PEMIKIRAN ABSTRAK
Apakah pemikiran abstrak?
Pemikiran abstrak adalah suatu idea atau konsep mengenai sesuatu yang tidak konkrit (tidak boleh disentuh atau dilihat)
Apakah peringkat-peringkat kemahiran dalam pemikiran abstrak? |
|
- Mengingati fakta-fakta
- Menyatakan perbezaan antara idea-idea (diskriminasi)
- Menentukan apa yang lebih penting (keutamaan)
- Maklumkan pemikiran anda kepada orang lain
Membuat kesimpulan yang wajar
- Untuk menyatakan hubung kait antara dua atau lebih idea
- Untuk memahami hubungan semula jadi
Menentukan matlamat
- Membuat satu sasaran yang boleh dicapai dan berusaha ke arah itu
- Sasaran ini merupakan idea abstrak pemikiran anda
Aplikasi pengetahuan
- Menggunakan apa yang anda ketahui dalam menyelesaikan masalah kehidupan
- Anda mungkin perlu menukar, memaklumkan mendemonstrasikan atau mengajar orang lain untuk mengetahui apa yang anda ingin
- Anda mungkin perlu mengubah persekitaran juga untuk mencapai matlamat anda
Penilaian hasil yang dijangkakan
Bila anda mengambil tindakan, fikirlah akibat kemungkinannya jika tindakan yang anda ambil mungkin berjaya mencapai matlamat anda.
Apakah yang terjadi jika anda mempunyai masalah dalam pemikiran abstrak?
Anda menghadapi masalah:
- Memahami idea-idea baru
- Memahami gurauan, komen yang abstrak
- Memahami maklumat dan hubung kait yang tidak jelas
- Memahami sebab-sebab yang ada dalam pembelajaran atau perbincangan
- Memahami jawapan menyeluruh, strategi dan idea kepada situasi baru, sebab anda tidak dapat melihat perkaitannya
Jika anda mempunyai masalah dengan pemikiran abstrak, anda mungkin:
- Tidak berupaya mempelajari sesuatu yang khusus
- Kesukaran belajar
- Kecenderungan mendapat autisme (sejenis tidak keupayaan dalam pembelajaran)
Sila berbincang dengan guru, ibu bapa / penjaga atau doktor jika anda mempunyai sebarang masalah tersenarai diatas atau kesukaran memahami perkara-perkara di atas.
Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam pemikiran abstrak?
- Elakkan menggunakan bahasa yang keras
- Elakkan membuat sindiran
- Sediakan contoh yang konkrit dan jelas untuk menerangkan idea-idea baru dan sukar
- Gunakan bahasa yang mudah
- Sediakan bahan pembelajaran yang mudah dan jelas
- Pecahkan perkara-perkara yang sukar kepada bentuk kecil yang lebih mudah dan dikendalikan untuk mencapai matlamat
Semakan akhir: 17 Januari 2007
No comments:
Post a Comment