KEMATANGAN SEKSUAL
                
Bilakah  saya mengalami kematangan seksual?
                       
                      Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja.
                      Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan  perempuan secara  fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.
- Bagi perempuan, permulaan kitaran haid menandakan mereka berkebolehan untuk mengandung
 - Bagi lelaki, penghasilan sperma dan ejakulasi merupakan tanda kematangan seksual mereka
 
Perubahan fizikal pada payudara, zakar, testis dan bulu kemaluan  menandakan anda sudah mengalami kematangan seksual.
                    
Selamat datang ke alam dewasa!
                    Anda kini punya kemampuan dalam:
- Menangani lebih kebebasan
 - Diberikan lebih tanggungjawab
 - Membuat pilihan dalam isu-isu penting dalam setiap perkara yang dilakukan
 
Anda berinteraksi lebih dengan rakan sebaya, tapi haruslah dengan cara  yang bertanggungjawab dan beradab.
                    Ini termasuklah keputusan dan pilihan berkaitan seks dan jantina.
   |                          Sebagai remaja, anda pastinya ingin mencuba pelbagai perkara. Adalah penting untuk memilih rakan-rakan agar anda dapat menjauhkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti: 
 Berhati-hatilah dengan akibatnya! Perlakuan berisiko anda boleh menyebabkan kepada : 
 
  |                        
Adakah selamat untuk melakukan  seks?
                    Melakukan perhubungan seks adalah satu peristiwa  yang penting dan  istimewa. Ianya seharus dilakukan hanya setelah  pasangan tersebut berkahwin.                     Ia seharusnya dilakukan hanya setelah pasangan  tersebut berkahwin. Walau  bagaimanapun, Oleh itu, sekiranya anda  berhasrat melakukan hubungan seks,  berhati-hatilah dengan akibatnya!!                     Gunakan kondom untuk melindungi anda daripada  terkena jangkitan penyakit  kelamin dan kandungan yang tidak diingini.
Nota: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, sebarang hubungan seks bawah umur (bawah 16 tahun) adalah dianggap Rogol. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dijatuhkan hukuman rotan dan penjara.
Di manakah saya boleh mendapatkan  nasihat?
                    Anda boleh mendapat nasihat daripada:
- Kaunselor di sekolah anda
 - Doktor keluarga
 - Ahli keluarga yang dipercayai
 - Perbadanan Bukan Kerajaan seperti ASNITA, BEFRIENDERS, AWAM
 
Semakan akhir:14 Julai 2006
 
No comments:
Post a Comment