Kenapa gigi perlu diberus? 
                      Memberus  gigi boleh membersihkan sisa makanan dan  plak dari permukaan gigi. Ia juga  merupakan salah satu cara untuk gigi  mendapat fluorida yang membantu menguatkan  gigi. Penjagaan awal  memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik  sepanjang  hayat.
Mengapa memberus gigi itu penting? 
                    Memberus  gigi sehingga bersih penting untuk:
- Mencegah penyakit gusi
 - Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
 
Bila anak anda sepatutnya mula  memberus gigi ?
                    Ibu bapa  dinasihatkan memberus gigi anak mereka  sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan  tabiat penjagaan dari kecil lagi  untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.
Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
Untuk bayi  |                          
  |                        
  |                          
  |                        
   |                          
  |                        
  |                          
  |                        
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
- Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
 - Ubat gigi berfluorida tidak       perlu digunakan. 

 
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
- Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
 - Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.
 
                    Ubat gigi  sebesar biji kacang soya.
 
 
No comments:
Post a Comment