PENJAGAAN MATA
Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?
Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
- Jangkitan
- Alahan
- Kecederaan
- Kelesuan mata
Bagaimanakah anda perlu menjaga mata anda?
Menonton TV:
|
|
Semasa membaca:
- Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
- Jangan membaca sambil berbaring
Semasa menggunakan komputer:
- Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
- Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
- Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
- Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
- Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
- Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
- Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer
Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:
- Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal
- Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang
Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.
Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.
| Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari:
|
Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut:
- Mata merah
- Kesakitan yang teruk pada mata
- Penglihatan kabur
- Benda asing di dalam mata
- Kecederaan pada mata
Semakan akhir: 17 Januari 2007
No comments:
Post a Comment