Sunday, 22 January 2012

Bakal pengantin resah buah zakar senak

Masalah vericocele tidak dirawat boleh jejas kesuburan

Soalan: SAYA berusia 27 tahun dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya dapat merasakan perubahan pada buah zakar yang turut menyebabkan saya sering mengalami rasa senak. Pada masa yang sama, saya juga mendapati buah zakar saya seperti sedikit berbenjol pada saluran uratnya. Untuk maklumat doktor, setiap kali saya menekan benjolan itu, kian ketara rasa senak itu. Apakah puncanya dan mungkin akan membuatkan saya mandul apabila berkahwin kelak? Saya malu untuk berjumpa doktor.

Jejaka risau, Banting, Selangor

Jawapan:

UNTUK makluman saudara, masalah urat pada buah zakar yang menonjol dan boleh menimbulkan senak dikenali sebagai varicocele. Ia berpunca daripada pembesaran saluran darah vena spermatik.
Majoriti varicocele ini berlaku pada sebelah kiri buah zakar. Ia sering terjadi pada golongan lelaki berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun. Punca sebenar terjadinya varicocele tidak diketahui. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah varicocele ini tidak mempunyai tanda namun ada juga yang menghadapi masalah sengal dan sakit seperti yang saudara alami.

Kebanyakan penghidap mengesan urat membonjol di bahagian atas kerandut zakar yang menjadi lebih jelas sekiranya seseorang berada dalam posisi berdiri. Bagi sesetengah kes yang teruk, varicocele ini boleh menyerupai gumpalan cacing di dalam kerandut zakar.

Saya nasihatkan saudara mendapat rawatan pakar urologi. Tidak seharusnya timbul rasa malu kerana ini adalah untuk kebaikan saudara sendiri. Untuk makluman saudara, jika varicocele ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan kesuburan. Ini adalah kerana kehadiran varicocele akan meningkatkan suhu dalam kerandut zakar dan ini akan menjejaskan proses penghasilan sperma.

Jika dibiarkan berterusan, buah zakar akan menjadi kecil. Saudara mungkin akan menjalani pemeriksaan ultrasound untuk mengesah dan menentukan tahap varicocele yang saudara alami. Pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan keadaan buah zakar dan untuk menentukan tidak ada sebab sebab lain yang menjadi punca kehadiran varicocele.

Sekiranya varicocele saudara pada tahap minimum, selalunya saudara tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika ia pada tahap yang akan menjejaskan kesuburan atau sudah pun menyebabkan masalah seperti yang saudara alami, rawatan secara pembedahan akan dibincangkan dengan saudara.

Untuk makluman saudara pembedahan ini boleh dilakukan dengan cara laparoskopik iatu pembedahan `lubang kunci' yang memberi parut yang kecil. Kemungkinan besar saudara dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama selepas pembedahan dengan kesan sampingan yang minimum.

Dijawab oleh Prof Madya Dr Zulkifli MD Zainuddin

13 comments:

  1. Saya jgak ada merasa senal di bahagian telur sebelah kiri...tp mcm mne nak merasa yg ada benjolam tu...boleh terang kan sedikit

    ReplyDelete
  2. Saya ad rasa senak die bahagian kanan telur.. Membuatkan saya rasa sakit pinggang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg awk rasa sama dgn saya rasa skrg ni.. Awk dh sembuh ke?

      Delete
    2. kalau lepas senak tu die tangkap pinggang..sakitnya tu ya allah mmg xley tahan kt pinggang..nk jalan pun xley..

      Delete
  3. Assalamualaikum prof..sy juga ada masalah yg sama. .Tetapi bengkak di bahgian kanan buah zakar.kerap sakit n senak masa cuaca sejuk atau selepas mandi. .Air mani x pekat.air kencing kotor/kuman dan kencing kerap tapi tidak lawas.

    ReplyDelete
  4. Saya bengkak belah kiri...kini merebak ke sebelah kanan plk...pinggang pun sakit...yaallah thn

    ReplyDelete
  5. Saya pon mengalami masalah yang same..sakit di belah kiri..ade rasa sakit jugak di bawah pusat belah kiri..mcam mane nk hilang kan???

    ReplyDelete
  6. Saya pon mengalami masalah yang same..sakit di belah kiri..ade rasa sakit jugak di bawah pusat belah kiri..mcam mane nk hilang kan???

    ReplyDelete
  7. Saya pun tengah sakit ni haih agaknya suruh onani kot hahahah

    ReplyDelete
  8. Saya senak telor sebelah kiri dan selalu bila kencing mesti xlawas dan tidak tos..

    ReplyDelete
  9. Assalmualaikum..saya jugak mngalami msalah yg sama apa bila ingin kepit kan kedua kaki atau angkat brang yg brat trasa senak di bhagian tlur..

    ReplyDelete