate dan kemoterapi boleh menjejaskan ereksi.
Selain itu, masalah darah tinggi yang dialami saudara boleh menyumbang kepada masalah ereksi.
Saya menasihatkan saudara berjumpa doktor yang merawat untuk berbincang. Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah mengurangkan dos ubat darah tinggi. Selain itu, saudara boleh berbincang mengenai pengambilan ubat PDE 5 inhibitor seperti Sildenafil (Viagara); Vardenafil (Levitra) atau Tadalafil (Cialis).
Ubat ini boleh membantu memulihkan masalah ketegangan zakar yang dialami. Bagaimanapun, ubat ini tidak boleh dibeli di farmasi. Saudara perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan saudara boleh mengambil ubat PDE5 inhibitor ini.
Ini kerana ubat ini tidak boleh diambil jika pada masa sama, saudara mengambil ubat jenis nitrates iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
No comments:
Post a Comment