Pengenalan 
                      Masalah  ortopedik melibatkan sistem otot dan  skeletal. Sistem ini terdiri daripada  tulang, sendi dan otot yang  berfungsi di bawah kawalan otak manusia. Kebanyakan  masalah ortopedik  adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian dari proses   pembesaran.                        Bagaimanapun,  ada masalah ortopedik yang perlu  dirawat segera.
Apakah masalah ortopedik yang biasa di kalangan  kanak-kanak? 
                        Bowlegs (kaki melengkung keluar)
Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut apabila anak anda berdiri dengan kaki dan buku lali dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar). Bowlegs kebiasaannya adalah fisiologikal, ini bermakna kaki anak anda akan mula lurus apabila dia mula berjalan dan masalah ini akan hilang dengan bertambahnya usia. Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.
Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)
 Masalah  ini ialah  di mana kedua belah kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu  sama  lain menyebabkan jurang antara buku lali apabila anak anda berdiri.   Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di antara umur 3 hingga 5  tahun.  Apabila mereka berumur 6 tahun, bentuk badan mereka akan lurus  dengan  sendirinya dan kebanyakan kanak-kanak boleh berdiri dengan kaki  yang lurus.
                    Kadangkala  knock-knees patologikal akan terjadi dan jarak antara buku lali boleh melebihi  15cm. 
Flatfeet
                    Ini  merujuk kepada ketiadaan lengkungan semulajadi  (arch) di tapak kaki anak anda  antara jari-jari kaki dan tumit. Ia  berlaku apabila kebanyakan dari permukaan  tapak kaki bersentuhan dengan  tanah/lantai. Ramai bayi yang dilahirkan dengan  tapak kaki yang leper  tetapi ia akan semakin melengkung apabila mereka mula  berjalan.
                    
Clubfoot
                    Ini ialah  kecacatan kaki yang wujud sejak lahir dan  boleh juga dikaitkan dengan masalah  penyakit yang lain contohnya  (spina bifida.Kaki anak anda akan kelihatan  melengkung ke arah tengah  dan jari-jari kaki akan menghala ke bawah. Jika kedua  belah kaki anak  anda terlibat, kedua tapak kaki akan bertemu. 
Dislokasi congenital tulang pinggul (Congenital  dislocation of the hip – CDH)
                    Ini  terjadi apabila sendi pinggul tidak normal.  Sendi ini terdiri dari bebola dan  soket. Hujung tulang paha yang berupa  bentuk bebola akan bergerak di dalam  soket tulang pinggul yang  berbentuk cawan. Dalam CDH, bentuk soket tulang  pinggul ini cetek dan  tidak sempurna, ini menyebabkan bebola sendi pinggul  tergelincir dan  mudah keluar dan masuk dari soketnya. Masalah ini biasanya akan  dikesan  oleh doktor yang memeriksa bayi anda yang baru lahir.
Selain dari struktur badan yang tidak normal, adakah ia akan menyebabkan masalah lain?
- Bowlegs dan knock-knees yang patologikal boleh menyebabkan
 - Kaki tidak sama panjang
 - Gaya jalan yang tidak normal
 - Radang sendi (arthritis) yang awal
 - Clubfeet boleh kekal jika tidak mendapat rawatan
 - CDH boleh dikaitkan dengan
 - lambat berjalan
 - gaya jalan seperti itik (waddling gait)
 - pelipat paha yang tidak sama bentuk
 - pergerakan pinggul yang terhad
 - radang sendi (arthritis) pada lewat usia
 
Bagaimanakah masalah ini boleh dirawat?
- Bow legs
 - Bow legs yang fisiologikal tidak memerlukan rawatan kerana ia akan baik dengan sendirinya
 - Bow legs yang patologikal
 - perlu dipastikan sebabnya
 - perlu pengawasan
 - pembedahan mungkin diperlukan
 
- Knock-knees
 - fisiologikal – rawatan tidak diperlukan
 - patologikal – perlu rawatan berdasarkan sebab utamanya
 
- Flatfeet
 
Flatfeet yang mudah dilentur (fleksibel) selalunya tidak boleh dibetulkan tetapi ia jarang menyebabkan sakit kaki atau masalah yang lain. Anak anda mungkin perlu memakai kasut yang khas jika dia mengalami sakit kaki.
- Clubfeet
 
Perlu rawatan segera dan seharusnya bermula sejurus selepas lahir. Anak anda mungkin memerlukan rangkaian rawatan termasuk simen, manipulasi dan ikatan kaki yang khas. Pembedahan juga kadangkala diperlukan.
- CDH
 
Rawatan termasuklah :
- menggunakan lampin berlapis dua
 - ‘splint’ atau plaster simen
 - pembedahan jika masalah yang terlalu rumit
 
Rawatan susulan dengan pakar bedah ortopedik dan fisioterapi adalah sangat penting.
No comments:
Post a Comment