Pengenalan:
                      Ubat-ubatan  suplemen adalah produk-produk yang  mengandungi vitamin, garam galian, asid  amino, dan herba; dan sebarang  abstrak, kepekatan atau campuran bahan-bahan  ini. 
Biasanya persediaan vitamin untuk kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair (sirap atau pil kunyah).
Apakah yang anda perlu ketahui tentang ubat  suplemen?
                    Secara  umumnya, individu yang tidak mahu, enggan  atau gagal mengambil makanan seimbang  memerlukan ubat suplemen.
Vitamin adalah disarankan hanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Kebiasaanya selepas berusia dua tahun mereka boleh mengambil makanan pejal yang mengandungi cukup vitamin, oleh itu mereka tidak memerlukan ubat suplemen lagi.
Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics memberi panduan penggunaan ubat suplemen seperti berikut:
- Bagi kanak-kanak yang tidak minum air yang mengandungi florida, mereka patut diberi suplemen florida.
 - Multivitamin dan garam galian tambahan boleh diberikan pada kanak-kanak yang kurang selera makan,tetapi suplemen tidak boleh melebihi dari sukatan yang sepatutnya (RDA).
 - Individu yang mengamalkan kawalan makanan juga boleh mengambil ubat suplemen.
 - Kanak-kanak yang mengambil makanan sayur-sayuran sahaja juga memerlukan ubat suplemen seperti vitamin B12.
 - Remaja yang mengandung memerlukan lebih tambahan zat besi dan asid folik.
 
Cara yang berkesan untuk memberi dos vitamin dan garam galian harian boleh berpandukan kepada pyramid makanan.
Kumpulan vitamin / garam galian dan fungsinya
| Jenis | Fungsi  |                        
Vitamin A  |                          Untuk kesihatan mata,kulit dan tulang; sintesis hormon  |                        
Vitamin C  |                          Membantu penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan terhadap jangkitan  |                        
Vitamin B1  |                          Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga: saraf, tisu dan otot.  |                        
Vitamin B2  |                          Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga; untuk kesihatan kulit; membantu penglihatan.  |                        
Vitamin B6  |                          Digunakan untuk metabolisma asid amino dan asid lemak: membantu membentuk sel darah merah, membantu sistem imun dan saraf untuk berfungsi dengan berkesan.  |                        
Vitamin B12  |                          Membantu membentuk sel baru dalam sistem saraf.  |                        
Vitamin D  |                          Untuk membentuk tulang yang kuat dan gigi yang sihat.  |                        
Vitamin E  |                          Untuk menstabilkan sel membran.  |                        
Vitamin K  |                          Untuk membantu mekanisma pembekuan darah.  |                        
Biotin  |                          Digunakan dalam metabolisma tenaga dan asid amino, sintesis dan pemecahan lemak.  |                        
Folat  |                          Membantu pembentukan sel baru.  |                        
Kalsium  |                          Untuk tulang yang kuat dan gigi yang sehat, pengecutan dan pengenduran otot, pembekuan darah, fungsi sistem saraf, tekanan darah.  |                        
Iron  |                          Membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan.  |                        
Magnesium  |                          Untuk pembentukan tulang dan gigi, penghantaran impuls saraf, membantu otot mengecut, mengaktifkan enzim yang diperlukan untuk tenaga.  |                        
Selenium  |                          Bergabung dengan Vit E dan bertindak sebagai antioksidan.  |                        
Zink  |                          Membantu dalam sistem pertahanan badan, penyembuhan luka, dan diperlukan untuk sintesis DNA.  |                        
Langkah pengawasan
 Kebanyakan  ibubapa tidak menyedari  kesan sampingan ubat suplemen yang mungkin timbul dan  kemungkinan  interaksi yang akan berlaku dengan ubat-ubat yang digunakan. Adalah   penting bagi Ibubapa mengambil tahu tentang keselamatan dan keberkesanan   penggunaan ubat suplemen apabila bercadang memberikannya kepada  anak-anak  mereka.
                       
                    Dos vitamin yang tinggi (melebihi-RDA) harus  dianggap sebagai ubat dan bukannya  suplemen dan perlu diuruskan dengan  pengawasan golongan professional.
                   
                    Berbincanglah dengan doktor anda, ahli farmasi atau  dietetik sekiranya anda  bercadang untuk memulakan bagi anak anda dengan  ubat suplemen. Jika anak anda  memerlukan suplemen, dapatkan suplemen  yang labelnya menunjukkan nilai harian  yang tidak melebihi 100%. 
No comments:
Post a Comment