Sunday 22 January 2012

Di mana pusat urologi?

Soalan:

BOLEH saya tahu di manakah lokasi pusat urologi dan kos dijangka untuk membiayai perubatan itu?
Minta Tolong
Jawapan:

SAUDARA, tidak semua hospital kerajaan mempunyai perkhidmatan urologi. Untuk makluman saudara, berikut adalah senarai hospital kerajaan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan urologi sepenuhnya.

Hospital kerajaan itu ialah:
- Hospital Pulau Pinang.
- Institut Urologi dan Nephrologi, Hospital Kuala Lumpur. - Hospital Selayang
- Pusat Perubatan UKM.
- Pusat Perubatan UM.
- Hospital Sultanah Aminah Johor Baru.
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
- Hospital Raja Perempuan Zainab II , Kota Bharu.
- Pusat Perubatan USM, Kubang Kerian , Kota Bharu , Kelantan.
- Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
- Hospital Umum Sarawak.

Ada beberapa hospital menawarkan perkhidmatan urologi berkala. Ini bermakna, pakar urologi dari hospital lain akan datang melakukan lawatan ke hospital berkenaan.

Hospital terbabit ialah:
Hospital Serdang.
Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.

Selain itu, ada beberapa hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan urologi di seluruh Malaysia. Saya nasihatkan saudara bertanya hospital swasta yang berdekatan dengan tempat anda.

Mengenai kadar bayaran pula, ada perbezaan kos antara hospital kerajaan dan swasta. Kos bayaran juga berbeza mengikut jenis rawatan atau jenis pembedahan yang akan dilakukan.

Bagaimanapun, jika saudara adalah kakitangan kerajaan, perkhidmatan percuma akan diberi kepada saudara di hospital kerajaan.

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my

No comments:

Post a Comment