
Latar belakang
   |                          Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.  |                        
Apakah makanan ringan yang berkhasiat?
                   Pilihlah  makanan ringan yang rendah kandungan gula.  Berikut adalah pilihan yang lebih  baik untuk anak anda.
Minuman penghilang dahaga :
- air kosong
 - jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
 - susu segar
 
Buah-buahan dan kekacang: 
  |                          
  |                        
Makanan yang mengenyangkan:
- Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.
 
Adakah coklat dan gula-gula boleh  merosakkan gigi?
                   Kerosakan  gigi boleh dicegah sekiranya anak anda  makan coklat atau gula-gula semasa waktu  makan utama dan menjaga  kebersihan giginya.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah  kerosakan gigi?
                   Kerosakan  gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
- Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
 - Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
 - Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
 
 
 
No comments:
Post a Comment